Ahad, 15 Disember 2013

Kalau Semua Dah Tak Boleh Elak, Macam Mana Aku Nak Mengelak?


Semua benda tak boleh elak. Tahun depan tariff elektrik akan naik bermula Januari. Pak menteri kata memang tak boleh elak, tapi tariff letrik di Malaysia tetap terendah di dunia.

Masa harga ayam naik, itupun tak boleh elak apalagi nak tepis. Bila harga petrol naik, kenaikan tak boleh elak itu tetap juga jadi harga petrol tetap juga paling murah di asia. Bila gula naik, itu sebabnya nak elak diabetis. Maka sempatlah mengelak kiri kanan. Cumanya, kita perlu juga mengelak penduduk Malaysia kena darah tinggi…ramai yang cadangkan naikkan harga kain kapan. Bagi elak ramai orang Malaysia mati pula, cadangannya naikkan harga perkhidmatan kubur. Boleh juga…nanti pakcik penggali kubur jadi profesyen rebutan.

Kini, tol juga akan alami kenaikan bermula tahun 2014…juga tak boleh elak. Sama macam banjir besar di Kuantan hari tu juga…memang tak boleh elak walaupun banyak pihak dah buat persediaan rapi.

Macam pak menteri kata, kita nak elak semua tu mudah aje. Dah harga rumah tinggi…tinggal aje dalam khemah. Bila harga petrol naik…silalah sihatkan badan kayuh basikal macam mynmar dan Bangla tu. Dah tol memang tak boleh elak untuk naik, makanya…kau jalan kaki ajelah. Tak payah bayar tol. Mmmmmm Bangla kayuh basikal tu pun tak bayar tol apa.

Bila kayuh basikal, secara automatik dah boleh elak banyak perkara tu. Tak ada kesan kenaikan petrol 20 sen sebab basikal memang tak guna minyak. Nasi lemak Pak Yeop jual tepi longkang tu pun bukannya guna minyak, mana ada kenaikan. Sama macam cucoq badak Mak Yam yang kita tak pernah jumpapun badak di atasanya tu, bukannya goreng pakai petrol…mana ada kenaikan harga, hanya rupanya je makin comel. Sekali nnngap tak perlu kunyah boleh telan terus.

Jadinya, jangan risaulah bab ilmu tepis menepis ni. Orang Malaysia bukannya reti silat gayung bagai nak elak mengelak. Kalau guna silat pulut, mmmmm memang semua orang tak reti nak mengelak. Aku lagilah tak akan elak, makan je terus itu pulut. Letak durian pun sedapppp.

Hishhhhh! durian mana naik harga, bukannya siram dengan petrol!




Sabtu, 14 Disember 2013

Hak Ekslusif Tinggal Di Bangi


Orang Bangi ni hebat-hebat belaka. Aku sorang je tak berapa nak hebat. Mereka boleh tutup jalan awam sesuka hati macam jalan itu mak bapak dia orang yang punya. Maklumlah, mereka kan orang kaya raya…kami yang marhaen ni hanya mampu memandang;

mula-mula itu Bangla tepi jalan juga ada duduk...sekarang mari, itu pondok juga ada!

Haram hukumnya menutup jalan laluan orang ramai walaupun jalan tersebut di atas tanah kita sendiri.



Kalau laluan tu memang jalan umum, rasanya apa hukum? Cerdik pandai ramai di Bangi…silalah berikan jawapannya.

sudah ada pondok ;)

katanya penutupan sementara...pondok pengawal tu dah berlumut, masih sementara kot!

Bila orang Mutiara Bangi tutup jalan, melekat pulak fiil tu ke syeksen 9. Berbakul jugaklah sumpah seranah penduduk yang nak pergi maybank tu. Dahlah nak pusing balik ikut jalan sehala tu bukan main payah lagi….bila pusing belakang kedai-kedai tu, macam-macam halangan pula ada, salah hari tayar boleh pancit terkena paku atau entah apa-apa sampah sarap belakang tu. Dah dapat komplen dek rakyat marhaen, akhirnya jalan itu dibuka semula. Cepat tindakannya sebab kawasan syeksen 9 ni bukan dari golongan orang kaya, baru nak jadi kaya...

jawapan MPKJ

Aku ada juga ambil gambar sekatan atau jalan berpalang di syeksen 9 ni...dah simpan dalam komputer, jenuh cari tak jumpa tak tau tang mana save. Jadi...abaikan ajelah bukti tu sebab jalan tu pun dah boleh dilalui rakyat marhaen macam aku ni.

Untungkan tinggal di Bangi ni. Esok pagi aku nak tutup jalan depan rumah ni lah...tak leh sesapa lalu. Sapa nak lalu kena bayar tol seringgit seorang. Boleh gitu?

Komen aku mudah aje: Tinggal kat syeksen berapapun di Bangi ini memang terdedah dengan pecah rumah walaupun Malaysia ni Negara yang aman. Dalam sehari, kalau tak ada 3-4 kes ragut, pecah kereta, pecah rumah, memang pelik. Kalau kasutpun ada operasi pemungutan, apalah sangat dengan harta benda lain.

Bukan tak boleh palang atau tutup jalan, tapi bukalah untuk waktu puncak bagi kegunaan orang ramai.  Waktu lain tu hangpa nak tutup tak mau buka pun tak ada siapa nak halangpun. Hangpa bayar pak Bangla tu mahal-mahal, mintaklah depa pi ronda secara berkala. Aku pun nak jadi guard kalau boleh membuta tepi jalan, kerjanya hanya angkat palang tu je hu hu hu hu 



Jumaat, 13 Disember 2013

Sesungguhnya Benarlah Kata-Kata Itu!

Dan apakah orang-orang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tidak juga beriman?

Dan telah Kami jadikan di bumi ini gunung-gunung yang kukuh supaya bumi ini (tidak) bergoncang bersama mereka, dan telah Kami jadikan (pula) di bumi itu jalan-jalan yang luas, agar mereka mendapat petunjuk. Dan Kami jadikan langit itu sebagai atap yang terpelihara, sedang mereka berpaling dari segala tanda-tanda (kekuasaan Allah) yang terdapat padanya. Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing dari keduanya itu beredar di dalam garis edarnya.

Kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seorang manusiapun sebelum kamu (Muhammad), maka jikalau kamu mati, apakah mereka akan kekal? Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.

Dan apabila orang-orang kafir itu melihat kamu, mereka hanya membuat kamu menjadi olok-olok. (Mereka mengatakan): “Apakah ini orang yang mencela tuhan-tuhanmu?”, padahal mereka adalah orang-orang yang ingkar mengingat Allah Yang Maha Pemurah. Manusia telah dijadikan (bertabiat) tergesa-gesa. Kelak akan Aku perlihatkan kepadamu tanda-tanda (azab)-Ku. Maka janganlah kamu minta kepada-Ku mendatangkannya dengan segera.

Mereka berkata: “Bilakah janji itu akan datang, jika kamu sekalian adalah orang-orang yang benar” Andaikata orang-orang kafir itu mengetahui, waktu (dimana) mereka tak mampu untuk mengelakkan api neraka dari muka mereka dan (tidak pula) dari punggung mereka, sedang mereka tidak (pula) mendapatkan pertolongan, (tentulah mereka tidak meminta disegerakan).

Sebenarnya (azab) itu akan datang kepada mereka dengan sekonyong-konyong lalu membuat mereka menjadi panik, maka mereka tidak sanggup menolaknya dan tidak (pula) mereka diberi tangguh.

(Surah Al Anbiya’, 30-40)


Khamis, 12 Disember 2013

Keputusan PMR Diumum 19 Disember 2013


Khamis depan. Yaaaa khamis (PMR) 19 Disember 2013 Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah 2013 akan diumumkan. Berdebar lagi. Hari tu berdebar-debar tunggu keputusan peperiksaan UPSR, kali ni PMR pula.

Tahun ni, seramai 462,940 calon menduduki peperiksaan PMR di 3,530 pusat peperiksaan di seluruh Negara. Anak buah aku salah seorang daripadanya. Itu pasal lah aku yang terlebih-lebih berdebarnya huh u huh u

Calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi pada hari yang sama. "Calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan PMR melalui mySMS 15888 yang diaktifkan mulai 10 pagi 19 Dis hingga 11.59 malam, 25 Dis 2013.



Di Sebalik Kisah Banjir



Sejak banjir luar biasa yang melanda Kuantan terutamanya, kita boleh jumpa macam-macam hal dan perangai orang terutama yang jenis nak tunjuk hebat tapi sebenarnya dia tak buat apapun selain dari menaip depan keyboard dan dok menyalahkan orang lain. Ya…salahkan orang lain dengan apa yang orang patut buat, bukannya menyumbang sedikit sebanyak dengan memudahkan mangsa banjir.

apapun dibuat tetap ada kritikan...itukan budaya orang Malaysia

Ada pula menyatakan kefahaman dan simpati mereka dengan mangsa banjir hanya sebab dah merasa pengalaman kena banjir walaupun sekali. Tahniah untuk orang begini, mereka tak mudah lupa diri. Mereka kaya dengan daya empati.

Paling kagum dengan golongan yang tak pernah kena banjir hatta banjir kilatpun, tapi…dia pulak yang beria-ria nak tolong mangsa banjir melebihi diri sendiri yang kena. Syabas! Kewujudan kalian memang sangat diperlukan. Lebih-lebih lagi bila pertolongan yang diberi tidak mengharapkan “mata” manusia.

Kalau tak ada BN, hanyut semua pengundi di Kuantan…



Sekalipun dalam dunia yang luas ini terisi dengan pelbagai manusia yang macam-macam perangai, hakikatnya, masih ramai insan mulia yang sanggup membantu walaupun tanpa ada lensa TV3. Masih ramai yang menjadi wira tak didendang.


isu kemanusiaan lebih besar dari isu politik

Tahniah juga kepada semua penyumbang yang turut membantu meringankan mangsa banjir teruk di Kuantan biarpun tanpa hadirkan diri ke sana, dengan hanya klik-klik depan komputer, mereka transfer sejumlah wang dengan kadar kemampuan masing-masing. Kepada rakan-rakan yang menyebarluaskan maklumat bagi membantu mangsa banjir diserata ceruk Negara.

Tahniah tak terhingga kepada semua sukarelawan banjir yang sanggup menghulurkan tenaga, masa, wang ringgit turun ke tempat kejadian dan membantu tanpa harapkan apa-apa. Masa begini kita patutnya bersatu tanpa mengira parti politik. Tanpa politikkan isu banjir juga.

Bersatulah...kitakan 1 Malaysia

Semoga setiap orang yang terlibat dalam cerita banjir ini mendapat redha Allah. Moga mereka dirahmati. Memang banyak cerita dari dasar dan di lapangan yang kita dengar dan jumpa, yang pelik dan tak sangka, yang tak jangka. Namun, semua itu menguji sejauh mana nilai diri kita. Bila Allah datangkan ujian, tujuannya supaya kita tahu ujian berkenaan;

(i) sebagai tanda kasih sayang Allah kepada kita yang memberi peluang untuk bersihkan diri dari kekhilafan yang pernah kita buat secara sedar atau tidak. Bila kita bersabar dan redha…kita dapat manfaatnya. Dan manfaat itu adakalanya kita tak sedarpun.
(ii) beri peluang kepada kita untuk bertenang dan berfikir, kemudian mensyukuri apa yang kita miliki.
(iii). Membalas kesalahan dan kehilafan kita di dunia dan menjadikannya sebagai bala agar kita dan orang lain berfikir tentangnya, kemudian mengubah diri ke arah kebaikan. Balasan di dunia sebegini biarpun kita rasa perit, sebenarnya berjuta kali lebih ringan berbanding kalau kita terimanya di akhirat.

inipun ada benarnya...

