Isnin, 3 Disember 2012

Cerita Panas Di MAHA 2012


Sila percaya, MAHA memang panas! Jadi, entri ni berkaitan tentang cerita-cerita panas. Ya, cerita panas. Sangat panas. Betul! Tak tipu...semuanya panas!

Sabtu gigihkan diri berasak ke MAHA 2012 walaupun kalau ikutkan sejarah, tiap kali pergi memang cari penyakit. Patutnya pergi malam kan? Sejuk sikit hu hu hu

Aku alah dengan panas...ohhhh memang puteri lilin. Asal panas je, memang sah akan migrin, sebab tu aku mudah terkesan dengan kepanasan termasuk panas hati. Adakalanya, niat aku nak tanya tapi mungkin orang ingat aku komplen hingga ada yang ingatkan semula tentang kepanasan Padang mahsyar. Ada masa yang lain, aku nak bagi tahu, tapi orang tetap ingat aku komplen. Ya...aku kena belajar bagaimana untuk menerima aje apapun suasana tanpa bertanya, tanpa beritahu andainya tak mampu terima kenyataan orang kata aku “sedang komplen”.


Aku juga alah sesak. Pergi pasar malam pun aku akan pilih waktu tak sesak iaitu sama ada jam 5 petang atau jam 9 malam. Tak pun kalau musim Jepun menyerang, aku redah ke pasar malam waktu maghrib. Namun ada ketika, kalau tak boleh elak sesak aku redah je. Hanya, kalau nak main redah tu eloknya aku redah sesorang je. Elakkan bersama orang lain, nanti buatkan mood orang spoil je. Sekadar peringatan untuk diri.

Geram nak petik ambik mood makan kat atas pokok ;)

Aku sebenarnya sangat suka pergi tempat yang banyak ilmu ni seperti MAHA. Macam-macam ilmu baru boleh dapat walaupun kali ni tak banyak gambar boleh aku ambil dek kena boikot secara beramai-ramai. Lagi suka kalau boleh pergi tempat jualan pokok dan buah-buahan tempatan tu. Kalau boleh nak beli banyak pokok walaupun tak ada kebun. Kalau boleh nak angkut buah-buahan tempatan tu banyak-banyak untuk makan, tapi...tak belipun. Tak larat nak angkut. Parking memang jauh. Kalau beli untuk makan situ bolehlah. Errrr masih terkenangkan durian yang segar kat MAHA tu, tapi dah banyak makan durian, darahpun dah tepu dengan bau durian. Bahaya...sila tahan sabar ya hati!




Balik dah asyar, terus telan ubat migrin, mandi, solat dan tarik selimut. Bangkit hampir maghrib tu pun, denyut di kepala masih bersisa hingga lupakan je tengok perlawanan bole sepak piala AFF Suzuki pertarunagn antara Malaysia-Indonesia. Tahniah Harimau Malaya, berjaya benamkan Garuda. Keliling rumah bergegar dengan tempik sorak Gadis Malaya.

Hari Ahad masih lagi rasa melayang-layang diawangan dek terlebih tidur kot... hinggalah aku habiskan hampir satu taperware (RM10) kismis yang beli kat MAHA hari Sabtu tu ;)







6 ulasan:

  1. Kakcik juga pengidap migrain tegar yang pantang terdedah lama pada 'kepanasan'... :)

    BalasPadam
  2. Akak gi hari Jumaat bawak anak2. Pasnas jugak...panas hati dengan perangai anak2. Semalam balas dendam pergi dengan husband so kita org ukur jalan je dalam tu 7 jam! Balik rendam kaki dalam ais...

    BalasPadam
  3. kawan kita seperti kamu.

    petuanya. ramas bunga raya...
    lumur kat kepala.. syukur..
    mana tahu dgn izinNya?

    BalasPadam
  4. kakcik: orang kata saya "puteri lilin" hu hu huhu migrin sejak sekolah dulu lagi

    BalasPadam
  5. JunAina: Biar je la depa pi jelajah sendiri2, bagi RM10 sorang...janji jumpa semula tang mana2. Mesti tak panas dah hu hu hu

    BalasPadam
  6. Ayu: daun bunga raya tu dulu2 selalu ramas lumur kat kepala utk rambut yg itam kilat n cantik...tapi x tau pun boleh ubat migrin. Selalu guna, tapi migrin x ilang...maknanya tak serasi la kot ;)

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk menyatakan pendapat yang bernas dan membina. Setiap komen, pendapat dan pandangan yang dikemukakan adalah pandangan persendirian anda, tidak ada kena mengena dengan Tuan Rumah blog ini. Mohon agar menjaga susila sebagai warga Timur berbudaya Melayu beragama Islam. Terima kasih dengan sokongan anda semua.