Ahad, 24 April 2011

Namapun Pesta Buku, Maka Berpestalah Aku

Sabtu. Hari kedua Pesta Buku Antarabangsa KL
setiap tahun aku jarang lupa
untuk pergi
asalkan jual buku
kali ini juga
tahun ini senarai mesti buku tak panjang
hanya sebuah
sebuah buku sahaja


dari rumah dah tanamkan azam
tak akan beli buku lain
selain yang sebuah itu
sentiasa kuatkan hati
hanya beli buku yang sebuah itu sahaja
walaupun ada tiga jilid kembarnya

bila dah bergelumang peluh dan lelah
menyelit menyusup terlanggar dilanggar
daya ingatan semakin kurang
buku nan sebuah kubeli bersama-sama kembarnya
jadi bertiga

beli lagi
lagi
dan lagi
akhirnya
buku nan sebuah menjadi lapan


Fuhhhhhh kesesakan maha hebat di PTS...satu kakipun tak boleh nak masuk...kaki aku kan kaki gajah, besar sikit, susah nak masuk  hu huhu


daku ini masih pelajar
yang perlu sentiasa berpada setiap kali ke kedai buku
sebab ada penyakit berjangkit
suka beli buku
suka baca buku
sesiapa yang terkena virus yang sama
sila hurung pesta buku antarabangsa Kuala Lumpur 2011
melaburlah banyak-banyak beli ilmu
tak rugipun
nanti boleh sedekah ke perpustakaan
bila melimpah dalam simpanan
saham untuk akhirat juga
dengan syarat
bukan buku lucah

orang lain ralit belek buku
aku juga ralit kaligrafi indah
mempersona di mata
memukau di di hati.



Akhirnya...poket kempis
Hanya ini diangkut balik
senarainya tidak lagi SATU
bukan satu ya kawan-kawan
tapi...lebih daripada satu plastik

Tiba-tiba
aku rasa macam nak demam
lambatnya hari gaji!




~~Anyss~~
23 April 2011
Bandar Baru Bangi

10 ulasan:

  1. kakchik nak ikut... huhu tahun ni sekali lagi hayat tak kesampaian.

    BalasPadam
  2. Kakcik: Sabar...sabar...tau kakcik teruja, ada jodoh tak kemana larinya pesta buku ni. Namun, bagi pencinta ilmu, kalau terlepas pesta buku memang rasa tersangat rugi sebab masa pesta buku ni bukan aje ada diskaun sedikit sebanyak, tetapi juga boleh jumpa buku-buku yang susah nak jumpa di kedai buku biasa. Panjang umur, tahun depan masih ada, insyaAllah

    BalasPadam
  3. Heeeeee Anyss ada hati nak skodeng MokYang... mujur MokYang dah nampak dia. hahahahaha

    baju purple gitu!

    Terimakasih sudi singgah semalam, wpun tak sempat kita nak bersembang panjang...

    Bila nak singgah lagi? > hasut

    BalasPadam
  4. wahhh...banyak jugak borong nie... nak pegi jugak la...:D dekat jew pon ngan umah iena..:)

    BalasPadam
  5. bila nak merasa kebun buah durian bangi nih?

    BalasPadam
  6. Azieazah: Errrrr bukan selalu main skodeng menyodeng ni ;)

    Kita cari hari lain wat hari keluarga di CC, bolehlah borak panjang-panjang 3D2N gitu ya ;)

    BalasPadam
  7. EinA: Ish! ish! ish! Teramatlah kerugiannya kalau tak serbu dan bersesak kat pesta buku...sila ambik peluang hu hu hu

    BalasPadam
  8. Eelobor: Errrr buku dah berbuah durian ke?

    BalasPadam
  9. ZZ: Apa yang nampak? Penuh PWTC dengan kepala orang ek?

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk menyatakan pendapat yang bernas dan membina. Setiap komen, pendapat dan pandangan yang dikemukakan adalah pandangan persendirian anda, tidak ada kena mengena dengan Tuan Rumah blog ini. Mohon agar menjaga susila sebagai warga Timur berbudaya Melayu beragama Islam. Terima kasih dengan sokongan anda semua.