Ahad, 10 Oktober 2010

Selamat Pengantin Baru Dato’ Angkasawan

Pasangan raja sehari Dato’ Sheikh Muszaphar Shukor dan Datin Dr. Halina Yunos pun dah selamat mendirikan masjid mereka. Doa-doakan sahaja perkahwinan itu kekal abadi hingga syurga. Aku tampal ajelah gambar mereka yang aku petik dari mstar, yang sangat comel ini.


Sangat kagumlah dengan angkasawan Sweden yang jadi hensem bila berbaju melayu tu... ;)

Beberapa saat sebelum lintas langsung ke PICC sempena perkahwinan kayangan Dato’ Sheikh Muszaphar Shukor dan Datin Dr. Halina Yunos, hati terkedu seketika dengan kemalangan 2 buah bas, 1 van dan 3 buah kereta di lebuh raya Utara Selatan. Salah sebuah bas berkenaan dipercayai milik Jabatan Kebajikan Masyarakat. Bila terpa ke blog ondscene, hanya maklumat awal sahaja dipaparkan.

Harapnya apa yang berlaku di lebuhraya sana dapat segera diselesaikan. Moga-moga ramai yang membantu. Moga-moga mangsa yang cedera segera mendapat rawatan.

pstttt: rancang nak tidur awal, namun macam ubah fikiran pula. Kena tunggu berita jam 12 tengah malam nanti.

6 ulasan:

  1. ada gak mendapat perkhabaran dari seorang kawan katanya bas JKM dan melibatkan 11 kematian. tak tahu sejauh mana lagi kebenaran, nak tunggu berita malam nie gak.

    BalasPadam
  2. imanSyah: sama2 kita doakan mereka bahagia

    Eelobor: Yup...sungguh ngeri...mengorbankan lebih 14 mangsa. Subhanallah.

    BalasPadam
  3. semuga mereka berdua berbahagia sehingga ke akhirnya.

    al fatihah buat yang beragama islam.

    BalasPadam
  4. Phat Lee: Errrrr...errr...

    Kak Ina: Selamat datang. Moga2 mereka bahagia selamanya.

    Sama2lah kita doakan mereka ditempatkan bersama kekasih2 Allah (utk yang islam). di beri kesabaran kepada ahli keluarga

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk menyatakan pendapat yang bernas dan membina. Setiap komen, pendapat dan pandangan yang dikemukakan adalah pandangan persendirian anda, tidak ada kena mengena dengan Tuan Rumah blog ini. Mohon agar menjaga susila sebagai warga Timur berbudaya Melayu beragama Islam. Terima kasih dengan sokongan anda semua.