Jumaat, 31 Disember 2010

Syukuri Setiap Anugerah Kehidupan

Kita selalu mendongak ke langit, membilang kerlipan bintang-bintang yang indah, memuja bulan yang cantiknya hanya di mata, walhal hakikatnya...permukaan bulan berkerutu bak pipi ditumbuhi jerawat batu, atau menadah memandang terang mentari biarpun kita tahu hangatnya telah membahang ke kulit.

Tak salah bercita-cita tinggi dan simpan angan-angan menggunung dalam hidup ini, kemudian berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Memang tak salah. Apa yang salah adalah; terlupa nak pandang ke bumi tempat kaki kita berpijak. Terlupa yang kita sebenarnya berada di dunia realiti.

Terlalu agungkan tingginya wan, langit, bulan, bintang dan seluruh isi planet, usahlah sampai lupakan rumput yang menjalad di bumi. Usahlah leka hingga tak sedar asal dan duduk diri. Kejarlah sebanyak manapun isi dunia ini, namun, ada masa-masa tertentu usahlah leka dengan apa yang kita miliki. Semua itu hanya pinjaman. Usah lupa untuk bersyukur dengan apa yang ada biarpun kita masih lagi rasa tak cukup. Rasa masih lagi nak tambah. Rasa macam masih belum banyak lagi kita kumpul.

Memandang kurangnya orang lain, melihat sukarnya hidup orang lain, melihat betapa banyaknya usaha orang lain perlu dilakukan demi menyambung hayat hingga esok hari, pernahkah kita bandingkan dengan diri sendiri?

Tak salah kita ada impian setinggi langitpun, itu akan beri kita tenaga untuk mencapaipun. Tambah pula, berangan tu tak payah bayar. Seronok pun berangan. Namun, pada masa yang sama, usahlah sombong dan bongkak dengan apa yang kita tak pernah rasa cukup itu. Kalau Allah nak tarik, sesaat pun lenyap semua.


PsssssT: Selamat menyambut tahun baru 2011. Saat ini, daku tiada di Bangi...

8 ulasan:

  1. SALAM

    entry yang sangat menarik..
    disaat ini terasa kudusnya jiwa dihujung tahun

    semoga kita sentiasa disinari sinar bahagia..dan Dirahmati olehNya

    selamat tahun baru annieyss

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah.... aku bersyukur atas setiap nikmat yang telah di berikan kepada aku.

    Syukur pada mu Ya Allah....

    BalasPadam
  3. Bila kita dapat anugerah, gembira dan berangan nak dapat anugerah yang lebih tinggi lagi...

    Lepas tu lupa diri, adat manusia.

    Terimakasih berpesan-pesan, saling mengingati.

    BalasPadam
  4. Daku tada kabel besar, adakah daku jadi jahat bila ada kabel? Guna kabel menutup kes songlap wang n dana?MOU u tolong i, i tolong u

    BalasPadam
  5. akak selalu jugak berangan .. cuma x pernah berharap angan2 tuu jadi kenyataan .. doa jer lahhh huhuhu

    BalasPadam
  6. Citarasa Rinduan: Wsalam, terima kasih. Selamat tahun baru...entri senafas masa dalam perjalanan nan melompat sana sini...sekadar luahan rasa

    Eelobor: Amin.

    BalasPadam
  7. Azieazah: standard lah macam tu...sesiapa pun akan kembang hidung sekejab. hanya...usah pijak kepala orang lain untuk capai hasrat kita. Doa orang yang teraniaya itu makbul ;)

    ZZ: Tak salah ada kabel besar, tak jahatpun andai kita gunakan ke arah yang betul. Contohnya: gunakan kabel untuk mudahkan urusan bina masjid, sekolah dll dan beri kepada kontraktor yang bagus n tak tipu...bukannya bagi projek kepada kronik yang ntah apa-apa. Kalau kroni tu memang kerja dia bagus berbanding orang lain n dia layak, tak salahpun...

    BalasPadam
  8. ieda: tak salah beranganpun, saya jugak selalu berangan. Hanya...saya selalu jadikan angan2 tu menjadi nyata...lebih manis bila impian jadi nyata macam tu

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk menyatakan pendapat yang bernas dan membina. Setiap komen, pendapat dan pandangan yang dikemukakan adalah pandangan persendirian anda, tidak ada kena mengena dengan Tuan Rumah blog ini. Mohon agar menjaga susila sebagai warga Timur berbudaya Melayu beragama Islam. Terima kasih dengan sokongan anda semua.