Selasa, 17 Julai 2012
Bonus dan Imbuhan Aidilfitri Penjawat Awam
Setiap tahun, Ramadhan dan disember bagaikan bulan keramat
apa taknya, kos hidup meningkat ketika ni
persiapan hari raya aidilfitri dan persiapan buka sekolah
walaupun taklah meriah mana pun sambuatan aidilfitri aku
sekadar jadi bibik dan pemandu sahaja
namun kos balik kampong tetap perlu disisihhkan juga
termasuk ringankan belanja Mek untuk tambah sedikit sebanyak keperluan
bab baju raya aku tak kesah sangat
dah berbelas tahun tak ada baju raya pun bukan ada orang tahu
angkut balik je baju kerja, aku je yang tahu
tapi bab makan, sedia kerepek dan ganti baru alatan rumah
kenalah hulur juga, kalau tak buat persediaan untuk tetamu pun
cucu Mek 14 orang tu kena juga makan
itu yang lebih meriah sebenarnya.
Sebelum ni tersebar berita palsu tentang pemberian bonus aidilfitri
kini usaha untuk dapatkan imbuhan Aidilfitri penjawat awam sedang dibuat
Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs)
libatkan 1.4 juta penjawat awam termasuk aku lah tu
harap-harapnya duit raya kami tahun ni bertambah sikit
pilihanraya kan dah dekat, bagilah lebih sikit…boleh?
Huh! Betis pun belum tentu dapat, mintak paha lah pulak!
Ingat lagi pengalaman pahit tiga beradik hidup susah di Lampung
yang dibawa balik dariIndonesia baru-baru ni?
Kakak mereka, Siti Norzana Nordi yang terkandas di Mesuji, Indonesia,
dipercayai sudah dijual kepada pihak ketiga
sehingga menggagalkan usaha membawanya pulang
kesiannya! Dia masih terlalu muda untuk jalani kehidupan sesukar itu!
PssssT: Betul ke pilihanraya ke 13 selepas Aidilfitri?
6 ulasan:
Anda dialu-alukan untuk menyatakan pendapat yang bernas dan membina. Setiap komen, pendapat dan pandangan yang dikemukakan adalah pandangan persendirian anda, tidak ada kena mengena dengan Tuan Rumah blog ini. Mohon agar menjaga susila sebagai warga Timur berbudaya Melayu beragama Islam. Terima kasih dengan sokongan anda semua.
berita yang tersebar sebelum ini bukan palsu, tapi artikel lama. terjadi akibat sesetengah orang suka & cepat terpengaruh tanpa mahu membuat kajian adakah itu sumber betul, palsu, berita lama atau sebagainya. sebelum ini artikel dalam metro takde tulis tarikh artikel ketika dikeluarkan. yang ada cuma tarikh semasa pada bahagian atas. kalau perhatikan sekarang, setiap artikel di metro telah di tulis tarikh kat bahagian bawah setiap artikel yg diterbitkan (penambahbaikkan)
BalasPadamEelobor: entri lama ambo jugok tu...malas nak ubahsuai tajuk hu hu hu
BalasPadamsalam..
BalasPadamapapun selamat nak berpuasa ;)
Harap harap adalah bonus hariraya
BalasPadammaiyah: selamat berpuasa, moga2 amalan puasa kita tahun ni lebih baik dr tahun lalu...
BalasPadamRahwana: selamat datang...kita harap yang terbaik untuk semua
BalasPadam