Jadinya, terimalah ia dengan positif. Bukan mudah untuk redha dan sabar, namun setiap perkara yang berlaku adalah petunjuk dari Allah supaya kita tidak mudah alpa. Supaya kita sentiasa beringat. Supaya aku juga yang melihat dari jauh ini beringat sama. Insaf sama. Bila Allah kata “Kun fayakun”, maka jadilah…tidak tertangguh biar sesaat.

cara tersendiri untuk membantu...

Baca kisah mangsa banjir panjat tangki air menyelamatkan diri. Atau mangsa banjir di pusat pemindahan banjir haram? Pusat pemindahan banjir pun ada haram halal? Bagaimana dengan kisah orang-orang yang sepanjang hidupnya berdepan dengan banjir? Sejak celik mata masa dilahirkan dia sudah kenal apa itu banjir, hingga kini sentiasa pula berdepan dengan banjir. Pernah tak kita kenangkan macam mana mereka ini?
Memahami tidak memerlukan modal, tak seperti eksploitasi. Usah terlalu menangguk pada musim banjir ya...salah hari, tersauk buaya.  Diri sendiri yang susah.
 
Kita mungkin cekap mengambil kesempatan dengan kealpaan dan kesukaran manusia lain, namun percayalah...kita ada rakan akrab yang tidak pernah terluba untuk membuat catatan. Selamat beramal!
 
 
 


Rabu, 11 Disember 2013

Tanam Pinang Rapat-rapat


Tanam pinang rapat-rapat,
Biar senang puyuh berlari;
Belum kaupinang cakap tak dapat,
Ada hati memujuk supaya ku lari.

tembak masa ke pasar Kubah, Kuching...


Kisah Banjir Kami


Tarikh yang cantik kan? 11.12.13...Selamat pengantin baru Cik Ta @ Rozita Che Wan. Tetiba!

Bila banjir luar jangka melanda Pahang, hingga Kuantan lumpuh dek banjir besar…aku terkenangkan kisah banjir yang kami alami sejak kecil. Kejadiannya berlaku di negeri paling miskin di Malaysia, kata pak menteri.

Sebenarnya, aku sedih bila ada golongan tertentu kata “hangpa tak rasa…sedaplah cakap”. Yaaaa ketika ini aku tak rasa, pernah kalian tahu apa yang aku dan keluarga aku alami sejak berpuluh tahun dulu dan kini? Luahan mangsa banjir di Kuantan boleh jadi iktibar.

Sejak aku celik mata, aku memang dah kenal apa itu banjir. Sebabnya? Aku lahir pada 19 Januari…makanya, masih lagi berada di musim banjir. Boleh bayangkan lahir pada musim banjir? Januari dah dekat ya…sila menabung untuk belikan aku kek besau!

Sekarang ni, semua orang nak melahirkan anak akan ke hospital kecuali lahirkan anak luar nikah tak sah taraf. Cari penyakitlah pi beranak di hospital. Dulu-dulu, kami dilahirkan di rumah sendiri sama ada guna bidan kampong atau bidan kerajaan yang dijemput ke rumah. Tengokkkkkk? Klasik tak cara aku dilahirkan? Dan musim banjir pula? Lagi klasik jadi ceritanya!

Dan aku pernah membantu Mek melahirkan adik (bongsu dan kedua bongsu. Yang kedua bongsu tak panjang umur, meninggal selepas 19 hari dilahirkan) kat rumah kami sendiri. Ohhhhh! Ini tak ada kaitan dengan kisah banjir…melalut ke lain je ni!

Bagi kami yang berada di negeri Kelantan dan juga Trengganu, kejadian banjir dah jadi biasa. Dah lali, dan sekarang ni kejadian banjir di negeri ni tidak sehebat dahulu. Kalau dulu-dulu…asal masuk sahaja bulan November, bersiaplah kemas barang letak tempat tinggi-tinggi walaupun rumah kami memang dah tinggipun tiangnya. Kemungkinan untuk air naik hingga cecah lantai rumah tetap ada. Maka berminggu-minggulah kami berada dalam rumah makan ubi kayu rebus, pisang kebatu rebus dan segala benda-benda yang berebus itu tanpa dapat bantuan dari mana-mana pihak. Ada sesiapa kesah? Tak ada!

Sebabnya mudah sahaja…kami tak pindah ke petempatan banjir yang halal. Dan ada masanya, tak ada pun pusat pemindahan banjir tu kalau takat sebuah dua je rumah tenggelam. Maka pindahlah kami ke rumah saudara mara yang lain. Itupun kalau saudara mara itu jenis makhluk yang boleh terima saudara lain yang susah.

Masa kakak aku ambil periksa SPM, hari tu hari terakhir dia periksa. Masa pagi hujan turun dengan lebat sangat-sangat. Dia gagah jugak pergi kayuh basikal ke sekolah. Basahpun jawab soalan exam jugak. Walaupun sekolah tak tenggelam, tapi jalan nak pergi ke sekolah tu tetap naik air juga di kawasan tertentu. Kami pulak tidak diberitahu boleh ponteng ambil exam kalau banjir. Masa tu kami bukannya ada radio atau TV. Yang utama adalah nak ambik exam. Kalau tak ambil exam, kang tak pepasal tahun depan kena ulang lagi sekali. Itu yang kakak dok gagah juga pergi sekolah kayuh basikal buruk.

Masa kakak pergi tu, jalan belum tenggelam sepenuhnya lagi. Jadi dia sempat pergi sekolah dan exam. Bila dia balik…kawasan dekat dengan rumah kami dah tenggelam. Motor memang dah tak boleh lalu. Basikal apalagi.

