Khamis, 28 Februari 2013

Jambatan Putrajaya Runtuh


Lebih kurang jam dua petang tadi, satu kejadian jambatan runtuh berlaku di laluan Putrajaya Link selepas Plaza Tol Putrajaya Lebuhraya Elite berhampiran Selangor Science Park 2. Aku baca berita mengejutkan ni di ondscene



Secepat siput babi melakukan aksi kayuhan lentang kononnya nak jadi Juara Langkawi de Tour 2013, aku terus cari maklumat dan jumpa berita singkat di Sinar Harian berkaitan hal ini. Jambatan itu rupanya masih lagi dalam pembinaan di Selangor Science Park 2 Interchange, antara Plaza Tol Putrajaya dan Putrajaya / Cyberjaya di Lingkaran Putrajaya. Jambatan yang runtuh itu merupakan lebuh raya sambungan ke Putrajaya dan ia di bawah kawal selia PKNS.



Walau bagaimanapun tiada laporan kemalangan jiwa kerana jambatan tersebut masih ditutup untuk kegunaan awam. Maklumat lanjut, kita tengok berita perdana malam ni.

Harapnya, tak adalah spekulasi macam-macam ya walaupun dah mula laju je spekulasinya kat FB dan mana-mana hu hu hu 



14 ulasan:

  1. Eeemmm ......dah riuh kat fb kannnn...

    BalasPadam
  2. Yang kita nak tahu, macamana boleh runtuh?

    BalasPadam
  3. chik Att: FB lebih laju dr blog, tag tag ni...

    BalasPadam
  4. azieazah: cara dia runtuh adalah: gedebushhhhhhh patah dua hu hu hu hu

    kaw putrajaya tu kaw paya, jadi ikut teorinya mudah mendap. pembinaan jalan kat bawah tu juga boleh sebabkan struktur tanah tak stabil. kira mcm kuat jugaklah jambatan ni sbb dia hanya patah 2 je...bukannya berderai mcm biskut kena penyek ;)

    BalasPadam
  5. Ini mesti sebab kecuaian kerja penyeliaan masa pembinaan, kan.

    BalasPadam
  6. Nak PRU ni lagilah cepat spekulasi bertebaran...

    BalasPadam
  7. kwn kita kejenya monitor jematan ni. mmg depa tutup dr org awam sbb dikesan ada movement. PLUS wat tindakan segera tutup jalan ni kepada user,and closely monitor.sekurang2 tiada sape yg cedera atau maut. katanya sdg dlm proses diruntuhkan gak sbb tidak ekonomi baiki. katenyer lerrrr..

    BalasPadam
  8. apa daaa tak tau kenapa jambatan tu bley runtuh... pasal otomen lawan dengan raksaksa kat sebelah jambatan tu laaa makkk azieazah... wakakakakaaa

    BalasPadam
  9. bukan patah sebab otromen lawan raksaksa kat tepi jematan tu ke...hehe.. *sila gelak*..

    BalasPadam
  10. kakcik Ella: tak tau lah....mungkin juga ada kecuaian manusia, tapi kaw putrajaya pun tanah gambut yg mudah mendap, teknologi kena canggih ;)

    BalasPadam
  11. kakcik: tu lah pasal...atroman jugak muncul selain byk lagi gambar tambahan yg lain hu hu hu

    BalasPadam
  12. kakngah: terima kasih dengan info. bukan semua orang tahu tu...

    tindakan tutup tu dah ok sangat2 sbb kemalangan lebih ngeri boleh berlaku kalau dibuka kepada org ramai

    BalasPadam
  13. ice: hamboihhhhh, kemain lagi. atroman jugak tetiba glamer kat mana2 runtuhan ya

    BalasPadam
  14. anaa: hu hu huhu sama2 gelak dgn daktu lah tu kan ;)

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk menyatakan pendapat yang bernas dan membina. Setiap komen, pendapat dan pandangan yang dikemukakan adalah pandangan persendirian anda, tidak ada kena mengena dengan Tuan Rumah blog ini. Mohon agar menjaga susila sebagai warga Timur berbudaya Melayu beragama Islam. Terima kasih dengan sokongan anda semua.