Selasa, 1 Februari 2011

Maafkan Aku





Entri ini akan jadi sangat pendek
hanya beberapa ayat
beberapa rangkap

maafkan daku semua ya
hari ini memutuskan untuk…
buang shout box a.k.a kotak jerit
dalam blog ini
setelah sekian lama jiwa lara
hati merana berduka nestapa memendam rasa
dek tampalan iklan tanpa makna

jadinya,
rakan-rakan lama, rakan-rakan baru sahaja singgah
atau semua pengunjung
andai ada kesudian tinggalkanlah jejak anda
pada bahagian komen

ampunlah
sukarkan komunikasi
hanya kerana beberapa kerat orang
yang berfikir tak serupa orang
dan akan marah bila kita kata
dia bukan orang
padahal cara bertindak
tak ubah seperti orang
yang dah jemu digelar orang

maka dengan ini
pada tarikh ini
dengan rasminya aku akan buang
kotak jerit berpesan-pesan itu
dari blog tak seberapa ini
Sekian
Harap Maklum

aku yang menjalankan tugas
~Anyss~


PsssssT: Malam nanti shoutbox itu akan dighaibkan dari blog ini.

8 ulasan:

  1. MokYang sejak dulu takda shoutbox, memang tak suka pun. Tak terlayan dibuatnya...

    BalasPadam
  2. dear anyss, buang jer. mksu pun dh lm buangkan shoutbox disbbkan oleh komen2 bodoh yg ditinggalkan oleh manusia yg tak tahu etika dan respek

    BalasPadam
  3. salam..

    nape nak buang..s.box ?

    BalasPadam
  4. Azieazah: Dulu2 taklah teruk sangat, makin biar makin melampau lak. bukannya ada masa nak delate benda alah tu sepanjang masa...jadi tempat iklan pulak

    BalasPadam
  5. Mak Su: dah selamat buang beberapa minit lepas hu hu hu ---> dengan berat hatinya sebab ada masa benda tu paling ringkas untuk tinggalkan pesan

    BalasPadam
  6. Sekamar rindu: wsalam. Biasalah, dah jadi tempat iklan pulak. Dari beratkan blog, buang ajelah benda tak berfungsi seperti sepatutnya itu (dengan sedih hatinya buang ;)

    BalasPadam
  7. kak ayu guna 1 bulan..
    mmg sakit hati..
    banyak pulak yang singgah dok tulis ttg perniagaan MLM..

    so.ambil keputusan..tamo panjang2 berat pikiran.

    BalasPadam
  8. Citarasa Rinduan: kak Ayu, dulu taklah teruk bebenornye iklan2 tu...dahlah kita tak sempat nak belek benda2 gitu...nak mudah, buang je lah terus kan ;)

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk menyatakan pendapat yang bernas dan membina. Setiap komen, pendapat dan pandangan yang dikemukakan adalah pandangan persendirian anda, tidak ada kena mengena dengan Tuan Rumah blog ini. Mohon agar menjaga susila sebagai warga Timur berbudaya Melayu beragama Islam. Terima kasih dengan sokongan anda semua.