Kami dok melongo tunggu dia kat rumah. Masa tu ayah ke bendang tangkap ikan. Musim banjir begitu, kalau tak pergi tangkap ikan keli ke…haruan ke…mana nak dapat sumber ikan? Nak beli telur atau makanan dalam tin macam sardin, kami bukanlah orang senang. Rakyat marhaen, adik beradik pulak ramai…7 orang. Musim hujan, mulut masing-masing asyik lapar aje! Tetiba rasa rindu nak makan makanan masa jadi miskin tegar dulu…poli ubi kayu, ubi rebus, lempeng blab la bla

Sebelum datang musim hujan, kami memang dah siap sedia dengan bekalan ikan masin dan beras agar tidak kebulur. Sebabnya mudah…kalau nak harapkan bantuan banjir macam orang sekarang ni dapat, kira bermimpi di siang harilah. Sepanjang kami merasa erti banjir, kami tak pernah terima walau satu tin sardin, walau sebiji beras walau satu paket magi pun. Itu keluarga kami, keluarga orang lain kami tak tahu!

Dah lambat tunggu kakak tak juga sampai-sampai, Mek suruh kami pergi tunggu simpang depan jalan. Tak adalah jauh sangat, tak sampai 1KM pun, setengah kot. Jadi aku dengan adik pun redahlah hujan pergi sana. Mana ada payung. Tapi masa tu budak lagi kan…bila kena hujan seronok aje. Boleh harung banjir, boleh aje. Sambil tunggu dia kat simpang tu, kami main air.

Lama jugak kami tunggu baru kakak sampai. Rupanya dia dah heret basikal entah berapa kilometer sebab air dah naik cecah jalan. Nak kayuh basikal memang tak larat dan berat. Terpaksa heret je sambil berjalan sambil harung banjir dengan kasut sekolah yang dah berlubang. Kepala je tak basah sebab ada payung…itulah satu-satunya payung yang kami ada huh u huh u yang lain semuanya basah berjeruk.

Kamipun tolak basikal tu sama-sama dan bila sampai rumah kakak memang dah gigil-gigil sejuk. Walaupun begitu, lepas letak basikal kat tempat selamat, hulur alat tulis dia ke rumah…dia main hujan dalam pakaian seragam sekolah lepaskan perasaan sebab dah habis SPM. Kami dua orang apalagi…seronoklah main sama hingga gigil-gigil satu badan ketar biru semuanya kesejukan baru masuk rumah.

Kalau musim banjir tu bersamaan pula dengan selesai musim menuai padi, maka kami ada satu kerja sampingan. Tangkap ikan atau tangkap belalang untuk buat lauk. Sekarang ni mana ada orang tahu macam mana rupa belalang goreng yang sedap itu…budak kampong macam aku yang jenis marhaen ni aje ada pengalaman makan benda-benda eksotik begitu.

Belalang yang ramai pada musim tuai padi akan jinak bila hujan. Senang kami kutip kat batang padi. Kami masukkan dalam botol dan balik rumah kami akan proses untuk masak. Buang bulu dan kaki belakang yang panjang tu. Kalau belalang tu besar (bukan semua jenis belalang boleh makan ya…jenis belalang minyak kat sawah padi ni je), kami buang juga kepalanya. Macam ikan bilis juga…yang kecik tu kita goreng macam tu je…tapi kalau besar kita belah buang najisnya.

Cara masaknya mudah aje. Tumis bawang merah & putih bersama cili giling, masukkan sedikit santan, gula (orang kelantankan wajib ada gula) dan garam. Masukkan belalang, masak api perlahan hingga garing dan rangup. Simpan dalam balang, boleh makan dengan nasi panas.

Kerja tangkap ikan haruan, keli atau ikan puyu di sawah sama ada tahan joran (kami panggil tauk), bubu ataupun kalau ayah, dia suka “menyuluh”. Maksudnya, dia akan guna lampu picit waktu malam untuk kesan ikan, kemudian guna parang untuk tetak ikan tersebut. Biasanya akan dapat ikan yang lebih besar. Kalau nak makan ikan sungai, pergilah tahan pukat kat sungai atau tali air. Dapatlah ikan lampam atau ikan-ikan lain (dah lupa apa nama). Itulah sumber lauk kami sepanjang musim tengkujuh. Tak ada ikan air tawar dan ikan sawah ni baru kami makan ikan masin dengan jimat-jimat.

Selain itu juga, kami akan makan ubi kayu rebus atau ubi keledek (setelo) dengan paling mudah kami rebus. Air tak payah beli, lebih jimat dari goreng atau buat cik Mek Molek. Ada kala pisang rebus. Semua ubi ni kami akan gali bila dah musim banjir yang taklah berapa dalam airnya. Sekali gali hanya satu dua perdu je. Cukup untuk sekali dua rebus. Jadi gotong royong ajelah kami adik beradik. Dan kami tanam masa sebelum banjir lagi dengan jangkaan masa menuai bila tiba banjir…supaya kami tidak akan kelaparan bila musim hujan.

Untuk masak, kami guna kayu api. Masa tu tak ramai orang kampong kami mampu guna dapur gas. Hingga sekarang masih ada dapur kayu itu di dapur rumah kami. Kalau kalian pandai masak menggunakan dapur kayu, kira hebat dan boleh tabik spring hu huhuhu dan sumber kayu keringnya kami akan simpan stok sejak tengah tahun lagi. Bila musim banjir…boleh guna tanpa masalah.

Bila musim tengkujuh, di tempat kami hujan akan berlarutan selama berminggu-minggu. Kalau ada sehari dua cuaca terik, kami sangat bersyukur sebab boleh keringkan kain baju selain dari turunkan paras air di kawasan rumah. Musim ini biasanya musim semua budak-budak duduk dalam rumah. Jarang terlepas untuk main banjir sebab nanti baju basah. Tapi kalau dah nak main banjir, pakai spender je atau bogel terus huh u huh u seksi tak?

Adakala kami menunggu-nunggu juga Mek bagi arahan “pergi cerut (sabit) rumput untuk kambing”, “pergi gali ubi”, “pergi ambil kayu api bawah bangsal”. Selepas selesai setiap tugasan tu kami akan main air banjir jernih itu. Bina rakit batang pisang atau terjun-terjun tepi parit. Tapi Mek selalu ingatkan jangan pergi ke kawasan tertentu yang dalam. Mek selalu cakap kawasan mana kami boleh main. Kalau ingkar arahan, mudah aje…berbirat belakang dapat upah penyapu lidi.

