Khamis, 29 Ogos 2013

Gatal Tapak Tangan Kiri


Orang kata kalau gatal tapak tangan ada maknanya yang tersendiri. Apa maknanya bila gatal tapak tangan? Gatal tapak tangan kanan bermakna nak dapat duit tapi bila gatal tapak tangan kiri, maknanya nak hilang @ habis duit.

Petang semalam, jenuh sepetang aku tergaru-garu tapak tangan kiri. Dah banyak kali garu pun masih belum hilang lagi. Ishhhhh!

Bukan gatal biasa-biasa tau…gatal yang memerlukan kena garu. Sekali dua garu, masih juga gatal lagi. Nak buat kerja pun terganggu.

“Kak, spek dah siap…dah boleh ambil bila-bila masa aje,” kata adik dari menara optometri bila aku jawab telefon.

Sebab tu ka tapak tangan kiri aku gatal-gatal ni?

Komen aku: Jangan terlalu percaya dengan dakyah ni hingga memesongkan akidah. Terima ajelah sebagai budaya je…
 
 
 

11 ulasan:

  1. Ermmmm...nak penampo org kot...ahahaaa...

    BalasPadam
  2. suami saya kata gatal tapak tangan tak de kena mengena dengan duit..gatal tu sebab tapak tangan kering..ekekeek

    BalasPadam
  3. assalam anyss,

    pernah dengar orang kata, gatal tapak tangan sebab nak penampaq orang..kikiki...toksah percaya naaa, karut marut belaka..

    BalasPadam
  4. sebenar2nya masa tu ada kuman kat tapak tangan tu hehehe

    BalasPadam
  5. Junaina: aktiviti menampo orang dah lama dihentikan...

    BalasPadam
  6. Diana: terima kasih dgn info hu huhuhu

    BalasPadam
  7. Abah zino: Errr....errr...itu bulan lepas, hingga bulan ni masih miskin hu hu huhu

    BalasPadam
  8. Murni: kalau dah dating angina kus kus tu, tak kira dah gatai tangan ka dak...tamporrr je keh keh keh

    BalasPadam
  9. Kak ida nyanyi sunyi: errrr....errrr....errrr ek?

    BalasPadam
  10. Sama aje kita ni nampaknya Anyss.

    Dah lama tak gatal tapak tangan kanan. Asyik gatal yg sebelah kiri ..... hu hu

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk menyatakan pendapat yang bernas dan membina. Setiap komen, pendapat dan pandangan yang dikemukakan adalah pandangan persendirian anda, tidak ada kena mengena dengan Tuan Rumah blog ini. Mohon agar menjaga susila sebagai warga Timur berbudaya Melayu beragama Islam. Terima kasih dengan sokongan anda semua.