Isnin, 10 Jun 2013

Bini Orang Jugak Dia Intai


Perangai orang memang macam-macam. Dalam ramai-ramai perempuan, entah kenapa bini orang jugak yang dia nak ngurat.

Dah jadi budaya ke zaman sekarang ni? Kalau tak ngurat suami orang, ngurat pulak bini orang.

Kalau ngurat suami orang, paling tidak masih juga ada peluang untuk halalkan hubungan dengan perkahwinan. Hanya nanti, digelar perampas. Namun, di sisi Allah dah halal.

Bila ngurat bini orang, isteri orang itu hanya untuk skandal sahajakah? Main-main sahaja? Ada jugak ke bini orang sudi diurat?

Aku tak ada jawapan untuk semua persoalan itu. Silalah jawab sendiri ya.

Komen aku: Dirikan masjid tu kerja mulia, tapi usahlah pula kita bangunkan di bawah runtuhan istana orang lain. Mmmmmmm dah habis gamaknya anak dara ya, hingga kena intai-intai bini orang.

Opssssss!



6 ulasan:

  1. Walau pelik, tapi sesetengah lelaki rasa adalah cool bila dapat ngorat/berscandalkan bini orang...... Apa yg seronok tak tau...

    BalasPadam
  2. Nak urat2 bini org mencabar itu yg depa suka kot tapi setan lagi suka...ngeee...

    BalasPadam
  3. kalau ngurat awek orang, ada tak cara cara nya dlm blog ni?

    ~kah kah kah

    BalasPadam
  4. Yang salah tu la yang depa suka....makin dibuat, makin terasa manis..

    Itu ayat mak mertua saya :)

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk menyatakan pendapat yang bernas dan membina. Setiap komen, pendapat dan pandangan yang dikemukakan adalah pandangan persendirian anda, tidak ada kena mengena dengan Tuan Rumah blog ini. Mohon agar menjaga susila sebagai warga Timur berbudaya Melayu beragama Islam. Terima kasih dengan sokongan anda semua.