Rabu, 15 Ogos 2012
Aktiviti di Kampung Halaman Dah Bermula…
Semalam, sampai je rumah terus mandi manda dan
Qada tidur…fuhhhhh sangat best!
Malamnya nak online tak dapat sebab petir berdentum kilat menyabung
Guruh berdentam…akhirnya sambung tidur dengan lena
Diulit orchestra angsa dan hujan renyai…betul-betul kampong!
Hari ni, Mek kata…Jom gi rumah pakcik,
Lepas tu beli barang dapur untuk raya
Aku ok aje, bila tanya jam berapa?
Jam 8 hu huh u awal gila!
Tak apa, pergi je…aku dah jadi super bertauliah
Tiap kali balik kampong
Malam semalam lagi Mek dah melagut ke bumbung
“banyak sawang!”
Tau apa maknanya? Nak kena buang sawang dan kemas segala
Sebelum raya…jadinya, mana-mana tempat berdebu tu
Kenalah lap ya…satu rumah tu hu huh u
Itu memang nasib bagi sesiapa yang balik awal
Tahu ni aku yang kena!
Jadinya, andai entriku tak ada sepanjang tempoh 2 minggu ni
Maknanya, macam-macam benda tengah buat
Dengan cerianya…mmmm kena asah semula bakat memanjat
Errrr…nasib baik kelapa dah ada
Kalau tak kena panjat pokok kelapa huh u hu
8 ulasan:
Anda dialu-alukan untuk menyatakan pendapat yang bernas dan membina. Setiap komen, pendapat dan pandangan yang dikemukakan adalah pandangan persendirian anda, tidak ada kena mengena dengan Tuan Rumah blog ini. Mohon agar menjaga susila sebagai warga Timur berbudaya Melayu beragama Islam. Terima kasih dengan sokongan anda semua.
Assalamualaikum wbth...
BalasPadamTidur pun leh qado ke.....ekekekekekkeke
Salam perkenalan dari
TiranaAduka...
Selaku blogger baru ...memohon maaf atas kehadiran di blog ini.....tanpa diundang...maaf dari Tirana..
From TiranaAduka.....: Mengenali TiranaAduka - kesihatan.
Jemput singgah blog saya.....jika ada kelapangan dari anda.....
From TiranaAduka.....: Bila diri Tirana Dicintai....tanpa ku sedari
Tirana Aduka: selamat datang. semoga lain kali akan datang lagi ;)
BalasPadamselamat hari raya aidilfitri
Kehkehkehhh...teringat zaman dolu2 kalau nak raya cam gitu le kena kerah dengan mak.
BalasPadammacam best je bunyi nya. untung la orang ada kampong. yang disini..jeles tak terhingga. tiada choir ayam berkokok...simfoni burung bersiulan...ujan sejuk dan mendamaikan pun jauh sekali.
BalasPadamselamat membuat persediaan raya...
selamat hari raya anyss..maaf zahir batin.
Tido dgn irama angsa, ujan renyai? Ohhh best sesangat!
BalasPadamKalu kena panjat pokok kelapa, jangan lupa turun balik ya... heh heh heh
JUnAina: Ni je lah masanya dengar dia berleter kerah itu ini hu hu hu
BalasPadamJUnAina: Ni je lah masanya dengar dia berleter kerah itu ini hu hu hu
BalasPadamMurni: setakat ni masih ada lagi kampong, esok lusa tak tau lagi...mana tau kan, kena BUANG kampong hu hu hu
BalasPadamSelamat hari raya maaf zahir batin...