Isnin, 31 Januari 2011

Kontes Cerita Paling Lawak Sedunia



Sempena kedatangan tahun baru Hijrah, dan tahun baru Masihi, dan juga sambutan Hari Aku Menjadi Semakin Tua (Ulang tahun Kelahiran) pada Januari 19, (jangan lupa sediakan kek keju yang BESAU punya...dengan hadiah yang BESAU gilerrr jugak...lilin aku bawa sendiri hu hu hu) maka dengan ini aku dengan bangganya membuat pemasyuran bahawa aku akan adakan Kontes Cerita Paling Lawak Sedunia.

Ini dia banner yang tak lawak langsung;)



Syarat-syaratnya;
  1. Tulis satu cerita lawak yang benar-benar lawak; boleh buatkan aku ketawa sampai jatuh kerusi, di entri masing-masing. (Peringatan: LAWAK ya...bukan LUCAH!)
  2. Lekatkan logo Kontes Cerita Paling Lawak Sedunia di annieyss@blogspot di si debar blog anda dan linkkan ke entri ini. Logo ini perlu dilekatkan sehingga keputusan pemenang diumumkan.
  3. Tinggalkan komen penyertaan anda di bahagian komen entri ini dengan menyertakan link entri cerita lawak bagi kontes ini di blog anda.
  4. Sertakan juga link blog yang menyarankan anda ikuti kontes ini (jika ada). Jika link blog anda didapati mendapat bilangan terbanyak, anda layak mendapat hadiah misteri. Hanya satu hadiah misteri sahaja akan terpilih. Sekiranya anda tidak menyertai kontest ini, tetapi blog anda tersenarai sebagai penyumbang link terbanyak, anda tidak layak untuk mendapat hadiah misteri tersebut. Hadiah akan diberikan kepada blog yang mendapat bilangan link kedua terbanyak.

Hadiah:
Tiga pemenang akan dipilih berdasarkan cerita paling lawak mengikut pertimbangan para hakim.
Satu Hadiah Misteri untuk penyumbang link paling banyak (berdasarkan berapa banyak link diberikan peserta lain yang mengetahui kontes ini dari blog anda).
Semua hadiah (termasuk hadiah misteri) adalah berbentuk kerongsang mutiara (aku beli di Sabah) seperti contoh di bawah;




Setiap satunya berharga antara RM45-RM60 (harga orang Semenanjung yang beli, bah! Bukan orang Sabah ya...Orang Sabah beli akan dapat lebih murah berganda dari itu...)

Keputusan adalah MUKTAMAD. Sebarang bantahan tidak akan dilayan.

Kontes ini bermula 1hb Disember 2010 hingga 31hb Januari 2011.

Selamat berusaha. Mana tahu ini kontes aku yang pertama dan terakhir ;)

65 ulasan:

  1. salam..

    wah ada contest boleh join nie...

    BalasPadam
  2. wahh! ada kontes... hehehe... tapi aku takde citer lawak... citer sedih takleh ke?

    BalasPadam
  3. GB 25 January. huuu~

    tapi GB tak reti buat lawak la....kompem tak menang punye. pass

    BalasPadam
  4. salam anyss,
    saya ada tag awak kat blog saya.. hehe..
    tak dapat kot nak join kontes ni sebab tak de ar citer lawak.. nanti fikir balik.. kalau ada ai join ehhh..

    BalasPadam
  5. Amy: Selamat datang. Haaaaaa ni first time saya wat kontes...rugi tak masuk ;)

    BalasPadam
  6. Dina: Mesti ada...cuba ko ingat balik. Cerita buat2 pun ok gak asal lawak. Aku dah penat nak nangis ni hu hu hu

    BalasPadam
  7. Eelobor: Saje bagi masa lama sikit...nak bagi Eelobor reka cerita paling lawak ;)

    BalasPadam
  8. GB: waaaaa berkongsi bulan kita ya ;)

    Cuba apa salahnya...

    BalasPadam
  9. Aanas: wsalam.
    Alamak! kena tag ke?

