Jumaat, 13 November 2009

Kota Bandung yang...Panas!

Semasa tertinjau-tinjau peti tv sambil santai tenangkan kepala setibanya di kamar hotel, mata tertancap berita panas pembunuhan seorang ahli perniagaan, Nasruddin Zulkarnaen. Nama Antasari, Williardi Wizard dan Azahari Zulkarnain memang panas.
Biarpun bumi Bandung agak dingin dengan hujannya saban hari, di tengah kota ini panas dengan warganya yang keras membanting tulang. Panas juga dengan warga Malaysia yang hangat membeli belah bila bergelar jutawan. Dan aku...menjebakkan diri dalam kehangatan selimut dalam dingin penyaman udara. Panas suasana di luar buatkan pilihan itu antara pilihan yang 50 peratus bijak dan 50 peratus dunggu.
Sebolehnya, aku lebih harapkan suasana panas itu tukarkannya dengan kehijauan. Namun, dalam kehangatan begini, siapa yang begitu peduli? Tengkuban Prahu akhirnya diam kemas dalam impian yang tidak dapat dizahirkan. Aku terbelenggu dalam impian yang tidak kesampaian!

8 ulasan:

  1. Takde rezekilah tu, don't worry maybe next time. Saya takde sebab tu lah tak menjadi tu wakakah :p

    Sekali melangkah jangan harap kita boleh dapat semua, itu biasa. Enjoy jer mana yang ada. Jangan "panas"kan hati.Rileks jer. Take care ;)

    BalasPadam
  2. dengar cerita rakan sana, dibelanja dan membelanja semuanya kita sebelah sini hee,,

    dia rekomen hotel sana, kita bayar, kita rekomen datang sini kita bayar,semuanya belah kita..

    BalasPadam
  3. yuk bangun buk... ayuh! Nikmati percutian dengan membeli belah... hahaa.. nak tido kat umah pun boleh donk..

    BalasPadam
  4. Iza: Jom pi Bandung!

    ZZ: Malang betul ada kawan macam tu kan...

    Dina: Belum ibu, teteh...neng! Hu hu hu...Bukan bercuti, datang untuk keja. Sebab tu ngak sempat enjoy dan soping sakan makan hu hu hu...derita!

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk menyatakan pendapat yang bernas dan membina. Setiap komen, pendapat dan pandangan yang dikemukakan adalah pandangan persendirian anda, tidak ada kena mengena dengan Tuan Rumah blog ini. Mohon agar menjaga susila sebagai warga Timur berbudaya Melayu beragama Islam. Terima kasih dengan sokongan anda semua.