Jumaat, 3 Ogos 2012
Jangan Gelojoh, Boleh Tak Mak Cik?
Ini entri beremosi…jika tak mahu emosi anda terganggu
mohon berlalu dari sini kerna anda bakal menemui
satu fasa gangguan emosi pada bulan ramadhan
yang sepatutnya kita lebih ikhlas lagi lakukan sesuatu
Fuhhhh! Tarik nafas jab…sabarlah duhai hati!
Masa kaum lelaki berbondong-bondong kutip pahala di masjid
kaum wanita ambil peluang penuhkan pusat beli belah
aku singgah sekejab di econsave tengahari tadi,
kebetulan dah lalu…singgah beli barang dapur
Memang ramai orang gunakan waktu rehat tengahari Jumaat
maklumlah lebih panjang dari biasa…jadinya, masa nak bayar
begitu ramai orang beratur, memasing penuh troli
ada yang heret sampai 3 troli…hu hu hu boleh bayangkan macam mana?
Nak tak nak, memang kena beratur juga walaupun panjang
mak cik kat depan aku tu pernah aku jumpa masa pilih barang
kalut je sumbat ikan siakap dalam plastik
bila aku dok jenguk-jenguk nak pilih ikan tu
sebab yang tinggal tu dah tak berapa elok, aku tak beli
tak ada rezeki nak masak 3 rasa Ahad nanti
kalau tak, bolehlah ramai-ramai merasa
boleh pulak beratur satu baris dengan makcik tu pulak
tak kesah lagi yang tu…
Sebelum sampai giliran dia bayar,
dia toleh kat aku hulur 2 ketul mentega dengan duit 6 hengget
“tolong bayar, boleh?”
rupanya mentega tu harga promosi dan dihadkan 2 ketul je untuk seorang
bila dia ambik 4 ketul, dia kena mintak tolong orang lain
sebab aku dok belakang dia, aku yang jadi mangsa
masa aku ambil ketul menteganya dan duit 6 hengget tu
hati aku masih ikhlas nak tolong…tak ada hal pun
Bila si makcik tu dok gelojoh desak
“bayar akak punya dulu…bayar akak punya dulu”
kat depan chasier masa giliran aku membayar tu,
ikhlas aku laju je meluncur pergi…dah tak ikhlas lagi
Si chasier tu dah pandang semacam, pelanggan2 lain jugak
kok ya pun nak cepat balik pukul mentega buat kuih raya
tak kan tak mampu nak sabar seminit dua?
dah tau kita tu langgar peraturan orang,
mintak tolong orang lain pulak bersubahat
tak payahlah jatuhkan air muka aku depan ramai
aku ni reti malu bila langgar undang-undang
ya…salah aku juga, bersubahat dengan makcik gelojoh tu
hari ni Allah bayar cash!
malu sangat-sangat...rasa macam nak menyorok muka dalam beg plastik
10 ulasan:
Anda dialu-alukan untuk menyatakan pendapat yang bernas dan membina. Setiap komen, pendapat dan pandangan yang dikemukakan adalah pandangan persendirian anda, tidak ada kena mengena dengan Tuan Rumah blog ini. Mohon agar menjaga susila sebagai warga Timur berbudaya Melayu beragama Islam. Terima kasih dengan sokongan anda semua.
aduhaii.. mmg cabar kesabaran
BalasPadaminilah perangai segelintir
manusia dan kita x nasib baik
bertembung dgnnya.. sabar ya
Maiyah: kak, ikhlas dah habis...sedih sangat, dah ganggu emosi sepanjang petang. Tak tau kenapa sensitif sangat petang ni...
BalasPadamkeikhlasan tercabar dengan gelagat manusia yang mementingkan diri sendiri....patut pun kalau anyss sensitif petang ni...kanss....sabaq banyak2 yaa..
BalasPadamhuhuhu...sobar kak dio tuh. sobar... meh bukok poso umoh ambo. nati umi muaz masok ike 4 raso....
BalasPadamItu yg saya malas nak subahat kerja2 mcm ni. Org tu lepas, kita yg dipandang serong oleh pihak lain .... huhuhu
BalasPadamSkrg saya tahu kenapa anyss emo hari ni.
Aduhailah makcikkkk....
BalasPadamMurni: biasanya tak de la nak sensitif sangat...mungkin nada suaranya tu macam "pembuli" buat nak emo hu hu hu
BalasPadamEelobor: SIAP!!!! bos...tapi, cukup ka? Daku ni makan manyak hu hu hu
BalasPadamYB: sekelip mata je niat tak kesah nak tolong tu jadi "kesah" dan tak ikhlas hu hu hu
BalasPadamkakcik: perasaan teruji hari ni...rupanya diri belum kuat ;)
BalasPadam