    ----> apa salahnya cuba. Ada masa tak lucu untuk kita, lucu bagi orang lain ;)

    BalasPadam
  10. aduh2 x daya nak buta contest dahhh huhuh
    tapi adiah2 dia menarik heheheh

    BalasPadam
  11. ieda: hu hu hu comel tu ;) kena pi sabah baru dapat tau ;)

    BalasPadam
  12. apa yg Encik MT boleh wat ngan hadiah tuh? letak kat kemeja? haha!

    BalasPadam
  13. As'salam..

    Insyaallah nanti amy join ye.

    BalasPadam
  14. ada kontes,,mau join jugak tapi kena cari idea dulu nih,,hehe

    Latest Entri :
    Senyum Itu Sedekah
    Bila Si Dia Bertanya

    BalasPadam
  15. Encik MT: Tak leh ek?

    Amy Syaquena: Wsalam. Join jangan tak join...

    eiela: masa masih panjang...sempat lagi cari idea, jangan terlepas ;)

    BalasPadam
  16. salam..
    tahniah..
    selamat bercontest..
    mesti mahal kan mutiara tu..?

    BalasPadam
  17. Nak demand sikit, butang baju melayu takde ke??mutiara sabah tu la

    BalasPadam
  18. Zulkbo: Wsalam. terima kasih. Suka2 meriahkan alam maya ni je...

    Kalau beli di KLCC memang ratus2 lah, tapi sebab pegi redah sendiri beli kat Sabah, adalah juga dalam lingkungan RM40-60 jugaklah seketul

    BalasPadam
  19. Imanshah: Alamak! semuanya broach je...butang baju melayu tak de la...

    Kalau sdr yang menang, nanti saya hadiahkan Gambir Sarawak...minggu depan nak pi KCH ;)

    BalasPadam
  20. Tengah berusaha nihhh...
    copy paste tak bleh ek? mesti ori sendiri punya jer kan?

    BalasPadam
  21. Rasanya dlm syarat tak sebut lak berapa kali penyertaan. Sorang hanya bleh buat 1 citer saja ek? Tak leh try 2,3 kali cerita?

    Cewahhh macam ler aku nak ni terrer sangat nak buat citer lawak. Jadi pelawak bleh lah.

    BalasPadam
  22. Hamzah: jom join...mana tau bertuah ....bolehlah bagi kepada pujaan hati

    BalasPadam
  23. Azieazah: ubahsuai sesedap rasa sikit oklah. Mana ada lawak ori kan, kecuali pengalaman sendiri.

    banyak pun tak apa, menang hanya sekali. Tak taulah pula kot2 terbuka hati pula nak bagi kepada penyertaan terbanyak ;) (mana tau kan...mentang2lah broach tu banyak hu huhu)

    BalasPadam
  24. Kena kelik bulan madu dlm hujan, mungkn akan timbul idea lawak..jeng jeng..

    BalasPadam
  25. ZZ: Ohhhhh hatiku menderita...

    Tahniah ZZ, selamat bulan madu. Bekwah tak ajak orang ek hu huhu ---> lapa gula weh!

    BalasPadam
  26. alamak tak retilah nak buat lawak..tq sudi jemput akak join yer

    BalasPadam
  27. Brutalsolo: idea brutalpun tak apa

    kak ina: sama-sama Q ;)

    BalasPadam
  28. he he -> tu aje mampu aku sumbang kih2

    BalasPadam
  29. i'll try to post out something for u okey. kena dig out balik entri lepas2 hehehe..

    BalasPadam
  30. Caluk: hu hu hu ko memang sadis!

    Fina: Mmmmmmm ada pun benda lawak ya ;) jom join reramai

    BalasPadam
  31. hai.. salam singgah di sini! wah, masuk je terus ada contest! boleh di cuba ni! :)

    BalasPadam
  32. errr aku dah promo kau punya contest kat blog aku he he

    BalasPadam
  33. nak join kontest ni pon aku ni xpandai nk tulis entry yg lawak2...tp xper lah...aku support u all sume...