Apa bezanya banjir kami zaman itu dengan zaman sekarang? Pertama airnya jernih. Jadi kami tak rasa jijik dan kotor main air walaupun tetap juga ada najis lembu ayam itik yang dibawa air. Tapi tak adalah berlumpur bagai dengan kaler teh susu macam sekarang.

Kedua, kami bersedia dan kami tak harapkan bantuan orang lain. Sejak aku kecil sampai sekarang, keluarga kami tak pernah menerima walau satu tin sardin atau satu butir beraspun. Kami hidup dengan cara marhaen kami tetapi kami tak kebulur. Mungkin sebab kawasan kami tu tak adalah teruk benarnya bila dilanda banjir.

Ketiga, ayah gunakan inisiatif sendiri untuk dalamkan dan lebarkan parit kawasaan kami. Tebas semak samun rumput dalamnya. Jadi saliran air sempurna. Cepat aje air mengalir ke sungai berdekatan. Lambat sikit untuk air naik ke rumah kami. Malah, jalan raya ke rumah kami itu juga jalan milik persendirian yang kami usahakan sendiri. Tanpa harapkan kerajaan negeri (masa itu BN masa kini PAS) bina untuk kami.

Rumah kami jauh dari rumah orang, berhampiran dengan kubur juga. Dan kubur itu kepunyaan arwah Tok Ayah. Jalan ke rumah kami itu ayah buat sendiri dengan menukarkan secarik tanah kami sendiri dengan tuan tanah-tuan tanah yang terlibat. Kini jalan itu digunakan oleh ramai jiran kami. Sebab jauh dari rumah orang lain jugalah, maka kami menikmati letrik TNB pada tahun 1990. Itupun nasib baik ayah aku tu tak buat sendiri tenaga solar sendiri, kalau tak…tak ada maknanya kenaikan tariff elektrik yang semua orang dok sibuk sekarang ni. Dan, ayah juga tak mahu terima bekalan air bersih kerajaan negeri kerana dia mempunyai telaga sendiri yang lebih bersih. Otai tak ayah aku? Jadi…jangan nak rasuah dia dengan kebendaan, walaupun dia miskin, dia tak pelahap.

Itu cara kami tinggal di negeri paling miskin itu. Kami miskin tetapi kami buat sendiri apa keperluan untuk mudahkan hidup kami. Kami tak mintak dengan kerajaan negeri (dulu BN sekarang PAS) dan meroyan bila tak dapat. Apa yang aku nampak, tiap kali nak pilihanraya, ramai pemimpin politik pergi rumah kami hulur apa yang kami tak mintak pun untuk beli undi. Dan Mek ayah…tetap menerima tetamu tak kira dari parti politik mana yang pergi tanpa sesiapa tahu dia undi parti mana. Kami pun tak tau depa undi parti mana huh u huh u hebat tak depa?

Mungkin akan ada yang kata “padan muka hangpa…pasai apa hangpa dok pilih pembangkang…pi mampuih la tak dapat bantuan!”.

Untuk makluman, kejadian itu bukannya berlaku pada tahun 2013, tetapi lebih 20 tahun lepas semasa Kelantan di bawah pemerintahan BN yang berkaliber itu. Aku bukan nak politikkan isu banjir, namun itu hakikat yang perlu kami telan. Itu yang kami lakukan. Dan kami, tak juga kaya dari dulu hingga kini…hanya kami menikmati seadanya apa yang kami usahakan. Jadi, bila pemimpin politik kata “kalian tak reti balas budi,”, ayah boleh sahaja berbangga menjawab “Apa budi kalian pada kami?”. Ada sesiapa berani jawab?

Akhir kata, ini bukan entri tentang politik, bukan juga politikkan isu banjir, tetapi cerita keluarga kami di negeri paling miskin sana bila harungi hujung tahun sebegini. Dan kami tak pernah merintih tidak cukup itu ini, tidak dibantu itu ini. Kami dah biasa dan dah terlatih untuk menyelesaikan sendiri semua masalah. Kami dah biasa merancang sebelum terjadi. Bezanya banjir kami dengan banjir di Kuantan yang serius itu adalah…kami dah biasa dan bersedia sebab dah kerap alami. Mereka di Kuantan itu jarang atau tidak pernah merasa banjir sebegitu dan sebesar itu, mereka tidak jangka apalagi bersedia. Mereka juga tidak mampu mengawal situasi semasa seperti: kami dalamkan, besarkan dan terangkan parit berdekatan rumah, mereka tidak boleh lebarkan sungai, parit atau longkang kawasan mereka termasuk sampah sarap yang ada kerana semua itu bidang kuasa pihak berwajib. Kalau hangpa tetiba pi besarkan longkang majlis perbandaran, tetiba kena saman sapa nak jawab?

Semoga mangsa banjir tabah hadapi ujian sebesar ini.
 
Panjang kan entri ni? Silalah tabah!
 
 


Selasa, 10 Disember 2013

Kisah Duka Mangsa Banjir Besar di Kuantan


Aku ada terbaca kisah ini yang ditag entah angka ke berapa. Kisah banjir di Kuantan yang tidak dilaporkan TV atau akhbar. Kami pernah alaminya begini. Kisah mangsa banjir memang tidak untungkan sesiapa.  Kita memang tak tahu kisah ini kisah benar mangsa banjir atau tidak (sepanjang aku hidup dalam dunia banjir sejak kecil, banyak cerita begini yang TV tak suluh, jadi aku sangat percaya kewujudan kisah ini), namun yang aku nak kalian fikirkan adalah kisahnya. Iktibarnya. Begini kisahnya:


Ini banjir punya cerita. Tapi ini bukan cerita banjir versi suratkhabar atau berita TV. Ini cerita dari orang yang benar-benar menjadi mangsa banjir di Kuantan ...baru-baru ni. Dan kisah sebenar begini memang tidak layak untuk disiarkan dalam TV atau suratkhabar di Malaysia. Kalau ada jurugambar media atau wartawan yang berani melapurkan berita banjir sejujur ini, nescaya hayat kerjayanya sebagai pemberita tidak panjang.

