Isnin, 27 September 2010

Pilihanraya di Kelantan?


Ceritera Sigek

Dun Gua Musang bakal memilih ADUN baru berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Galas, Che Hashim Sulaiman kerana kanser usus petang tadi. Beliau yang meninggal dunia di rumah sakit Al-Islam Kuala Lumpur meninggalkan dua orang balu dan 12 orang anak. Al-fatihah dan takziah kepada keluarga allahyarham.

Psssssst: Aku tak suka bab-bab politik sama ada untuk bercerita, bergosip atau menulisnya. Namun, aku tahu, kiranya berlaku pilihanraya di Gua Musang selepas ini, suasananya memang sengit. Meriah. Dan, pesanan aku kepada pengundi-pengundi di Gua Musang: tolong minta jalan raya dinaiktarafkan ya...aku nak balik dengan pecutan maksima musim raya haji nanti....boleh gitu?


Ceritera Duwak: 35 Peguam Disiasat

Berita utama sekejab tadi melaporkan bahawa seramai 35 orang peguam kini sedang disiasat kerana terlibat dalam 290 kes kesalahan-kesalahan peguam yang menyeleweng, pecah amanah, rasuah dan penipuan seperti pemalsuan dokumen, akademik, tender dan sebagainya. Jumlah ini termasuk kes pembunuhan arwah Datuk Sosilawati Lawiya.

Pssssst: Para peguam biasa berurusan dengan harta berjumlah juta-juta hinggakan terlupa nak selesaikan fail ikan bilis yang nilainya berdenting syiling...sebab itulah aku kena terjah satu syarikat guaman tersohor awal tahun dulu kan. Ada masa rasa terhina sebab punya harta denting-denting syiling je...namun masa yang lain sangat bersyukur kerana tidak menjadi sasaran oarang yang suka berurusan dengan hartawan ada juta-juta syer. Kesimpulannya: kena syukur seadanya, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Kita hanya diserahkan sesuatu yang larat untuk dipikul sahaja...

8 ulasan:

  1. tak suka gak mengulas bab politik kerana nanti akan banyak lagi la duit rakyat di leburkan....hihihihi

    BalasPadam
  2. salam..
    untung la rakyat kelantan
    banyak projek nak masuk ni??,
    selalunya kematian Adun mahupun
    Ahli Prlimen di jadikan medan untuk
    menabur gula2 politik..

    BalasPadam
  3. Eelobor: Politik boleh buat ramai orang buang silaturrahim...jadinya, lebih baik abaikan.

    BalasPadam
  4. Zulkbo: Selamat datang.

    untung bermusim tu...tidak bermakna kami selalu doakan pemimpin cepat meninggal untuk kosongkan kerusi ;)

    yang seronoknya tengok gelagat orang yang terlibat dalam pilihanraya ni sama ada pengurus, puak yang sokong, puak yang bangkang, puak berkecuali dan tengok gelagat2 calon. Nak ketawa ada, nak menangis pun ada...

    BalasPadam
  5. org skrg tak boleh percayalah semua lagi2 kalau membabitkan duit..

    p/s waktu nak mengundi la masa paling sesuai nak minta peruntukan itu ini hehe

    BalasPadam
  6. org skrg tak boleh percayalah semua lagi2 kalau membabitkan duit..

    p/s waktu nak mengundi la masa paling sesuai nak minta peruntukan itu ini hehe

    BalasPadam
  7. elok tak payah ada..membazir..berbalah..
    selain JANJI nak buat jambatan baru..jalan baru TAR baru..jerr

    BalasPadam
  8. Kyuubi: Sebab tu saya pesan dengan orang Gua Musang mintak turap jalan...senang adinda nak balik beraya nanti ;)

    ZZ: berjanji tu kan NORMAL lerr bila nak pilihanraya. yang TAK normalnya bila ditunaikan selepas pilihanraya ;)

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk menyatakan pendapat yang bernas dan membina. Setiap komen, pendapat dan pandangan yang dikemukakan adalah pandangan persendirian anda, tidak ada kena mengena dengan Tuan Rumah blog ini. Mohon agar menjaga susila sebagai warga Timur berbudaya Melayu beragama Islam. Terima kasih dengan sokongan anda semua.