Isnin, 18 Oktober 2010

Kala Hati Berlagu Puisi

Panggung RTM tayangkan drama Qalbu pada Rabu raya ke 7 yang dah berbulan-bulan lepas itu. Memang sangat sesuai dengan harinya; Hari Malaysia. Apa yang menarik hatiku adalah lagu puisi yang sering diulang-ulang sama ada bersama dengan suara garau penyanyinya, ataupun hanya melodi. Sangat membuai rasa;

Art Fazil - Merindu Kepastian

Andai kau menjadi pelangi
Biar ku jadi awannya
Agar kita selalu bersama

Andai kau menjadi sang duyung
Biar ku jadi karangnya
Agar kita sentiasa bersua

Andai kau menjadi merpati
Biar ku menjadi sang bayu
Agar kita sering bertemu

Andai kau menjadi puisi
Biar ku jadi melodi
Bersama kita menyanyi

Andai ku menjadi rembulan
Sudikah kau menjadi kejora
Hingga pagi nanti

Andai esok aku menjadi tanah
Sudikah engkau menjadi bunga
Menghiasi dadaku




Paling aku suka rangkapnya yang terakhir; Andai esok aku menjadi tanah, Sudikah engkau menjadi bunga...Menghiasi dadaku?

Ada tak sesiapa yang sudi hingga tahap itu? Jangan sudi cakap je...janji degug degag ngalahkan halilintar, bila aku tak cukup tanah nak isi dalam pasu bunga...dah pun merungut hu hu hu

10 ulasan:

  1. "andai" nih mace woh "kalu" kor? hihihihi

    BalasPadam
  2. Eelobor: betul! betul! betul!
    Kalu aku jadi goreng pisang, demo jadi minyak cap buruh,
    Kalu aku jadi pizza, demo jadi cheesenya
    Kalu aku jadi sate, demo jadi kuahnya...yummy! eh, rindu nak make sate lah pulak hu hu hu

    BalasPadam
  3. Cemomoi: Ok dah tu kalu buleh tolong pacang bunga kemboja, letak batu sungai...pah tu tunggu wasiat ore baca deh hu hu hu

    BalasPadam
  4. tanah dan bunga....... saling perlu memerlu antara satu sama lain

    BalasPadam
  5. salam ziarah...
    kalau dah suke..semua boleh ajer...

    BalasPadam
  6. Sharinginfoz: bunga taik ayam pun tak pe kan...asal bunga ;)

    ainnoraini: Selamat datang...moga datang lagi. Mmmmmmmm bila dah suka, apa2pun memang sanggup aje...lautan api pun sanggup renang.
    Kalau tak suka, ujan gerimis pun dah bagi alasan la la la

    BalasPadam
  7. nice song..first time dengar...

    BalasPadam
  8. Flaini: selamat datang...saya cari lagu ni kat youtube bila tengok drama Qalbu tempoh hari...baru juga tahu ada lagu ni.

    Dah jumpa...hari2 nak dengar hu hu hu

    BalasPadam
  9. Raden: Selamat datang. Maaflah...saya tak tengok drama tu

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk menyatakan pendapat yang bernas dan membina. Setiap komen, pendapat dan pandangan yang dikemukakan adalah pandangan persendirian anda, tidak ada kena mengena dengan Tuan Rumah blog ini. Mohon agar menjaga susila sebagai warga Timur berbudaya Melayu beragama Islam. Terima kasih dengan sokongan anda semua.