Khamis, 18 Februari 2010

Temani Tidurmu dalam Lena beradu

Aku sangat suka lagu ni sejak dahulu lagi. Tiap patah katanya begitu bermakna, penuh dengan keindahan dan makna yang mendalam. Kiranya daku ke seberang, kutinggalkan lagu ini sebagai peneman. Boleh gitu?


Halim Yazid - Aku Hanya Nak Ke Seberang

Aku pahat kayu cengal
harap-harap jadi perahu
dayung hebat pengayuh sebenar
teras kuat teras tembusu

layar bertingkat serupa kapas gulung
tiangnya tegak dari batang nibung
panji kain suluk atma
tenunan kekasih wajah di kamar

esok perahu nak turun ke air
harung nak lalu samudera bertabir
tinggal pantai awal terakhir
lawan badai ribut dan petir

ombak jangan gila melanda
harap tenang laut kuala
dayung jangan patah tak kuasa
layar tiang jangan binasa

bergatung jiwa seluruh harapan
nekad rasa arah tujuan
serah segala padaMu tuhan
aku hanya nak ke seberang…



4 ulasan:

  1. >>___<<


    x pnh dengar lagu ni
    tapi lirik dia mendalam

    BalasPadam
  2. melepas rindu pada sebuah lirik pun jadi laaa

    BalasPadam
  3. Frodo: Liriknya tu yg buatkan lagu tu lebih bermakna...mendalam. Penuh pengharapan ;)

    Naz: sangat besar maknanya kan ;)

    ZZ: "Aku dah berada di seberang" ;)

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk menyatakan pendapat yang bernas dan membina. Setiap komen, pendapat dan pandangan yang dikemukakan adalah pandangan persendirian anda, tidak ada kena mengena dengan Tuan Rumah blog ini. Mohon agar menjaga susila sebagai warga Timur berbudaya Melayu beragama Islam. Terima kasih dengan sokongan anda semua.