Sabtu, 27 April 2013

Wacana Sinar 30 April 2013 “Manifesto PRU13”


Aku memang tengah kutip manifesto kedua-dua parti politik iaitu Barisan nasional dan Pakatan Rakyat. Nak simpan dan buka balik lima tahun lagi. Masa tu nak semak siapa yang tepati janji, siapa yang capati janji atau siapa yang kena telan janji sendiri, siapa pulak kena tulah dek janji.

Jadi, bila Sinar Harian sekali lagi menganjurkan wacana yang mengupas topik "Manifesto PRU13 Barisan Nasional vs Pakatan Rakyat", Selasa 30 April 2013 sempena PRU13 aku memang sangat teruja. Kalaulah boleh letak siaran langsung kat banyak saluran TV (katanya semua orang boleh guna saluran TV kan…buktikanlah!), kan lagi bagus. Baru rakyat betul-betul dapat menilai.


Wacana siri ke-19 ini mengetengahkan pensyarah Fakulti Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara, Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin; penganalisis politik Dr Maszlee Malik dan Ketua Kluster Etnisiti dan Pekerjaan, Institut Kajian Etnik (Kita), Prof Dr Mansor Mohd Noor sebagai ahli panel.

Wacana kali ini yang berlangsung dari jam 3 hinggga 5 petang, di lokasi tradisi iaitu Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam, akan dikendalikan oleh Ketua Eksekutif Institut Bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan.

Masuk ada percuma dan mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Laila (019-3310211), Fazli (019-2808492) atau Rini (019-3371066. Sinar Harian Online dan mobTV merupakan penganjur bersama.

Serius! Aku memang tak sabar tunggu selasa ini!


4 ulasan:

  1. setakat nie BN masih boleh dipercayai..hehe

    BalasPadam
  2. Tihara: memang panas...tiap hari berpeluh2. Nasib baik petang2 ada ujan hu hu adoiiii la ;)

    BalasPadam
  3. Amanina: setiap warga malaysia mempunyai keyakinan mereka sendiri dlm hal pangkah memangkah ni...jangan lupa mengundi ya

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk menyatakan pendapat yang bernas dan membina. Setiap komen, pendapat dan pandangan yang dikemukakan adalah pandangan persendirian anda, tidak ada kena mengena dengan Tuan Rumah blog ini. Mohon agar menjaga susila sebagai warga Timur berbudaya Melayu beragama Islam. Terima kasih dengan sokongan anda semua.