Jumaat, 7 Jun 2013

Bila Kena Ngurat Dengan Budak Bawah Umur


Alahaiiiiiii!

Namapun budak bawah umur….barangkali lap hinguspun belum bersih lagi, tapi pra-san dah besar. Pra-san dah boleh mengurat anak orang. Sayangnya, salah urat. Yang dok pi urat makcik macam aku ni apa hal?

Aku kagum dengan kegigihan dia. Tak pernah jemu nak dapatkan perhatian dan kasih sayang. Walaupun dah cakap “makcik ni dah tua nak…carilah kawan remaja sikit nak bersenda gurau,” namun nyatanya, entah kenapa dia seronok pula bermain kata mohon berbalas rasa dengan sang makcik.

Bila dah usia sebegini, perasaan untuk melayan cerita budak-budak awal remaja begitu memang tak ada langsung. Hingga rasa terganggu pulak. Makcik ni banyak kerja nak buat, nak...tidurpun tak cukup dok menunaikan amanah! Nak aje bagi dua posen "nak pi main jejauh!"


Payah jugak bila kena urat dek budak bawah umur ni. Bagi tahu secara berhemahpun bukannya dia faham. Berterus terang bagi ayat paling mudahpun, masih juga tak reti-reti. Tak kan nak kena maki hamun bagai kot.

Nyatanya, budak-budak bawah umur zaman sekarang ni yang pra-san “dia dah besar” itu ada masanya mengguris hati tuaku. Ohhhhhh! Tetiba hari ni rasa dah tua. Biasanya rasa macam remaja 18 tahun.

Tolonglah, nak!
Usah panggil orang lain, walaupun rakan seusiamu dengan panggilan “hoi…hoi…” kalau dikau dihadapanku, nescaya ….berterabur gigi kena lempang!


12 ulasan:

  1. woww! itu tandanya anda hot...ekekeke

    BalasPadam
  2. hehe...ayat last tu yang tak tahan..berterabur gigi tuuuu...takut....haha..larik!

    BalasPadam
  3. Junaina: Biasalah budak2 tak cukup kasih sayang...tadak kawan nak berbalas2 sms. Dah nasihat suruh belajar pun dok sms jugak dgn mcm2 gaya. Pi jumpa sungguh baru dia tau makcik ni jelita lagi ke dah kerepot hu huhuhuhu

    BalasPadam
  4. Wani ibu muda: hu hu hu hu tak de maknanya "panas", budak tecik je tu...lap hinguspun blm bersih hu huhuhu

    BalasPadam
  5. Murni; biasala...ayat budak2 zaman sekarang. sakit telinganya...dah habaq byk kali, "makcik ni dah tua, nak..." masih jugak dok main aku-kau...dok panggil hoi hoi...ish! geram betul!

    BalasPadam
  6. Diana: Tak de maknanya....entah2 blm sunat lagi hu huhuhu

    BalasPadam
  7. ganas macik neh.. mana la tau dah tiba jodohnya.. sdgkan nek wok pon boleh kawen lelaki muda.. apetah lagi macik jelita ini.. hehehe..

    gurau je..
    kang gigi i lak yg terabur.. hehehe

    BalasPadam
  8. Iyra si reben merah: hu hu hu daku memang garang. Semua anak buah tau, tak leh buat tak tentu dgn makcik ni, terutama bab interaksi dengan orang tua. budak2 kena tau batasan bila interaksi dgn org tua, bukan boleh pakai panggil "hoi-hoi" atau beraku kau.

    Leh buat GG palsu la l ala

    BalasPadam
  9. kakcik: Tu la pasal...tadak keja kot. Dulu dah cakap elok2, diam sat. sekarang mula balik. tadak keja musim coti sekolah kot...

    BalasPadam
  10. Selera orang jantan ni kadang kadang susah nak faham!

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk menyatakan pendapat yang bernas dan membina. Setiap komen, pendapat dan pandangan yang dikemukakan adalah pandangan persendirian anda, tidak ada kena mengena dengan Tuan Rumah blog ini. Mohon agar menjaga susila sebagai warga Timur berbudaya Melayu beragama Islam. Terima kasih dengan sokongan anda semua.