Jumaat, 30 November 2012

Aku Diboikot Secara Beramai-Ramai


Sampai hati betul dia orang ni boikot aku
Sedih tau! Nak nangis!
Tak lalu makan sejak seminggu lepas
Errrr...takat 2-3 pinggan je makan pun
Kalau lalu makan, tak tau lah habis berapa kali tambah hu huhu

Lebih 3 tahun aku beli telefon tu
Sekarang ni dah tak ada sangat orang guna
Bagi kat Amir pun dia tak teringin nak
Dia lagi dok jeling note 2, dok berkenan S3
Aku dah tentulah lagi nak S3 tu...dak pun note 2

sila abaikan kulit durian kat belakang


Kamera tu aku beli 3 tahun lepas juga,
Tapi hujung tahun...kisah beli kamera samsung tu trajis juga
tapi aku sangat suka dengan merah garangnya yang comel tu
lagi suka dengan gambar-gambarnya yang cantik
boleh rakam video yang cantik dan jelas juga
banyak jasanya kat aku...merata tempat dah sampai
Aceh la, Paris la...German la, Amstardam la...Bangkok juga
kat dalam negara ni tak payah nak bilang
merata ceruk aku bawa hulu hilir
pendek kata sepanjang masa dok dalam beg

Sekarang ni dua-dua benda tu dah boikot aku
dah merajuk dengan aku, dah meragam buat perangai
sedih tau! Depa dua ni tak tau ka aku sayang sangat kat depa?

Ikut merenyam hati ni, aku nak rembat benda alah ni;



Baru dua hari diperkenalkan di Malaysia Samsung Galaxy Camera ni...
harga Samsung galaxy camera ni RM1899 hu hu hu kering darah dibuatnya!

Gamaknya cukup tak duit bonus nanti
nak ganti dua benda kesayangan beta tu?
Konfem tak cukup!
Hu hu hu nak main kutu pun, dah serik!
Alahai...ada sesiapa nak sponser tak? S3 je pun tak apa dah ;)

11 ulasan:

  1. wuhuhuuuuuuuuuuuuu...galaxy camera..jellybean...

    function wise,ada ciri ciri dslr..

    jom kumpul duit.....:)

    BalasPadam
  2. dari main kutu baik cari kutu kat kepala tu... kut2 ada 2 3 ekor bley laa jual kat zoo... wakakakakakaaaaa lariiiiiiiiiiikkkkkkkkkkkkkkssssssssss

    BalasPadam
  3. Huhuhuh... bg tau bila reganya turun 50% hahaha.......

    BalasPadam
  4. ruginya sy baru beli s2 bbrapa hari lepas! kalo tau ada fon baru...konpem tggu :((

    BalasPadam
  5. Daddy Ziyyad: hu huhu gila kentang dia punya fungsi hu huhuhu 16 pix lagi tu...saya pernah pakai samsung mcm dlm gambar tu, fuhhhhh mmg tidak menghampakan. mabeles! itu daku yg tak berapa nak reti kamera, kalau yg dah tau dslr, memang cun gilerrrr la!

    BalasPadam
  6. ice: Kalaulah kutu2 tu boleh dieksport, sudah lama kubuat penternakan kutu jaya hu huhu

    BalasPadam
  7. Cik Att: lama kot nak turun hingga separuh rega coz yg guna tu pun turun hingga 600 lebih selepas 3 tahun ;)

    tapi mana tau kan...teknologi sgt cepat berkembang ;)

    BalasPadam
  8. Wani: Saya dok tunggu 2 minggu lepas pasal ni sbb kawan dah tengok kat Jepun awal bln lepas tp masa tu blm ada harga. Minggu lepas congok harga dari harga di Jakarta, patutnya dekat 2K...kira murah RM100, tapi still merangkak utk rembat ;)

    BalasPadam
  9. Hmm kena kumpul duit dulu.. Menarik sangat.. (tapi harganya masih dalam kategori mahal..)

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk menyatakan pendapat yang bernas dan membina. Setiap komen, pendapat dan pandangan yang dikemukakan adalah pandangan persendirian anda, tidak ada kena mengena dengan Tuan Rumah blog ini. Mohon agar menjaga susila sebagai warga Timur berbudaya Melayu beragama Islam. Terima kasih dengan sokongan anda semua.