Petang-petang hati jadi sayu...macam mendung yang tiba-tiba aje terapung di langit Bangi.
Semalam beria-ria kerja tonggang terbalik, balik jam 9.30 malam kusyuk kerja sampai lupa nak lunch, balik rumah sampung hingga 4 pagi. Konon semangat kerja dah mari lepas lemau beberapa hari sejak Isnin.
Petang ni lemau semula.
Rezeki memang Allah yang tentukan, namun hati...sedikit sebanyak tetap juga terasa sayu. Sebabnya mudah sahaja...daku tahu takat mana pencapaian diri, berbanding beberapa orang itu. Tak kan nak kena tunggu umur 50 baru nak dapat? Mmmmmmm nak lari pergi Bruneilah!
Namun, macam kata Cik Bintang, "Rezeki kita Allah bagi dalam macam-macam bentuk".
Ya...macam-macam bentuk. Alhamdulillah. Aku syukurinya. Tapi, hati...macam mana nak ubati ni?
Jom, makan cendol!
Jommm cuti johorr
BalasPadamBila nak mencendol?
BalasPadamKalau Allah dah tentukan ianya milik kita, maka ia tetap akan jadi milik kita. Begitu juga sebaliknya...
BalasPadamAyu Citarasa Rinduan: Errrrr....nak majuk lelama 5-6 tahun kena pi jenjauh, New Zealand ka, ostolia ka...brunei ka...Beijing ka hu hu huhu kalau takat Johor, orang leh cari keh keh keh
BalasPadamJunAinda: dah tutup cendol bawah pokok tu waktu ni...kena set masa lain ni
BalasPadamkakcik: Itu juga yang saya pegang. Namun adakala, bila orang yg tak sepatutnyanya tu dapat, sedangkan kita yg patut dapat ni tak dapat...kena juga ubati hati sendiri.
BalasPadamkalau nak pegi kedai ayu saya boleh tunjukkan jalan... huhuhu
BalasPadamEh ehhh kenapa tetiba sentap ni..? Selama ni kuat jer... selama ni steady jer?
BalasPadamAlaaa... kicik punya hal. Yakin boleh!
Eelobor: hu hu huhu bestnya ada orang sudi jadi drebar...ke bukan? ke kena konvoi? hu huhuhu
BalasPadamAzieazah: Daku hanya manusia biasa...bukan sentap tu, majuk je. Tadak sapa pun tau majuk pun hu huhuhu
BalasPadambetul kak.. mulut boleh kata redha.. tapi hari tetap rasa sedikit berat..
BalasPadamnak ikut gi jauhhh!! hahaha