Rabu, 7 Ogos 2013

Persiapan Raya


Tiap kali raya sama ada Aidilfitri atau Aidiladha, apa persiapan yang kalian buat?

Cat rumah?
Tukar langsir baru?
Sofa baru?
Bunga-bungaan baru?
Lampu kelip kelip lip lap lip lap?
Hidangan istimewa pagi raya?

Persiapan raya kami sederhana sahaja. Semua yang disenaraikan kat atas tu tak buat langsung. Guna je mana yang ada. 

Anak-anak akan belanjakan keperluan mana yang tak ada sedikit seorang. Akhirnya, seminggu raya tu sakan tetamu boleh dijamu. Sedara mara kami juga, apa salahnya merai mereka dengan lebih istimewa sikit kan?

Mmmmmmm tahun ni nak masak apa ya…spageti boleh? Ke mi hailam? Kalau malas, mehun goreng tom yam pun tak apa kan?

Sementara nak tunggu raya, kita tengoklah dulu movie raya ni ya... Misha Omar & Zahiril Adzim



Hu hu hu Cik Lina nan rupawan ;)


2 ulasan:

  1. Kami pun dah lama tak buat semua senarai tu kecuali yang terakhir tu.

    Bab berabis utk melawa rumah, bukan gaya kami, sementelah kami tak begitu mampu nak ikut rentak orang.

    Cuma bab makan minum memang Kak Azie sangat jaga. Sebab anak-anak suka maan. Jadi bila raya memang jamu depa makan sedap2 dan spesel. Habis beratus utk masak masak pun sanggup.

    BalasPadam
  2. Rumah kakcik tetap bersepah dan tidak berseri...

    Selamat hari raya, Anyss. :)

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk menyatakan pendapat yang bernas dan membina. Setiap komen, pendapat dan pandangan yang dikemukakan adalah pandangan persendirian anda, tidak ada kena mengena dengan Tuan Rumah blog ini. Mohon agar menjaga susila sebagai warga Timur berbudaya Melayu beragama Islam. Terima kasih dengan sokongan anda semua.