Isnin, 28 Februari 2011

Kenapa perlu jadi orang lain?

Dah lama aku tulis pasal benda ni, namun entah kenapa tak pernah jadi entri dalam blog ni. Kenapa perlu takut menjadi diri sendiri? kenapa nak jadi orang lain?

Menurut DUA pakar pembedahan plastik terkemuka di Beverly Hills, seorang wanita yang sempurna tahun ini akan mempunyai mata seperti Anne Hathaway, bibir Scarlett Johansson, pipi January Jones, bentuk muka Halle Berry dan hidung seperti Natalie Portman.

Bagi lelaki pula, pipi Leonardo DiCaprio, kulit Neil Patrick, hidung Jude Law, mata Hugh Jackman, bentuk wajah Jon Hamm, bibir Ashton Kutcher, rambut George Clooney dan tubuh Mark Wahlberg menjadi dambaan pelanggan lelakinya.

Ciri wanita sempurna 2011 adalah seperti berikut:

PENELOPE Cruz: Tubuh sempurna

TAYLOR Swift: Rambut sempurna

ANNE Hathaway: Mata sempurna

NATALIE PORTMAN: Hidung sempurna

SCARLETT Johansson: Bibir sempurna

HALLE Berry: Dagu sempurna

JANUARY Jones: Pipi sempurna

Perlu ke jadi orang lain? mengapa nak menyesal jadi diri sendiri?
Psssst: Sentiasa bangga menjadi diri sendiri, walaupun kulitku gelap bak Dayang senandung, badan berpanau bak Malim deman, Mata besar bak Kajol, hidung penyek bak cekodok terhempas, bibir moncong bak flower corn, muka bulat bak Tempayan Budu…hu hu hu syukur alhamdulillah. Paling kurang aku masih ada diri. Ada orang, bukan sahaja tak berpeluang jadi sendiri…tak ada diripun untuk dapat peluang. Ohhhh apa yang aku melalut ni?

7 ulasan:

  1. Alhamdulillah, bersyukur dengan apa yang di beri semulajadi

    BalasPadam
  2. salam anyss....
    betul tu....buruk ker cantik ker...ttp itu yang terbaik untuk diri kita...kita ini sebenarnya cantik dengan cara kita sendiri...

    BalasPadam
  3. Jgn wat gimik ek. Terlampau ter byk. Tercantik. Ter box off . Malu o ..jadi mat gimik.. Terramai follower,
    mek ter.
    Bila org kelantan je gimik. Haha

    BalasPadam
  4. Betul, setuju sangat..
    Tak perlu jadi orang lain kan..
    Jadi diri sendiri sudah cukup kot..
    HUhuhu..
    Terima seadanya kan.. *Bersyukur

    Entry Terbaru: Ketahui Apa Yang Berlaku Di Tahun Kelahiran Anda

    BalasPadam
  5. Teknologi dan kemajuan, antara penyumbang orang semakin ingin mengubah fitrah diri...

    Make-over yang Over...!

    BalasPadam
  6. Eelobor: Aminnnnn idung penyek pun tak pe kan...asal panadai wat jemput2 pisang kapas ;)

    Rosnanie: wsalam. Betul. Kalau terlebih comel kang lain pulak jadinya. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita

    Zz: errrr TER emo dah zz ni kan ;)

    BalasPadam
  7. d_Tieah: betul! betul! betul! (sila tiru suara ipin upin) hu hu hu sudah semestinya! Tak payah nak jeles dengan kelebihan orang sebab kita tak tahupun kalau ada orang jeles dengan kelebihan kita ;)

    Mok Yang: Make over dengan simply Sity pun dah terlebih comel dah kan...tak payahlah sampai ubahsuai segala macam ayam nak kena panggang ;)

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk menyatakan pendapat yang bernas dan membina. Setiap komen, pendapat dan pandangan yang dikemukakan adalah pandangan persendirian anda, tidak ada kena mengena dengan Tuan Rumah blog ini. Mohon agar menjaga susila sebagai warga Timur berbudaya Melayu beragama Islam. Terima kasih dengan sokongan anda semua.