Sabtu, 19 Februari 2011

Aku Hanya Semut Merah

Rajin tak aku hari ni? Kemaskini blog pada hari Sabtu. Fuyooooooo cayalah!

Salleh Yaakob pernah nyanyi lagu ni...antara liriknya, “Aku Hanya Semut Merah”. Apa maknanya tu? Kalau dihayati senikata lagu berkenaan, ayat “Orang yang tak punya apa-apa”, “Kau si raja harta, Ku raja sengsara”, dan “Aku orang kecil, Engkau orang besar…Engkau ibarat gajah, Aku hanya semut merah” dah beri gambaran kepada kita makna ayat tu.

Ya, Aku Hanya Semut Merah..maknanya aku serba kekurangan, tak setanding dengan kau hu hu hu boleh gitu? Hebat sangat ke macam tu? Kalau kita GAJAH, memanglah seronok. Boleh lanyak apa sahaja yang menghalang di hadapan. Reba berduri, semak samun, ranjau dan lalang...sekali lanyak sahaja dah terang benderang. Dah lunyai dan bersepai, mudah sahaja kita melangkah ke hadapan.

Bagaimana kalau kita jadi semut merah? Bila sebut semut, hingga hari ini belum ada semut gergasi yang lebih besar daripada gajah kan? Maknanya, tetap kecil di mata. Di hati?

Namun, agak-agaknyalah...kalau semut merah dan gajah itu beradu tenaga, siapa akan menang? Selamat berfikir pada hari Sabtu ;)

PsssT: Ada sesiapa nak tolong buang semak samun kat belakang rumah tak? Gajah berlindungpun dah tak nampak, apalagi takat semut merah yang bersarang hu hu hu sangat sadis!

9 ulasan:

  1. rasanya gajah kalau pijak semut tak mati kot semut tu.

    rasanya la....hihihi~

    BalasPadam
  2. Semut geget tiger gajah.
    Rajinnn.
    Saya puji.

    BalasPadam
  3. GB: hu hu hu penah tengok tak?

    Zz: sape yang rajin? Semut ke gajah?

    BalasPadam
  4. semut serang gajah secara berjemaah, agaknya kalah jugak gajah tu! hihi :P
    Saat Aku Kau Pilih"

    BalasPadam
  5. kalau semut lawan gajah rasanya semut yg menang. hik3

    BalasPadam
  6. orang yang tak punya apa-apa
    dengan
    aku serba kekurangan

    tu berbeza maksudnya - satu tak ada apa2..kosong

    satu lagi..ada tapi tak cukup

    hehehe

    BalasPadam
  7. kalau suka melancong jom join saya
    lawat www.cuti-libur.blobspot.com untuk maklumat lanjut.

    BalasPadam
  8. Jiji: apa yang penting? KERJASAMAAAAA hu huh u

    Kyuubi: saya belum penah jadi pengadil haiwan gusti hu h u hu x tau :D

    Kak Jie: Betul! betul! betul! tak sama. Selalu jugak rasa tak pernah cukup dengan apa yang ada...mulalah dok nyanyi lagu ni hu hu h u masa bersyukur tu...insaflah jab ;)

    BalasPadam
  9. azzad: selamat datang. duit tak berapa nak cukup nak pi jejalan ;)

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk menyatakan pendapat yang bernas dan membina. Setiap komen, pendapat dan pandangan yang dikemukakan adalah pandangan persendirian anda, tidak ada kena mengena dengan Tuan Rumah blog ini. Mohon agar menjaga susila sebagai warga Timur berbudaya Melayu beragama Islam. Terima kasih dengan sokongan anda semua.