Selasa, 9 April 2013

Ayam Kena Baling Salah Ngurat


Macam biasa, bila tiba musim pilihanraya, maka musim inilah semua orang jadi pakar politik. Semuanya seronok bercakap pasal politik, sampaikan…orang yang bercakap pasal politik itu lebih ramai daripada orang yang mendengar.Bila semua orang dok bercakap, siapa yang dengar akupun tak tahu!

Bagi aku, musim inilah kita boleh tengok ketokohan seseorang yang nak jadi pemimpin itu. Kalau dia hanya memuji kehebatan dirinya sahaja, mengangkat kebaikannya semata-mata, menonjolkan jasanya untuk dipertontonkan kepada orang, sedangkan pada masa yang sama dia jugak memburukkan orang lain, merendah-rendahkan martabat orang lain, menghina mengeji calon lawan…maka begitulah gambaran keseluruhan dirinya.

Masa kecik dulu, aku pernah tengok satu peristiwa pada musim mengundi. Seorang pakcik sebelah rumah gemulah Mok (arwah nenek), baling seekor ayam dengan buah kelapa. Aku dok heranlah kenapa dia baling ayam tu. Ayam tu bukannya kacau dia, bukan buat apa-apapun. kesian tau!

Rupa-rupanya ayam itu adalah ayam kepunyaan jirannya yang lain, yang BERLAINAN parti politik. Fuhhhhh! Ternganga aku tak paham masa tu. Tapi…sampai sekarangpun aku masih juga tetap tak faham. Apa kaitannya ayam dengan tuan punya ayam yang berlainan aliran politik itu?

Hishhhhh! Manalah ayam tu tau pun nak berkawan ngurat sama ayam pun kena selidik parti politik tuannya masing-masing huh u hu 




15 ulasan:

  1. haha..fanatik sangat tu sampai ayam jiran pun dibalingnya

    BalasPadam
  2. huhu..buat kat tuan ayam boleh jadi kes polis,ayam pulak yg jadi mangsa :-)

    BalasPadam
  3. tu tu kucing jiran memanjat dahan moktan..jiran

    BalasPadam
  4. Nasib baik yg dibalingnya ayam kalau baling kat org mau dia kena baling balik.

    BalasPadam
  5. hahahahaha.
    ok entry neh lawak..
    well, kami satu family pon berbeza party.. tapi tetap harmoni saja.. :)

    BalasPadam
  6. hehehe...usahkan berlainan politik. kalau ayam tuh kepunyaan bekas aweq saya yg dulu pun saya akan baling gak. kih kih kih

    BalasPadam
  7. waka.waka

    gelak sokmo dgn komen bosss eelabor

    serius tauu. ada 1 citer. org biru meninggal. ank2 tamo kasi si org hijau mai ziarah atau sembahyangkan jenazah ayahnya.

    seriuss gila politik

    BalasPadam
  8. Amin: kenangan zaman kecik2 dulu...sekarang dah tak de kot

    BalasPadam
  9. shaliza: hu hu huhu tu la pasal, tak pepasal masuk dalam pulak kan?

    BalasPadam
  10. ZZ; ingatkan anok tupa dok atas julai moktan ;)

    BalasPadam
  11. JunAina: boleh masuk spital kena buah kelapa tu...

    BalasPadam
  12. Reben merah: citer lama-lama dulu ni...tahun 90-an kot

    BalasPadam
  13. Diana: kalau nak tengok benda2 pelik, musim ginilah ada pun hu huhuhu

    BalasPadam
  14. Eelobor: Ngaku je lah yang nak dibaling tu si bekas awek kan? bukan ayam dia kan?

    BalasPadam
  15. Ayu citarasa rinduan: hu hu hu hu ruginya orang mcm tu

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk menyatakan pendapat yang bernas dan membina. Setiap komen, pendapat dan pandangan yang dikemukakan adalah pandangan persendirian anda, tidak ada kena mengena dengan Tuan Rumah blog ini. Mohon agar menjaga susila sebagai warga Timur berbudaya Melayu beragama Islam. Terima kasih dengan sokongan anda semua.