Khamis, 5 September 2013

Bila Abang Lim Minta Maaf


Siapa tak kenal pengacara popular Halim Othman. Aku mula kenal penyampai radio Suria FM tu masa dia jadi pengacara rancangan More Jutaria…ek? Ishhhh! Betul ke rancangan tu? Yang aku ingat dia selalu sebut “wang besar! Wang benar!”

Beberapa ketika dulu, riuh rendah alam maya nan sentiasa gamat itu dengan penyebaran gambar mesra Halim Othman bersama seorang wanita, Dania Danisha. Asalnya sekeping je gambar, tapi ramai blogger menemui lebih banyak gambar mesra mereka dan mula buat spekulasi tentang perkahwinan Halim Othman penyampai kacak hensem macho dari Trengganu itu.

Bila abang Lim mohon maaf dan rasa tidak senang dengan kontroversi tersebut, bermakna ada sesuatu yang tidak kena. Maklumlah bila jadi selebriti, ada kala apa yang tersebar itu belum tentu dari empunya diri. Tak tahulah siapa punya angkara. Entah khabar angin, entahkan ada yang teruja nak tengok penyampai hensem kacak Halim Othman berkahwin dan ke jinjang pelamin. Ikutkan Abe Lim, tahun depan...kita doakan je lah ya.

Begitulah bila dah popular, dah glamer, dah terkenal. Hidup sendiripun dah tak jadi privasi lagi.

Komen aku: Bukan mudah nak hidup dalam dunia glamer.
 
 
 

4 ulasan:

  1. Kita yg tak glamer nipun susah jugak dik. Baik2 sikit dengan geng lelaki gi minum kat bawah opis je pun dahhhh jadi gosip. Kalau mak ni cantik macam model tak apa jugak ni alahhaiiii...

    BalasPadam
  2. Junaina: daku akan keluar paling kurang bertiga dg geng lelaki hu hu hu

    BalasPadam
  3. Oh manusia Lim ini. aku kureng minat la dengan dia. sebab bagi aku dia ni jenis yang macam syok sendiri, dan kalau berceloteh dalam radio tu macam tak cukup nafas, dan suka mencelah cakap orang lain.

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk menyatakan pendapat yang bernas dan membina. Setiap komen, pendapat dan pandangan yang dikemukakan adalah pandangan persendirian anda, tidak ada kena mengena dengan Tuan Rumah blog ini. Mohon agar menjaga susila sebagai warga Timur berbudaya Melayu beragama Islam. Terima kasih dengan sokongan anda semua.