Khamis, 8 Mac 2012

Gambar-gambar Banjir Sekitar Kuala Lumpur

Hujan lebat sepanjang petang semalam
agak lama hingga tengah malam
di Bangi pun hujan...lebat juga tapi aku bahagia
cuba untuk tarik selimut, tapi...sengsara
mata tak mahu lelap
akhirnya bangkit semula jam 11 malam
buka komputer dan buat kerja
sadis tak hidup macam ni?

Berita jam 11 malam khabarkan Kuala Lumpur banjir
terus aku google cari video kejadian banjir di Kuala Lumpur
sekurang-kurangnya gambar KL banjir
tengah malam baru jumpa
itupun hanya gambarnya sahaja di beberapa lokasi

kepada rakan-rakan yang nak tengok gambar-gambar banjir
yang berlaku sekitar Kuala Lumpur semalam, 7 Mac 2012
boleh tengok di beberapa blog rakan-rakan ni

manakala berita tentang kejadian banjir ni boleh baca di Metro

ketika ini, operasi memindahkan seramai 200 orang penduduk Kampung Baru 
masih lagi dijalankan...dah jam satu pagi ni
kepada mangsa-mangsa banjir kilat ni...harapnya mereka banyak-banyak bersabar

2 ulasan:

  1. memey lebat sungguh marin...pahtu lama pulok. dok sedak doh... mesti akan berlaku banjir kilat teruk kakloh dale KL nih....

    BalasPadam
  2. Eelobor: mana2 pun, ujan sikit je banjir...bumi dah tak sihat untuk serap semua aliran air ;)

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk menyatakan pendapat yang bernas dan membina. Setiap komen, pendapat dan pandangan yang dikemukakan adalah pandangan persendirian anda, tidak ada kena mengena dengan Tuan Rumah blog ini. Mohon agar menjaga susila sebagai warga Timur berbudaya Melayu beragama Islam. Terima kasih dengan sokongan anda semua.