Khamis, 20 Oktober 2011

Kita Tak Boleh Kawal Dunia


biar bagaimana kita inginkan sebuah kehidupan dunia berlangsung
kita tak akan mampu mengubahnya
dengan tangan sendiri
dengan kotak fikir kita sahaja
kerna di dalamnya penuh dengan pelbagai aksi
dan cerita dari bermacam rencam manusia
dan cerita kita hanyalah satu cerita kecil
yang tidak terpandang sedikitpun
dari ceruk dunia yang lain.

kita tak akan mampu mengubah manusia
andai dia sendiri tidak sudi untuk berubah
dia sendiri tidak ingin berubah
dia sendiri sengaja cuba untuk tidak berubah
hanyalah kerja sia-sia
bagai menolak batu besar ke puncak gunung
makin ditolak
kian memberat menghempap

kita tak akan mampu mengubah dunia
ubahlah diri sendiri
moga nanti dunia akan berubah
sedikit demi sedikit
dengan seluruh kebaikan yang kita kongsikan di dunia ini
andai tiada terpengaruh
anggap sahaja dunia sebagai pentas lakonan
dan heronya adalah kita;
penuh dengan kebaikan


2 ulasan:

  1. Kalu lah kita boleh kawal, tentulah ada pihak pula yang menjadi penebat kawalan itu pula. Lalu pastu apa...? Aman damaikah kita...

    BalasPadam
  2. hahaha....usahkan dunia cik kak oi... orang di sebelah kita pun susah untuk di kawal, apatah lagi seluruh isi alam

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk menyatakan pendapat yang bernas dan membina. Setiap komen, pendapat dan pandangan yang dikemukakan adalah pandangan persendirian anda, tidak ada kena mengena dengan Tuan Rumah blog ini. Mohon agar menjaga susila sebagai warga Timur berbudaya Melayu beragama Islam. Terima kasih dengan sokongan anda semua.