Jumaat, 22 Oktober 2010

Adik-beradik Berebut Saluran TV, Seorang Terbunuh

Berita TV1 jam 5 petang tadi melaporkan bahawa seorang pelajar tingkatan 2 telah terbunuh kerana dibaling dengan kaca tingkap oleh kakak sulungnya yang berusia 16 tahun. Mangsa bergaduh dengan adik bongsunya berusia 5 tahun kerana berebutkan saluran TV. Kejadian berlaku di rumah mereka di Balok Baru, Kuantan malam semalam. Ketika kejadian, dipercayai kedua ibu bapa mereka tiada di rumah.

Kita tengok berita selanjutnya dalam Berita Utama malam ni ya...

11 ulasan:

  1. Tertipu dgn TV..
    berjaya sudah setan dalam melagakan dua bersaudara..
    penting utk kita ambik iktibar..

    BalasPadam
  2. mesti nyesal tak sudah, kuar air mata darah sekalipun dah tak berguna

    BalasPadam
  3. pernah gado psal remote gak dlu2 hehe

    BalasPadam
  4. Lana bulu: budak2 belum matang...ada masa terlupa fikirkan keselamatan. Dulu2 sayapun selalu jugak kena jaga adik masa mak ayah tak de...letih dengan kerenah depa. untuk usia sebegitu...memang tak mampu untuk berfikir dengan matang lagi

    BalasPadam
  5. dah nak ajal...sedihnya kalau terjadi kat family kita,al fatihah untuk arwah..

    BalasPadam
  6. Eelobor: bukan semua orang dapat peluang kedua...

    BalasPadam
  7. Atok: selamat datang...
    Takat rebut remote memang la selalu orang buat. gaduh kejar dengan batang penyapu pun selalu jugak...mungkin nasib kita agak baik sikit saja kan?

    masa budak2 macam tu, kita tak fikirpun pasal bahaya...cuba kalau batang penyapu tu kena kepala...salah haripun boleh jadi tragedi jugak kan?

    BalasPadam
  8. Maiyah: DariNya kita datang, kepadaNya kita kembali. Alfatihah.

    Bila seseorang itu diambil pada usia semuda itu, memang banyak hikmahnya. i. jauhkan dia dari gelora hidup dunia yang belum tentu mampu dia harung, ii. uji orang2 terdekatnya agar sentiasa sabar dan redha...iii. kalau redha dan sabar, arwah antara yang akan menunggu di syurga. insyaAllah.

    BalasPadam
  9. memang teruk kan, kena jadikan sebagai iktibar

    BalasPadam
  10. sharinginfoz: anak2 patut dapat info tentang keselamatan di rumah ...moga info sebegini bantu kita untuk tidak ulangi tragedi sebegini

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk menyatakan pendapat yang bernas dan membina. Setiap komen, pendapat dan pandangan yang dikemukakan adalah pandangan persendirian anda, tidak ada kena mengena dengan Tuan Rumah blog ini. Mohon agar menjaga susila sebagai warga Timur berbudaya Melayu beragama Islam. Terima kasih dengan sokongan anda semua.