Selasa, 28 Ogos 2012

Jejai Beraya Sendirian Tanpa Fasha Sandha Tercinta Di Sisi


Ketika orang lain meriah sakan sambut Aidilfitri,
Kesian kat Fasha Sandha terpaksa beraya tanpa Jejai di sisi
Namun, berbaloi-baloi bila Jejai @ Rizal Ashram Ramli berjaya
menCipta Sejarah Ketika Aidilfitri selepas memenangi dua perlumbaan
di kejohanan Lamborghini Blancpain Super Trofeo Asia.
Tahniah Jejai…tengah bayangkan Fasha Sandha terlompat-lompat gembira
Errrrr….sebenarnya aku yang nak tompang lompat tu
Fasha sengih sampai telinga je hu hu hu

Rizal Ashram Ramli @ Jejai menjadi rakyat Malaysia pertama memenangi
dua perlumbaan di kejohanan Lamborghini Blancpain Super Trofeo Asia.
Beliau yang mewakili Lamborghini Kuala Lumpur JH Italia
menewaskan 18 pelumba lain dari seluruh Asia
untuk memenangi perlumbaan di Ordos, China, pada 18 dan 19 Ogos lalu.
Beliau sedang berusaha mengekalkan prestasinya untuk baki tiga pusingan
di Guangdong dan Shanghai, China nanti
jadi, sama-samalah kita doakan Jejai @ Rizal Berjaya ya

Rizal, 36, suami kepada pelakon Fasha Sandha sebelum ini
walaupun jejai sebelum ini sering berjauhan dengan keluarga
pada musim perayaan masa belajar di England dan Amerika Syarikat dulu
tapi dah tentulah banyak bezanya berjauhan dengan Fasha Sandha kan?
Cedih tau raya sensorang tanpa isteri terchenta!

 PsssT: Ini entri bangga bila ada warga Malaysia berjaya harumkan nama negara ;)



9 ulasan:

  1. Ohh sukan lumba keta Lamborghini. Keta mewah yg sangat mewah niii... Hebat!

    BalasPadam
  2. kaw yg kurang kasih syg,,jangan sibuk

    BalasPadam
  3. Ayu: kena bangga tu...kita blm tentu boleh buat kan

    BalasPadam
  4. Maiyah: dia rembat 2 sekali tu...hebat!

    BalasPadam
  5. kakcik: kalau ikut berita yang tulis tu, Fasha sandha tak ikut...

    BalasPadam
  6. Mak Janda: selamat datang, selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin...minta maaflah kalau entri BANGGA saya ni buatkan mak Janda sentap.

    Boleh habaQ tak tang mana buatkan Mak Janda sentap, boleh gak saya tau....

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk menyatakan pendapat yang bernas dan membina. Setiap komen, pendapat dan pandangan yang dikemukakan adalah pandangan persendirian anda, tidak ada kena mengena dengan Tuan Rumah blog ini. Mohon agar menjaga susila sebagai warga Timur berbudaya Melayu beragama Islam. Terima kasih dengan sokongan anda semua.