Banjir bukanlah suatu bencana alam, tetapi adalah suatu acara bersukaria. Pesta mengarung air! Begitu anggapan aku dulu. Lepas tu, timbul anggapan baru, iaitu, banjir ialah jalanraya kena tutup sebab ada air atas jalan, dan ada yang kena pindah rumah.

Kemudian, datang lagi anggapan baru sejak banjir besar di Sungai Isap tahun 2001 dulu, iaitu banjir ialah kena pindah dan kena selamatkan kereta dan barang-barang rumah. Tidak ada apa yang susahnya. Kalau kena pindah, pindah sajalah. Kerajaan kita memang terbaik dalam sejarah dunia. Bertuahnya kita hidup di bumi Malaysia yang mempunyai rakyat yang pemurah dan mempunyai pemimpin yang begitu prihatin dengan masalah rakyat.

Banjir tu air je pun, bukannya api! Apa nak susah.... bukannya hangus terbakar pun kena banjir, habis kuat pun basah je, lebih-lebih pun lemas, kereta tenggelam, barang rumah semua punah jahanam, itu je. Setiap kali banjir melanda, kita tengok tv, kita baca suratkhabar, oh alangkah seronoknya kalau kena banjir...! Macam family day je.... Macam pergi berkelah je!

Ada acara masak-masak, yang datang memerah keringat untuk tolong masak bukan koman-koman punya orang. Ada bini raja, ada bini menteri, bini orang besar dan ternama, orang berpangkat dan yang kaya-raya semua mencemar duli sanggup turun padang tolong masak. Lepas itu ditunjukkan pula gambar bagaimana mangsa-mangsa banjir begitu ceria dan bermuka galak sekali beratur untuk mengambil makanan.... bini-bini orang besar, ataupun orang-orang bini besar, semua berebut-rebut untuk tolong sendukkan nasi dan cedokkan lauk ke dalam pinggan atau tray rakyat kelas bawahan yang rumah mereka tengah tenggelam dalam air banjir.

Parti-parti politik, pertubuhan itu persatuan ini, NGO itu IPTA ini, semuanya berlumba-lumba untuk menghulurkan bantuan dan sumbangan. Diumumkan di media massa pihak ini derma berapa juta pihak sana nak derma berapa juta, bahkan ketua wanita UMNO berkobar-kobar melaungkan betapa prihatinnya PM dan TPM kita...! Hari ini PM pergi Kuantan, esoknya TPM pergi ke Kemaman pulak!!! Wow! Semata-mata nak melawat msa banjir!! Huh, mana mau cari PM dan TPM negara lain dalam dunia ni yang sanggup pergi ke tempat pemindahan banjir macam tu?? Susah nak ungkapkan dengan perkataan betapa bertuahnya parti melayu kerana mempunyai seorang Ketua Pergerakan Wanita setaraf itu.

Kemudian ditunjukkan juga betapa trak, lori, van, semuanya berbaris-baris masuk ke pusat penempatan banjir untuk menghantar sumbangan itu dan bantuan ini.... Jadi, apa masalahnya dengan banjir? Apa susahnya bila rumah kena banjir? Bantuan dan sumbangan yang diterima oleh setiap mangsa banjir adalah tiga belas kali ganda nilainya dari nilai kerugian yang dialami akibat banjir. Itu kalau berdasarkan kepada pengumuman pihak itu dan ini yang akan memberi sumbangan sekian-sekian juta, maka bila dicampurkan keseluruhan sumbangan itu, jumlahnya 25 juta sedangkan mangsa banjir cuma 40,000 orang. Kalau dicongak purata satu rumah ada 4 orang, maknanya 40,000 orang itu mewakili 10,000 buah rumah. Jadi, bukankah bila diagihkan, mangsa banjir akan dapat sumbangan bernilai beberapa ratus ribu ringgit setiap rumah....? Tak bertuah ke tu...!!

Tapi semua itu cerita banjir dalam tv dan suratkhabar. Wartawan dan jurugambar tidak sampai ke tempat banjir selagi Sultan atau Bapak menteri tak datang. Mereka lebih berminat untuk melapurkan lawatan orang-orang besar sahaja, daripada melapurkan malapetaka banjir dan keadaan mangsa. Jurugambar hanya sibuk merakamkan gambar 'kemurahan-hati' menteri dari merakamkan gambar 'kegundahan-hati' rakyat yang ditimpa musibah banjir. Dalam suratkhabar sibuk menceritakan kebaikan-hati menteri, dalam tv hanya sibuk merakamkan gambar yang lawa-lawa dan yang cantik-cantik yang mengiringi Datuk Paduka Raja melawat pusat banjir.

Tahukah anda.... bahawa banjir bukan begitu sebenarnya. Bukan seperti mana yang digambarkan dalam media massa. Aku ceritakan beberapa kisah dari seribu satu cerita tentang banjir yang menimpa.... dan kisah-kisah begini tidak akan dapat dibaca dalam mana-mana suratkhabar dan tidak akan dapat ditonton di kaca tv, sekurang-kurangnya kita dapat gambaran sebenar tentang kejadian yang berlaku.

Kalau tadi aku menyebutkan bahawa selepas banjir besar tahun 2001, persepsi aku terhadap banjir mula berubah dari suatu pesta kesukaan kepada suatu bencana yang mengancam keselamatan barang-barang rumah dan kenderaan. Rupa-rupanya, banjir tahun ini mengajar aku bahawa ianya bukan sekadar itu, tetapi kami terpaksa berpindah untuk menyelamatkan nyawa! Nyawa sendiri dan nyawa ahli keluarga, jiran-jiran, kawan-kawan, kanak-kanak, orang tua.... Kami bergelut untuk menyelamatkan nyawa!

