Selasa, 11 Disember 2012

Bila Che Lah (MasterChef 2) Nak Berlakon


Walaupun jarang-jarang tengok rancangan masterchef (Malaysia), tapi nama Che Lah dengan 'tagline' "siapa kata perempuan cantik tidak boleh masak", memang sentiasa berlegar dalam kepala. Mentang-mentang dia comey kan, bolehlah buat tagline serupa itu. Cuba daku yang buat tagline macam tu, harus ada yang muntah hijau!


Bekas peserta program MasterChef Malaysia 2, Che Lah atau nama sebenarnya, Shila Shereen, 40, tidak menolak untuk mencuba nasib dalam bidang lakonan atau pengacaraan sekiranya mempunyai tawaran daripada mana-mana syarikat produksi. Hasrat itu bukan semata-mata untuk mengejar populariti sebaliknya gemar mencuba pelbagai bidang bagi mengutip pengalaman.

Che Lah juga terlibat dalam dunia perniagaan produk kecantikan dan tidak pernah terfikir untuk memasuki pertandingan MasterChef sehingga menjadi enam peserta terbaik. Dia juga masih menyimpan hasrat untuk membuka sebuah restoran sendiri.

Dia dah ramai peminat sejak masuk Masterchef 2 (Malaysia) walaupun tak menang masterchef tu, kalau dia berlakon...mmmmm lagilah ramai peminat dia kan? Salah hari, ada artis tak boleh cari makan ;)




9 ulasan:

  1. Serampang dua mata sebenarnya kalau masuk rancangan realiti ni

    BalasPadam
  2. abih laa artis lain.. che lah over shadow... hehe...

    *geleng pala teringat che lah dlm MC baru2 nih...

    BalasPadam
  3. Saya setuju dgn Daddy Ziyyad. Diaorg ni sambil menyelam sambil minum air.

    BalasPadam
  4. Kc setuju dgn Daddy ziyyad. kalau tetiba nak mengacara atau berlakon, nmpk sgt tujuan masuk tu sebab mahu popular.

    BalasPadam

  5. assalamualaikum....
    Nampak sangat MC taknak keluarkan Che Lah awal-awal kerana dia adalah penyeri MC

    BalasPadam
  6. kalau dikau tak syer.
    aku mmg tak kenal..
    hahhaha

    BalasPadam
  7. strategi astro neh. adat org glemer neh memuler dibenci. last2 diminati...har3.. btui kata2 Daddy Ziyyad n KCE tuh..

    BalasPadam
  8. strategi astro neh. adat org glemer neh memuler dibenci. last2 diminati...har3.. btui kata2 Daddy Ziyyad n KCE tuh..

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk menyatakan pendapat yang bernas dan membina. Setiap komen, pendapat dan pandangan yang dikemukakan adalah pandangan persendirian anda, tidak ada kena mengena dengan Tuan Rumah blog ini. Mohon agar menjaga susila sebagai warga Timur berbudaya Melayu beragama Islam. Terima kasih dengan sokongan anda semua.