Isnin, 17 Januari 2011

JUALAN GUDANG Buku-buku Terbitan UTUSAN 2011

Tadi dapat email dari pihak Utusan Publication, beritahu dan jemput kita semua ke Jualan Gudang Buku-buku Terbitan Utusan. Aku tepek ajelah email tu kat bawah ni ya...malas nak tulis panjang-panjang;

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dengan sukacitanya, pihak kami menjemput tuan/puan ke Jualan Gudang Kumpulan Utusan 2011 yang akan diadakan pada tarikh dan tempat seperti berikut:

Tarikh: 20 - 30 Januari 2011 (termasuk hari Sabtu & Ahad)

Tempat: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., No. 1 & 3, Jalan 3/91A,Tmn Shamelin Perkasa, 56100 Cheras, KualaLumpur.

Masa: 10.00 pagi hingga 6.00 petang

Sempena jualan gudang ini, pihak penganjur akan menawarkan potongan harga sehingga 70 peratus di atas harga buku yang dipamerkan (kenapa aku rasa ayat ni pelik semacam aje ye?). Pembelian juga boleh dibuat secara tunai dan kad kredit.


Oklah ya...jom reramai kita serbu Utusan Publication.

10 ulasan:

  1. wah

    kena pi nie..sure murah2.
    thanks yer kongsi info..

    BalasPadam
  2. aduzzzz kena cuti gaji JAM baru boleh join

    BalasPadam
  3. Ahaa.. sepelaung jer dari rumah Kak Azie, malah 2 min dari tempat kerja.

    Dulu pernah pegi, borong sakan. Majalah contohnya, yg biasa RM3.50, jatuh rega RM1 jerrrrr...

    BalasPadam
  4. Alaaa, di KL aje ke? Di Penang tak de ke?

    BalasPadam
  5. jom kite pakat2 beli buku baru!!! :D

    BalasPadam
  6. Citarasa Rinduan: Utusan email info, hanya kongsi sebab nak galakkan orang Malaysia membaca ;)

    ZZ: klaim sejak nov tahun lepas blom dapat...x leh gi jugak, tengah muflis tahap kronik ni ;)

    BalasPadam
  7. Wanita mutalib: jom terjah reramai ;)

    Azieazah: untung dok dekat...

    Pencinta pantai bersih: Depa kata kat Cheras...x tau la pulak kot ada area lain

    BalasPadam
  8. GB: jom! jom! 2 tahun lepas pi tadah bonet kereta, muflis jadinya...

    Ladyzul: Errr...kirim dengan kak azie boleh kot ----> memandai lak aku hu hu hu, Kak azie, tolong jangan baling sliper pepel tu ya, sakit kena kepala ;)

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk menyatakan pendapat yang bernas dan membina. Setiap komen, pendapat dan pandangan yang dikemukakan adalah pandangan persendirian anda, tidak ada kena mengena dengan Tuan Rumah blog ini. Mohon agar menjaga susila sebagai warga Timur berbudaya Melayu beragama Islam. Terima kasih dengan sokongan anda semua.