Selasa, 8 Disember 2009

Terpegun dlm Rindu Sendu, Bersama Wangi Hembus Nafas nan Terjaga Saat Fajar Tampil dlm Gemalai Langkah, Bersaksikan Selendang Pagi Terpalit Kabus


Sesedap rasa je kan tulis tajuk sebegitu?
Macam best je dapat buat tajuk macam tu, hu hu hu ya ampun!

















Weekend lepas, aku habiskan masa di Jelebu. Menikmati adat berbudaya yang kian dilupakan sedikit demi sedikit, mengenang kembali segar alam yang kian sukar untuk digapai; sejuk dingin pagi nan indah dilitup kabus, nyanyi sunyi murai di hujung dahan, sorak kokok ayam menyapa hari baru, embik kambing bebiri nan mewarnai hari. Menyelami adat budaya warisan bangsa, memahami erti perjuangan tak tersingkap. Akhirnya, mengerti yang masih belum banyak entri kata terkumpul dalam kamus kehidupan.

Dewan Majlis Daerha Jelebu, Kuala Klawang.


































Muzium Adat Kuala Klawang, Jelebu, N9.

















Homestay nan selesa

:















tak ada nyamuk, agas, babi atau mandi air sungai. Ni bukannya berjuta batu ke kampung orang asli. Kalau berada di kampung orang asli pun, apa salahnya. Pengalaman baru apa!

Penuh tradisi
















Indah alam nan terbentang















































siangnya hijau, malamnya dingin, paginya berkabus. Waduhhhhh windu desa tercinta!
Acara di Kuala Klawang

















Seni warisan yang kian hilang
































































Hubungi Mentaus Crafts untuk tempahan parang di wahidzamri@yahoo.com Zamri (0196685036), Mohd Azri (0133666552). Aku bukan broker, hanya pencinta warisan budaya.






















Perjalanan kembali terpenuh liku.


















Mengejar awan kembali ke Bangi



















Terima kasih Cik Bintang, sudi buang masa punggah aku dari Bangi dan hidangkan sejumlah pengalaman ini biarpun dalam masa yang singkat dan terpa terkejut.




7 ulasan:

  1. Wooo tajuuuk sikit punya dasyat ker.. Tahu lah Cik Anyss pecinta bahasa dan budaya huhu btw tajuk tu memang da bomb lah. Terkejut cheQ masa mula2 terpandang tadi huhu..

    Btw mekasih lah sudi meramaikan group saya. Meriah lah sikit, tidak lah kami sahaja yang terkulat2 menadah diri disengat panas. Panas yang amat. Sian untuk orang2 yg selalu digigit dingin :p

    Panas dan keringat tu anggaplah harga yang terpaksa saudari(kita) bayar untuk menikmati indahnya alam, budaya dan tokoh berjasa. Part tu paling best kan. Saya tunggu huraian nya nanti, tu pun kalau Cik Anyss rajin ler kan. Saya tahu sedari ni sibuknya MasyaAllah..... (^__^)

    BalasPadam
  2. Best nyer pengalaman ANYSS.. seronok ni dapat masuk kampung orang, singgah sana sini lihat budaya dan adat orang...

    Lama tul tak pegi N9..

    BalasPadam
  3. Cik Bintang: Aura tajuknya yang membelit diri buatkan Cek Bintang tetiba jadi pemandu pelancong yang sopan dan berbudaya terbilang. Sila ajak lagi lain kali ya...kita boleh buat onar kat tempat lain pulak. Orang kata, "simpan koleksi mak mertua pulak la la la"

    InsyaAllah, aku dicuba pada masa yang lain. Kot lah terjumpa masa malas nak kerja kan...


    Azieazah: Pertama kali berkampung di negeri 9, seronok dapat timba masak lemak daging salai...sampai menjilat meja hu hu hu.

    Akak kita ni apa kurangnya, selalu je jelajah UTARA noooo. Tetiba je teringat me udang banjir hu hu hu...

    BalasPadam
  4. Salam ziarah...

    tajuk nampak best aje.. huhuhu.. (^__^)

    suka tengok pic yang terakhir tu.. indah sungguh ciptaan Illahi..

    BalasPadam
  5. cantik gambar ada seni zoom pakai ribu2 RM hee

    BalasPadam
  6. dlm byk kenapa tak mintak satu hee

    BalasPadam
  7. Faarihin: Terima kasih dengan kunjungan. Saje je buat tajuk yang nampak gempax sikit...ubah gaya sesekali je.

    Pic terakhir tu mbil guna kamera tepon je. Bukan senang nak amik gambar masa di lebuh raya begitu kalau tak ada orang memandu sebelah ;)

    ZZ: separuh gambar tu guna kamera tepon, separuh lagi guna kamera PINJAM dari Cik Bintang ;) Belum ada peluang nak guna kamera ribu2 hu hu hu sabooor ye, ada rezeki leh guna

    Boleh mintak, hanya risau kalau...orang tak bagi hu hu hu

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk menyatakan pendapat yang bernas dan membina. Setiap komen, pendapat dan pandangan yang dikemukakan adalah pandangan persendirian anda, tidak ada kena mengena dengan Tuan Rumah blog ini. Mohon agar menjaga susila sebagai warga Timur berbudaya Melayu beragama Islam. Terima kasih dengan sokongan anda semua.