Bayangkan.... air memenuhi dan menenggelamkan hampir 95 peratus tanah daratan di Kampung Pandan, Bukit Rangin, Permatang Badak, Isap Damai, Isap Perdana, Isap Satu, Isap Dua, Isap Jaya, Taman Murni, Kampung Sungai Isap, Taman Sepakat, Kampung Kurnia, Rumah Murah Batu 3, Kampung Razali, Kg SC, Taman Guru, Taman Putra Putri, Inderapura, Kg Teluk Mahang, dll....... Ini yang airnya bersambung menjadi satu.... seolah-olah satu tasik yang luas.
 
Saban tahun, bila masuk saja bulan Oktober, maka berebut-rebutlah semua jabatan dan agensi kerajaan melaungkan kepada dunia bahawa mereka telah bersiap-sedia menghadapi banjir. Apa yang disiap-sediakan, aku pun tak tahu. Ada satu sekolah, iaitu SK XYZ, dan sekolah ini tidak termasuk dalam senarai sebagai pusat perpindahan banjir. Bila banjir berlaku secara mengejut, para penduduk berdekatan segera ke sekolah tersebut. Orang kecik, pangkat rendah, manalah mereka tahu senarai tak senarainya.... mereka pindah untuk menyelamatkan nyawa...! mana ada masa nak pergi check dulu sekolah mana ada nama sekolah mana tak ada dalam senarai....!

Di tingkat bawah memang dipenuhi air, dan para mangsa banjir terpaksa tinggal di dalam bilik darjah di tingkat 1, tingkat 2, dan tingkat 3. Permohonan diajukan kepada pihak berkuasa yang terbabit, mohon bantuan makanan dan minuman. Tetapi jawapan yang diterima.... sekolah ini tidak ada dalam senarai pusat penempatan banjir yang telah ditetapkan, jadi tidak ada sebarang bantuan dapat disalurkan ke situ!!!

Dua hari mangsa banjir di situ tak ada makanan! Satu orang petugas dari jabatan atau agensi berkaitan pun tidak ada di sekolah itu. Mereka bukan mintak bantal dan selimut, tak mintak kelambu dan ubat nyamuk.... tak mintak ubat gigi dan syampoo, tidak! Mereka cuma mahu makan. Anak-bini mereka lapar. Mak ayah mereka yang dah tua pun lapar. Tapi....? Ya lah, sekolah itu bukan termasuk senarai.... Agaknya takut berdosa besar kalau bagi makan kepada mangsa di pusat perpindahan haram macam tu.

Sebagai usaha terakhir, mangsa-mangsa banjir itu masing-masing pakat menderma sesama sendiri, ada yang bagi 50 ringgit, ada yang bagi 10, ada yang bagi 200, sehingga jumlah yang terkumpul sampai beribu-ribu ringgit! Untuk dibeli makanan...! nak beli roti, biskut, dan maggi je.... (beras dan lauk memang tak beli lah, sebab dapur pun tak ada).... tapi, semua jalan tersekat oleh air. Banyak kedai yang tutup. Tak ada nilai duit ribu-ribu dalam keadaan seperti itu.

Kita tengok pula keadaan di sk abc dan smk def.... penduduk mula berpindah ke sekolah sejak hari Senin dan Selasa.... kemuncak banjir ialah Rabu dan Khamis.... Sepanjang proses berpindah selama 2-3 hari pertama itu, tidak ada satu bantuan pun baik berupa lori trak atau bot dari sebarang jabatan kerajaan atau agensi kerajaan untuk mengambil, membawa, dan menghantar ke pusat perpindahan... tidak ada! Kecuali 2-3 buah bot milik persendirian. Penduduk samada lelaki, perempuan, tua, muda, kanak-kanak, semuanya kena pergi sendiri, tanpa sebarang makluman dari pihak berkuasa, tanpa sebarang bantuan, semua mangsa banjir terpaksa meredah air sendiri-sendiri, ada yang mengharung air separas pinggang, ada yang separas dada, bahkan ada yang separas leher.... (utk makluman, air banjir arusnya cukup deras... jangan ingat macam air kolam).

Ada seorang kakak, baru buat operation tujuh hari.... dia takut nak mengharung air (masa tu paras air atas jalan dah paras perut).... last-last, suami dia dukung dia berjalan dalam air masuk ke kawasan sekolah. Ada tv suratkhabar nak lapur kejadian tak glamour macam ni...? nak lapur macam mana, semua wartawan tengah berkumpul di pwtc masa tu.

Kita tengok tv, mangsa banjir makan sedap, ork? Beratur molek je masing-masing nak ambik nasi.... sorang-sorang pegang pinggan dengan muka senyum je.... ada orang tukang cedok..... masing-masing tadah je pinggan, lepas tadah nasi, tadah lauk pulak, lepas tu sayur pulak.... teringat zaman duduk asrama masa sekolah dulu.

Biar aku cerita kisah banjir yang tak masuk tv dan tak keluar dalam suratkhabar. Ini keadaan sebenar yang berlaku. Lebih dari separuh dari beribu-ribu mangsa banjir di dua pusat perpindahan yang terletak sebelah-menyebelah itu yang tak dapat makan walau sebutir nasi pun dalam masa dua hari kemuncak kejadian banjir itu. Beratur panjang-panjang, rupanya bila sampai giliran kita, pinggan polistrin pulak habis.... ada yang sempat dapat pinggan polistrin, beratur-beratur, nasi pulak habis.... ada yang dapat nasi, lauk pulak habis.

Pernah terfikirkah kita, ada yang ambik tin sardin yang telah kosong, (masih ada saki-baki kuah sardin yang melekat dalam tin)... untuk dijadikan gelas dan diisikan air kopi o.... bayangkan! Terpaksa minum kopi dalam tin sardin! Itu yang dapat minum tu.... lebih separuh lagi yang nasib lebih malang dari dia, tak merasa minum kopi o pun.... kebanyakannya kenyang dengan meneguk air liur sendiri je.

Ada yang tadah biskut dengan baju.... ada yang tadah nasi atas kotak...! Dah kalu dok, langsung tak boleh makan.... kotak tu pun jumpa atas lantai... entah berapa ratus tapak selipar dah yang pijak..... dikoyakkan agak-agak sebesar pinggan, basuh dengan air hujan, renjis-renjis lebih kurang, lepas tu pergi beratur nak tadah nasi!! katanya, anak dia lapar, dah dua hari tak makan nasi...!!!

