Selasa, 4 Disember 2012

Susah Jaga Anak Perempuan


Orang dulu-dulu selalu kata “Jaga anak perempuan sorang lebih susah dari jaga kerbau sekandang”. Masih relevankah?

Pada zaman serba mencabar ni, masihkan diskriminasi sebegitu berlaku? Susah sangatkah nak jaga anak perempuan? Tang mana susahnya tu?

Itu satu pertanyaan ya kawan-kawan. Sebab daku belum ada anak, maka daku bertanya. Silalah jawab andai berkaitan.

Harapnya, mek dan ayah tak rasa susah jaga aku. Walaupun dah tua gayut macam ni pun masih lagi perlu pikul tanggungjawab jaga aku. Macam bebanlah pulak aku ni kan? Kesian dia orang tu!

Aku janji akan jadi anak yang sentiasa doakan mereka ke Jannah sama ada masa hayat atau setelah mereka tak ada nanti. Walaupun aku bukanlah solehah manapun, namun harap-harapnya aku bukanlah penyebab kepada mereka untuk mendapatkan susah di sana nanti.


10 ulasan:

  1. Kakcik takde anak perempuan. Harapnya anak2 lelaki yang kakcik kasihi tidak akan melukakan hati kami suami isteri...

    BalasPadam
  2. saya tak boleh komen..
    sebab anak anak saya semua hero!
    haha

    BalasPadam
  3. Hmmmm cemana ya? Apapun semua tu terletak pada NYA. Dia Maha Mengetahui. Lambat jodoh bukan bermakna tak laku, tapi mungkin ada yang terbaik menanti. Ntah bila ntah siapa...

    BalasPadam
  4. nak jaga kesucian makan minum masuk perut dan melekat darah daging lagi susah,,remehndan meremehkan

    BalasPadam
  5. bagi makan dulu baru jaga,,lepas makan baru jaga hee,,bila jaga tak beri minum dan makan itu, bagai ternak dipadang rumput yang luas, tanah orang tanah kita

    BalasPadam
  6. kakcik: menantu pun anak juga kan?

    BalasPadam
  7. Daddy Ziyyad: hu hu hu hero yg comey ...dah besau nanti banyak hati heroin cayaQ tu ;)

    BalasPadam
  8. Diana: Terima kasih dgn perkongsian pengalaman...hakikatnya skrg ni tak kira jantina, mmg kena jaga elok2

    BalasPadam
  9. Azieazah: beban dunia akhirat, adakala rasa sangat bersalah

    BalasPadam
  10. ZZ: insyaAllah, jaga makan minum & kehidupan dari subhah dan haram...
    sangat susah

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk menyatakan pendapat yang bernas dan membina. Setiap komen, pendapat dan pandangan yang dikemukakan adalah pandangan persendirian anda, tidak ada kena mengena dengan Tuan Rumah blog ini. Mohon agar menjaga susila sebagai warga Timur berbudaya Melayu beragama Islam. Terima kasih dengan sokongan anda semua.