Selasa, 20 Mei 2008

Sebuah dedikasi...


Dedikasi ini buat semua guru-guru di Malaysia
yang sentiasa berjuang untuk kemajuan anak bangsa,
Untuk golongan pendidik
yang tidak pernah kenal lelah dan jemu memberi harapan
dan kejayaan kepada setiap anak didik mereka,
untuk setiap insan yang mengajar orang lain biarpun sepatah perkataan.

Ilmu itu pelita diri,
Terima kasih buat Yang memberi
Semoga kekal alir pahalanya
Mengiring hingga ke Syurga.
Terima kasih kerna sudi member,
Biarpun hanya patah kata itu pedih terdengar
Namun buahnya ranum kukutip ini hari.

Belum cukup dengan hanya terima kasih
Berbanding sukarnya pengertian ilmu itu
Kubenam dan kupas
Di dasar hati, dalam mendapan diri.
Dan hari ini,
Kepada diri kuikrar janji
Akan kusebar pula ilmu ini serata alam
Moga menjadi teduhan buat semua.
Terima kasih, cikgu
Biarpun hanya A B dan C yang diajarkan
Namun tanpa abjad itu
Daku tak mungkin kenali begitu tingginya falsafah hidup.
Terima kasih, terima kasih.
Biarpun tak cukup ungkapan itu…
Terimalah seadanya, setulisnya.
Dengan rendah diri, di situ aku berteleku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk menyatakan pendapat yang bernas dan membina. Setiap komen, pendapat dan pandangan yang dikemukakan adalah pandangan persendirian anda, tidak ada kena mengena dengan Tuan Rumah blog ini. Mohon agar menjaga susila sebagai warga Timur berbudaya Melayu beragama Islam. Terima kasih dengan sokongan anda semua.