    BalasPadam
  34. aku tlg promosi utk ko kat blog aku. semoga ramai yg join kontes ko ni.

    BalasPadam
  35. Kella: Wsalam. Selamat datang...itu namanya rezeki...

    Caluk: terima kasih daun keladi...

    Ayie: Tun mahathir pun reti wat lawak kat radio era tau...sesaje je nak melawak ceriakan hidup ;)

    BalasPadam
  36. Su: Terima kasih daun keladi...ko pun join samalah ;)

    BalasPadam
  37. Salam anyss...
    Belum arif sangat nk join contest..
    terkial-kial lagi hehehe

    BalasPadam
  38. hasleena: join je...kalau tak mula, mana nak ada pengalaman. kontes ni kan acara suka-suka aje

    BalasPadam
  39. maiyah: terima kasih

    Shahjiehan: sila! sila! sila!

    BalasPadam
  40. salam tuan umah..

    ni penyertaan dri aku..

    http://ikutdanaku.blogspot.com/2010/12/kontes-cerita-paling-lawak-sedunia.html

    id aku= akuorgkmpng

    BalasPadam
  41. 1ns4n b14a4: wsalam. Dah semak. Penyertaan diterima. Tahniah. Anda peserta pertama ;)

    BalasPadam
  42. LadyZul: sila! sila! dialu-alukan...masa masih panjang

    BalasPadam
  43. Heidi: cubalah...meriahkan tahun baru

    BalasPadam
  44. salam dik..
    skrg ni xde idea le.. pale kosong huhuu

    BalasPadam
  45. hye..saye dh join ur contest...mekaseh ye..mmg mantap adiahnye..
    http://chinky-winky.blogspot.com/2011/01/lawak-ke.html

    BalasPadam
  46. sori smalam nk wt, tp internet down plak..ni link nye.
    http://imanaqrabin.blogspot.com/2011/01/kontes-cerita-paling-lawak-sedunia.html

    utk syarat no 2, sy x tau nk bwt..kalau x kberatan, tlg ajarkan...

    BalasPadam
  47. Alahai nyss..aku tak reti la nak reka citer lawak ni.Pengalaman aku pun tak tau nak cerita yang mana satu,senang cerita aku tak pandai nak bercerita la.

    aku tolong promote contest ko kat kawan2 giveaway aku ye

    BalasPadam
  48. jieda: cerita lawak orang yang penah dengar pun ok jugak.

    Terima kasih daun keladi ;)

    BalasPadam
  49. salam kenal Anyss..
    tak sangka kita berkongsi bulan kelahiran yg sama. So, saya try masuk Kontes ini ye..sila semak!

    http://itissmile.blogspot.com/2011/01/kontes-cerita-paling-lawak-sedunia.html


    syarat yg ke 4..saya tak berapa paham. Tapi saya mmg masuk terus ke blog ini dan terus buat kontes..tak ada dari mana2 blog pon. hehe...

    BalasPadam
  50. tak dapat nak join.. tak reti nak cerita lawak2 :D

    BalasPadam
  51. saye Join :)

    http://ezanidmacontest.blogspot.com/2011/01/kontes-cerita-lawak-sedunia.html

    BalasPadam
  52. try tgk cite ni cukup lawak ke tak lawak

    http://therosputih.blogspot.com/2011/01/kontes-cerita-paling-lawak-sedunia.html

    i join jugak...kasi support rakan blogger lain...=)

    BalasPadam
  53. xdak hadiah ke utk peserta pertama..
    hehehe

    BalasPadam
  54. x sempat nk join contest...ape2 pon follow back ea

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk menyatakan pendapat yang bernas dan membina. Setiap komen, pendapat dan pandangan yang dikemukakan adalah pandangan persendirian anda, tidak ada kena mengena dengan Tuan Rumah blog ini. Mohon agar menjaga susila sebagai warga Timur berbudaya Melayu beragama Islam. Terima kasih dengan sokongan anda semua.