Rabu, 7 November 2012

Keputusan UPSR 2012 Isnin 19 Nov


Adik-adik yang tengah tunggu keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah UPSR tahun 2012 (Seramai 517,139 orang calon) di 8,284 pusat peperiksaan seluruh negara akan menerima keputusan masing-masing pada Isnin, 19 Nov ini. Haaaaaaaaaaaaa mesti tak senang duduk kan nak tunggu minggu depan. Tidur tak lena, mimpi tak basah lah ya hu huh u

Hari Isnin nak kena beratur ramai-ramai ambil keputusan peperiksaan UPSR 2012. Sila kuatkan semangat ya…

Menurut Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia, majlis pengumuman analisis keputusan UPSR itu akan diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya. Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi pada hari yang sama.

Aku pernah ada pengalaman jaga anak saudara masa kakak dan abang ipar menunaikan haji. Pada masa ini, semua urusan mereka aku yang buat. Fuhhhhhh! Pendek kata, sangat lelah dan penat. Tanggungjawab mak dan ayah dia orang aku kena pikul seorang, jadi aku dah faham bagaimana situasi ibu tunggal. Ohhhh! Tak terdaya dan kawal budak-budak ni…nasib baik sebulan setengah je…kalau lama, dah pasti aka nada yang kena dera nanti huh u hu 




9 ulasan:

  1. Anak buah kakcik dua orang ambil UPSR tahun ini. Entah macamanalah keputusan mereka.

    BalasPadam
  2. Owhhh 19hb ehh....akak ingat 21hb...

    Mak tengah dup dap dup dap...anak rilex jerk...

    BalasPadam
  3. saya dulu langsung tak rasa apa apa masa nak ambik result UPSR..hahaha..belajar pun malas..

    BalasPadam
  4. maka secara tak lungsungnya... kami hanya dapat bercuti selepas 19hb

    Chik Att
    http://atleena.blogspot.com

    BalasPadam
  5. kakcik: anak buah saya PMR tahun ni...

    BalasPadam
  6. JunAina: hu huh u gitulah biasanya kan?

    BalasPadam
  7. daddy Ziyyad: hu huhu saya tak rasa apapun masa periksa tu...tetiba je periksa. Tak tau pun ;)

    BalasPadam
  8. Bestari IT: waaaa seronoklah cuti musim2 ujan gini kan? Tapi kalau semua cuti...tak ada plan apa2, haru juga tu

    BalasPadam
  9. Follower #449.
    Cinta itu memang buta frenz...

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk menyatakan pendapat yang bernas dan membina. Setiap komen, pendapat dan pandangan yang dikemukakan adalah pandangan persendirian anda, tidak ada kena mengena dengan Tuan Rumah blog ini. Mohon agar menjaga susila sebagai warga Timur berbudaya Melayu beragama Islam. Terima kasih dengan sokongan anda semua.