Rabu, 2 Mei 2012

Cara Baru Si Penipu Kenakan Mangsa


Macam-macam cara si penipu akan guna
untuk putar beli dan tipu orang
siapa yang lalai dan cuai, memang akan kena makan
kalau kenyang tak apalah jugak
sakit hati lagi adalah…

kalau sesiapa yang berangan nak dapat telefon canggih
dengan harga yang murah
fikirlah semula, sebab kalau barang tu patutnya mahal
memang tak ada alasan untuk orang jual murah kan?
Awas! Kalau anda didekati dengan orang tak dikenali
tawar harga murah untuk telefon canggih kerana dah banyak kes penipuan berlaku
masa tunjuk untuk kita tengok telefon tu
memanglah telefon asal, tapi entah bila
akan ditukarkan kepada telefon tiruan atau replica
yang biasanya diguna untuk pameran di kedai telefon tu
masa kita kalut dok kira duit nak bayar

dah banyak kes sebegini berlaku
salah satunya berlaku kepada seorang penjawat awam di Putrajaya

Moral the story: belilah telefon canggih yang mahal 
Adussssssssssssssss! Ada sesiapa nak bagi Samsung Nexus percuma tak?


2 ulasan:

  1. ye la..ramai orang yang mudah tertipu dengan telefon2 canggih ni..rasa nya baik la pi beli kat kedai nun..daripada beli kat orang perseorangan.kat kedai kita boleh tanya macam2..test itu test ini..jaminan pun ada.

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk menyatakan pendapat yang bernas dan membina. Setiap komen, pendapat dan pandangan yang dikemukakan adalah pandangan persendirian anda, tidak ada kena mengena dengan Tuan Rumah blog ini. Mohon agar menjaga susila sebagai warga Timur berbudaya Melayu beragama Islam. Terima kasih dengan sokongan anda semua.