Jumaat, 17 Februari 2012

Jommm Lastik MakCik Sihir Yang Terbang dengan Penyapu Lidi


Usah dikesali saat hari yang benderang
tetiba diterjah hujan mencurah
setelah reda tangisan awan itu
akan  muncul garis pelangi nan cantik menghiasi pandangan
dan dibawa ke mimpi indah

usah ditangisi siang semakin tua menjemput datangnya malam
pada warna sore nan sebam itu
masih ada pancaran emas menyerikan keberangkatan hari
terhampar  mengundang asyik biarpun seketika

senja nan merah...biarku sembunyikan amarah

tidak perlu jua berduka nestapa
menyambut datangnya malam nan pekat
kelak akan ditemu gemerlap bintang
menghias dada langit
dan bulan memancar warna tembaga
doakan malammu berteman mimpi indah

selamat malam dunia!

Errr…entri ini tiada kaitan apa-apapun dengan makCik sihir yang terbang dengan penyapu nan tiada sempat untuk aku lastik setelah mengetahui superman sedang bercuti kerana menikmati tempe goreng kicap campur ikan bilis dan cili api.

PsssT: gambar petang semalam, mengejar mentari terbenam ;)

5 ulasan:

  1. selamat pagi anyss

    dik, lihat keindahan malam.. k.ayu semalam bertemu arwah ayah mertua..
    cantik berkaca2 matanya, segak dan tampan sekali..

    hampir setahun pemergiannya...

    lama mengharap arwah muncul .. syukur akhirnya

    BalasPadam
  2. sari duo nih duk baca status fb pasal ahli sihir dengan penyapu. huhuhu, di kapom ambo ado sore....

    BalasPadam
  3. Mujur dalam usaha mengejar matahari terbenam, kaki tidak terbenam sama di lembab paya... hehehehe

    BalasPadam
  4. EElobor: Terserempak makCik sihir tengah tunggang penyapu la la la

    BalasPadam
  5. Azieazah: Ada masa...rela aje kaki termasuk paya bila warna sore itu lebih indah untuk dikenang dari paya yang masih boleh dicuci lumpurnya di kaki

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk menyatakan pendapat yang bernas dan membina. Setiap komen, pendapat dan pandangan yang dikemukakan adalah pandangan persendirian anda, tidak ada kena mengena dengan Tuan Rumah blog ini. Mohon agar menjaga susila sebagai warga Timur berbudaya Melayu beragama Islam. Terima kasih dengan sokongan anda semua.