Khamis, 9 Disember 2010

Sabda Cinta Tidak Lagi Melafazkan Kata



Katanya;
Apa salah berkongsi
Bukankah eratkan silaturrahim
Dekatkan hubungan ummah
Kukuhkan perpaduan umat
Teguhkan muhibah pengikut junjungan

Katanya tidak salah berkongsi
Sayang tak akan luak, malah kian subur
Cinta tak akan berkurang, malah kian ranum
Rindu tak akan habis, malah kian membara
Ingatan tak akan luput, malah kian kuat

Katanya lagi;
Aku tak akan dustai setiap janji
Tak akan lupa untuk sentiasa saksama
Dan berpegang teguh dengan lafaz akad
Menerima dia bukan bermakna kasihku padamu
Telah lupus
Namun ertinya
lebih menghargai seluruh pengorbanan suci
biar kau lakukan tanpa sudi

Andai sebegitu banyak manisnya
Aku benar-benar tak mengerti
Mengapa ramai jauhi
Biar ditawarkan payung emas berjuntai mutiara
Meneduh indah langit di Syurga

Hari ini,
Seorang lelaki terkedu tanpa sempat
Ucapkan sayang
Seorang wanita tidak lagi mampu
Tabahkan hati tanpa menguasai
Sedangkan wanita yang dikhianati seorang lagi itu
Hanya memandang tanpa rasa
Tanpa cinta,
Kerna dia teramat tahu
Payung bukanlah miliknya
Menumpang bayangpun tidak lagi mampu

Apabila cinta telahpun mati
Dek setia yang dikhianati
Masihkah ada sebab untuk terus menanti
Selain teduh mata anak-anak
Menahan langkahan kaki

6 ulasan:

  1. baca nie sambil bayangkan di deklamasikan oleh sang anyss di sebuah pentas dan begitu ramai tangan yang menepuk. hihihi, gurau jer kak.....

    BalasPadam
  2. moga ma'al hijrah ni memberikan sinar lebih baik lagi

    BalasPadam
  3. salam anyss,
    tak terkata saya... namun apa jua langkah diambil pasti ada cabaran dan dugaan..

    BalasPadam
  4. As'salam..

    semoga maal hijrah ini memberi sinar baru buat kita semua..

    BalasPadam
  5. Eelobor: Waaaaa tetiba je saya teringat pasal baca puisi sempena Maal Hijrah masa sekolah dulu...

    Cemomoi: InsyaAllah. Harapnya begitulah yang MEREKA dalam puisi saya itu hadapinya. Tabahlah ya dia orang...

    BalasPadam
  6. Aanas: wsalam. Dah dua bulan rasanya saya tiba-tiba TERINTERPREM dalam masalah dia orang tu...ohhhh kenapa pulak saya yang nak kena tempiasnya. Daku tak bersalah! tak ada kaitan apa-apapun! ohhhhh!

    Amy: Wsalam. insyaAllah. moga sinar itu buat MEREKA bertiga juga ya...

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk menyatakan pendapat yang bernas dan membina. Setiap komen, pendapat dan pandangan yang dikemukakan adalah pandangan persendirian anda, tidak ada kena mengena dengan Tuan Rumah blog ini. Mohon agar menjaga susila sebagai warga Timur berbudaya Melayu beragama Islam. Terima kasih dengan sokongan anda semua.