Jumaat, 2 November 2012

Gajah Di Zoo Bercakap Bahasa Korea


Macam-macam benda pelik berlaku sekarang ni. Tanda-tanda akhir zaman gamaknya.

Di SEOUL, Seekor gajah di Zoo Korea Selatan bukan saja boleh mengutip makanan menggunakan belalainya tetapi gajah itu juga boleh bercakap. Biar benarrrr! Kang tetiba gajah tu mintak nak makan KFC kang naya!

Pasukan penyelidikan antarabangsa berkata, gajah bernama Koshik itu boleh bercakap lima patah perkataan dalam bahasa Korea dengan melipat belalai ke dalam mulutnya dan mengeluarkan bunyi menerusi kerongkongnya. Penemuan itu dilaporkan menerusi online dalam jurnal Current Biology hari ini.

Dah jurulatihnya bercakap korea, dia pun retilah ikut bahasa Korea. Kalau nak betul-betul pelik, suruh gajah tu cakap Kelantan, itu baru pelik dan aneh. Baru betul-betul kisah benar.

Mmmmm boleh bercakap, belum tentu dia faham kan apa yang dia cakap? Macam burung kakaktua tu...kita ajar dia bagi salam pun, dia hanya tau bagi salam je. Kalau kita yang bagi salam kat dia, tobat dia tak reti nak jawab hu hu hu 


4 ulasan:

  1. Kenapa gajah tu tak cakap dalam Bahasa Inggeris. BI kan bahasa dunia. heheehehehehe.

    BalasPadam
  2. zoo-zoo di malaysia pun kena buat benda yang sama...hehe...ajar bahasa melayu kat gajah2 di zoo kita.. :p

    BalasPadam
  3. gajah nim buleh joget tarian kudo dop?

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk menyatakan pendapat yang bernas dan membina. Setiap komen, pendapat dan pandangan yang dikemukakan adalah pandangan persendirian anda, tidak ada kena mengena dengan Tuan Rumah blog ini. Mohon agar menjaga susila sebagai warga Timur berbudaya Melayu beragama Islam. Terima kasih dengan sokongan anda semua.