Sabtu, 19 November 2011

Paling Jauh Tumpah Kuahpun, Ke Meja Je!


orang kata, kuah akan tumpah ke nasi
orang kata, murid akan ikut cara guru kencing
(ngendap cikgu kencing apa! kalau tak, mana tahu?)
kalau dah tahu begitu
mengapa kuah itu sangup dibazirkan
dan tumpah ke meja?
mengapa guru masih juga berlari masa nak kencing?

kalau kita ibu bapa yang tamak
usahlah marah anak bila suatu hari nanti
dia juga jadi seorang yang lebih haloba dari kita
kerana mereka melihat semua hal kita lakukan
sepanjang hidup mereka
dan menganggap apa yang kita buat itu betul
maknanya: tidak salah... lalu contohinya.

kalau tak nak anak kita jadi manusia tamak dan haloba
dan mementingkan diri sendiri
kita dahulu yang tidak boleh tamak
dan mementingkan diri sendiri
agar nanti
kuah yang kita ada itu tumpahhhnya ke nasi
bukan ke meja
(bertambah kerja pulak kena lap meja)

5 ulasan:

  1. kemana gugurnya woh duye kalau tidak ke kebun bangi

    BalasPadam
  2. Eelobor: di Tesco dan Giant pun luruh jugak la lala

    BalasPadam
  3. Orang yang ada anak ramai ni, makan bersila ramai-ramai sambil bentang suratkhabor. Tumpah ke paper, renyuk terus buang jer. Takyah lap lagi.

    boleh gitu? hehehehe

    BalasPadam
  4. dah kene bazirkan tisu paper nak mengelap kuah yg tumpah tu kan.. heheh~

    BalasPadam
  5. Azieazah: Boleh aje...tak payah pakai saprahpun, tapi..jangan ler bagi tumpah. Sayang lak kuah daging salai tu walaupun hanya kuah ;)

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk menyatakan pendapat yang bernas dan membina. Setiap komen, pendapat dan pandangan yang dikemukakan adalah pandangan persendirian anda, tidak ada kena mengena dengan Tuan Rumah blog ini. Mohon agar menjaga susila sebagai warga Timur berbudaya Melayu beragama Islam. Terima kasih dengan sokongan anda semua.