Rabu, 2 Mac 2011

Dah Kena Senarai Hitam Ek?

Sebanyak 17.3 juta saman yang gagal dijelaskan oleh pesalah lalu lintas akan disenaraihitamkan bermula semalam. Banyaknyeeeeeeeeeeeee!

Termasuk juga adik aku, ada satu saman pada 2008. Baru sekarang nak masuk senarai (2011). Masa dia semak saman nak perbaharui cukai jalan Disember lepas, ada dalam sistem tapi bila ke JPJ nak bayar, JPJ kata tak ada. Jadi nak bayar apa?

Sekarang ni, selepas tarikh Februari tamat, baru dia dapat surat saman tu. Pelik betul! Habis tu, kira macam mana tu? Mmmmm biar ajelah, pandai-pandai dia nak selesaikan. Otak aku dah tepu nak berfikir hu hu hu

Statistik menunjukkan hanya 113,447 saman polis dan 1,227 saman JPJ dijelaskan dalam tempoh 11 Februari hingga 17 Februari, walaupun pemandu terbabit berdepan risiko disenaraihitam.

PssssT: sesiapa yang belum sempat bayar saman, masih ada 8 hari lagi untuk serbu pejabat pos ya. Tarikh akhir yang dilanjutkan hingga 10 Mac...mmmmasyik lanjut tempoh je, itu yang ramai dok tunggu ngadah saat akhir hu hu hu ...errr

2 ulasan:

  1. ada masa buat ada masa bayar..

    ulangi lagi

    BalasPadam
  2. masih ada peluang untuk yang belum menjelaskan saman...

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk menyatakan pendapat yang bernas dan membina. Setiap komen, pendapat dan pandangan yang dikemukakan adalah pandangan persendirian anda, tidak ada kena mengena dengan Tuan Rumah blog ini. Mohon agar menjaga susila sebagai warga Timur berbudaya Melayu beragama Islam. Terima kasih dengan sokongan anda semua.