Khamis, 24 Januari 2013

Sekalipun Hati Rasa Berat


Assalamualaikum,
Selamat menyambut maulidur Rasul. Selamat bercuti.

Terima kasih dengan sokongan rakan-rakan semua. Blog ini sepatutnya sudah diprivatekan (errrr bahasa apakah itu?) Sabtu lepas.

Berikut antara komen yang saya terima;


Namun, tak sangka juga blogger tersohor kak Kujie pun boleh TERbaca blog ni, terkedu seketika.


Lebih dramatic lagi bila dapat komen panjang lebar dari blogger ondscene;


Ohhhh! Saya pengomen tegar di blog beliau yang sentiasa berada di tempat kejadian itu.

Sepanjang tempoh dari 1 Januari 2013 hingga 19 Januari 2013, aku sentiasa teliti trafik yang datang blog ni dan analisis apa yang mereka cari. Nyatanya, walaupun tanpa kemaskini, blogwalking, tinggalkan link dimana-mana blog lain melalui komen, dalam sehari hampir seribu kunjungan yang datang untuk melihat maklumat, bukannya berseronok menikmati kisah pribadi.

Setelah edit sedikit sebanyak apa yang patut, maka kuwakafkan sahaja semua isi blog itu untuk dinikmati dan dimanfaatkan ramai. Nak buang html untuk dibolehlan copy and paste pun malas nak menelaah cecacing tu.

Biarpun blog ni masih kekal terbuka, hati masih belum terbuka untuk kemaskini entri lain. Biarlah daku belajar dari kesilapan diri ini juga. Biarlah ia jadi pengajaran yang amat bermakna. Aku tak boleh paksa orang, hanya boleh paksa diri sendiri sahaja. Paksa hati sendiri sahaja.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam ini cherita. Semoga kalian lebih dirahmati.




12 ulasan:

  1. Sayangnya Anyss biarkan blog ini bersawang.

    BalasPadam
  2. sayang la kalau ditutup..blog ni ramai pembaca setia..

    BalasPadam
  3. Baris akhir tu macam biasa dengar jer? hehehehe!

    BalasPadam
  4. Blog saya memang blog merapu jarang nak jumpa nilai mesej atau nasihat. Sementelah saya bukan orang akademik. Tapi saya suka membaca tulisan yang ikhlas, memberi dan menerima.

    BalasPadam
  5. assalamualikum,
    senyummmmm bnyak banyak,,,lain kali kenapa dok boh gambar dah tau ada akta...huuuu

    BalasPadam
  6. kakcik: hukuman untuk melanggar titah perintah sendiri...nasib badanlah kan, sapa suruh tergedik lebih hu hu huhu

    Apapun, terima kasih kerana kakcik selalu baca blog saya yang...tak tau mana letak kategorinya. Saya amat hargai :D

    BalasPadam
  7. Diana: Daku tahu dikau jua setia, daku hargainya...mungkin satau masa bila dah rasa benar-benar "selamat", saya sambung balik nyawa blog ni ya...sila terus setia -----> huh! macam tak caya je boleh tulis lagu tu, bajet retis tu ;)

    BalasPadam
  8. Azieazah: Pinjam ayat dlm entri akhir, boleh kan? hu huhuhu satu pengiktirafan tu.

    Terima kasih membaca blogku yang tidak sepertinya ini...di sini tersimpan segala rasa hu hu hu

    BalasPadam
  9. ZZ: akta apakah itu? Gambar apakah? P.Ramlee kata "cakap biar terangggg" la la la

    BalasPadam
  10. testt test a b c, 123, kun kum kun tun nahnu,nahti

    BalasPadam
  11. Makchaq suka baca blog sebab penulis biasanya tulis kisah dirinya yang ingin dikongsi..jadi tulisan memang ikhlas dari hati..

    BalasPadam
  12. makchaQ: semoga yg dikongsi itu dirahmati n ada manfaatnya.

    Mana tahu, tiba masanya hati terbuka semula utk sambung tulis lagi...doa2kanlah.

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk menyatakan pendapat yang bernas dan membina. Setiap komen, pendapat dan pandangan yang dikemukakan adalah pandangan persendirian anda, tidak ada kena mengena dengan Tuan Rumah blog ini. Mohon agar menjaga susila sebagai warga Timur berbudaya Melayu beragama Islam. Terima kasih dengan sokongan anda semua.