Jumaat, 15 Mac 2013

Kita Selalu Anggap Diri Kita Je Bagus


Kita ni (akulah tu!) selalu sahaja anggap diri kita (akulah tu!) selalu betul. Bila kita (akulah tu!) beri pendapat, maka pendapat kita (akulah tu!) ajelah yang betul. Pendapat orang lain semuanya tak betul.

Bila kita (akulah tu!) berkongsi hasil bacaan, kita (akulah tu!) anggap sumber bacaan kita (akulah tu!) itu ajelah yang betul. Orang lain tidak. Orang lain punya bahan bacaan tak betul semua. Tak berkualiti.

Bila kita (akulah tu!) bertindak, kita (akulah tu!) selalu ingat tindakan kita (akulah tu!) itu saja yang betul. Tindakan orang lain salah.

Bila berbuat sesuatu, kita (akulah tu!) anggap apa yang kita (akulah tu!) buat itu sahaja yang terbaik. Apa yang orang lain buat semuanya sampah.

Kita (akulah tu!) selalu anggap kita (akulah tu!) sahaja yang hebat. Orang lain semuanya “tak ada maknanya!”

Kita (akulah tu!) anggap hanya kita (akulah tu!) sahaja alim, orang lain jahil.

Kita (akulah tu!) rasa hanya kita (akulah tu!) aje yang baik, orang lain semuanya jahat.

Kita (akulah tu!) anggap kita (akulah tu!) sahaja cerdik pandai...orang lain semuanya bodoh dungu.

Pendek kata, yang hebat-hebat itu hanyalah kita (akulah tu!). Yang baik-baik itulah kita (akulah tu!). Orang lain semuanya tak berguna. Orang lain semuanya kekurangan segala.

Hebat betul kita (akulah tu!) ni kan? Apa tak hebatnya, hanya kita (akulah tu!) aje yang betul. Orang lain tidak!




10 ulasan:

  1. Pendek kata, semuanya aku, aku, dan aku! kan?

    hahahaha...

    Mari kita muhasabah diri kita...:)

    BalasPadam
  2. Daddy Ziyyad: itulah masalahnya. Asal aku je mesti bagus kan? Mesti tahu segala...

    Bila libatkan orang lain, entah kenapa payah si aku ni nak respek hu hu hu

    Alahai...jommmm bermuhasabah!

    BalasPadam
  3. "Aku adalah perfectionist"..."aku pun sama"..hehe...

    BalasPadam
  4. self righteousness ini sifat yg sangat membahaya

    BalasPadam
  5. Amin A.R: Tu lah pasai...aku yang sebegitulah yang selalu perlekehkan usaha orang lain

    BalasPadam
  6. azieazah: pengakuan berani mati tu...doa2lah ya kita tak jadi "aku' yang begitu ya...

    BalasPadam
  7. Murni: hu hu hu semuanya sempurna bila tengok diri sendiri ya...tang orang, tak ada baik sikitpun hu hu hu payah betul!

    BalasPadam
  8. YB: memang bahaya! nyata sangat bahaya...hingga merendah2kan keupayaan orang lain

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk menyatakan pendapat yang bernas dan membina. Setiap komen, pendapat dan pandangan yang dikemukakan adalah pandangan persendirian anda, tidak ada kena mengena dengan Tuan Rumah blog ini. Mohon agar menjaga susila sebagai warga Timur berbudaya Melayu beragama Islam. Terima kasih dengan sokongan anda semua.