Ada sorang tu, ada mak dia yang dah tua duduk di tingkat 3.... mak dia sakit tak larat nak turun naik tangga.... dia panik punya pasal sebab mak dia lapar, dia beratur nak ambik nasi (Tak tahu beratur kali berapa dah), tak ada bekas nak isi.... dia bantai sumbat nasi dalam botol air mineral kosong!! Bayangkan.... jangan tanya pasal lauk lah, dia memang tak fikir lauk dah, dia kira nak ambik nasi je... asal dapat nasi pun cukup lah..... cuma aku terpikir, macam mana dia nak makan...? macam mana dia nak keluarkan nasi dari dalam botol.... (dia bukan potong mulut botol supaya muka jadi luas macam cawan)... dia sumbat nasi ikut muncung botol gitu lah hidup-hidup.

Dan yang paling sedih sekali, ada yang ambik polistrin dalam tong sampah bekas orang makan dah, basuh dengan air hujan, dan gi ambik nasi....! Pernah terfikirkah anda ada berlakunya kejadian demikian di musim pesta main air dan pesta menderma bantuan dan sumbangan seperti itu...?

Ada yang baru lepas bersalin sebelas hari, terpaksa duduk di bawah tangga bangunan sekolah... sebab tak cukup tempat.... bilik darjah semua dah penuh.... bahkan ramai yang tidur atas koridor...! Menu memang mudah.... pagi makan meehoon (panaskan kuali, kemudian dibukanya ayam yeos dalam tin dalam tujuh lapan tin, dimasukkan semuanya dalam kuali, last sekali dimasukkan meehon yang telah direndam sekejap, dan digaul... meehoon goreng)... meehon keras macam dawai. Siap untuk 500 orang.... yang berpindah ke situ dekat 3 ribu.

Tengahari, nasi putih lauk sardin... (buka tin, masukkan semua isinya dalam dalam kuali, nampak berbobok macam nak gelegak sikit, siap...! menu tengahari. Malam pun menu yang sama. Esok pun sama. Lusa pun sama. Dalam keadaan elektrik tak ada, air paip tak ada, line handphone pun tak ada. Bayangkan....!

Jiran belakang rumah aku.... orang tua umur dah 80 lebih, sekelamin.... dua-dua dah 80 lebih. Isteri pun dah uzur tak berapa boleh berjalan. Masa di pusat pemindahan, kakak aku call dia, nak tanya khabar berita.... orang tua ni ada dua anak yang duduk sekitar Kuantan.... masa air baru cecah lantai rumah, dia call anak yg pertama, rupanya nak sulong dia dah ada di pusat pemindahan. Dan pusat itu pula terkepung tidak boleh kemana-mana. Bahkan kalau dapat keluar dari sekolah itupun, tak mungkin dia dapat sampai ke rumah orang tuanya.... air cukup dalam di tengah jalan. Masing-masing terkepung.

Dia call anak kedua yang duduk di tempat lain.... Pun sama jugak... anak yang ni pun dah ada di pusat pindah banjir dan terkepung juga. Bayangkan masa tu semua penduduk taman tu dah pindah.... tinggal dia sekelamin dalam rumah... dia nak keluar dengan kereta pun dah tak lepas.... kat jalan keluar dalam taman perumahan itu air dah separas pinggang.... air naik sedikit demi sedikit.... masa maghrib, air dalam rumah dah tenggelam buku lali.... masa ni boleh kata semua penduduk dah pindah, kecuali orang tua ni sekelamin je... lepas Isyak, air dah naik satu kaki..... (lorong ini paling lambat air naik.... di lorong lain, masa tu, air dalam rumah dah paras dada)..... Akhirnya, lepas pukul 12 malam dah, ada trak askar mari ambil dan hantar ke sekolah berdekatan.... (mungkin menantunya yang bersusah-payah lapurkan kpd pihak berkuasa).

Bila banjir dah surut, sebahagian besar mangsa dan balik ke rumah masing-masing, jalan ke pusat perpindahan dah clear, tak ada air walau setitik pun tengah jalan..... bila suratkhabar dan tv dan war-warkan, bila dapat tahu wartawan dan pemberita tv ramai ke tempat banjir, maka berbondong-bondonglah kenderaan berebut-rebut membawa bekalan macam-macam ke tempat pusat perpindahan banjir.... dengan lori pick-up nya, dengan van nya, trak, bas, semua ada.... ada yg bawa beras, roti, pakaian, selimut, toto, maggi, panadol... macam-macam, semua ada..... ada yang konvo dari KL sampai 20 buah kenderaan 4x4... pada kenderaan siap tulis banner besar-besar, dari pemuda parti melayu lah, dari jabatan itu lah, agensi inilah, atas nama misi bantuan banjir....!

Wartawan pun berkejar-kejar pergi ke tempat yang terlibat dengan kunjungan rombongan yang hantar bantuan itu.... ditemuramah ketua misi.... cakaplah begitu begini untuk nak bagitahu mereka turut simpati dengan mangsa banjir. Banyak sangat kalau nak cerita.... tapi cukuplah setakat ini.



Pssst: aku tak edit satu patah perkataanpun. Namun yang aku nak habaq…cerita sebegini kami dah lalui lama dulu lagi. Tapi sebab berlaku di tempat kami yang miskin itu, ada sesiapa nak tahu ceritanya? Tak ada. Dan kisah ini ulangi semula apa yang pernah kami rasa dulu-dulu…tapi di negeri yang lebih maju. Pada tahun millennium. Pastinya Nampak macam ajaib!

Mungkin ada yang akan kata Jangan Politikkan Isu Banjir. Ya...kalau kalian rasa isu ni isu politik, maka politiklah ia.

 


Mimpi Semalam


Sebenarnya bukan betul-betul semalam…tetapi beberapa malam yang lepas.

Mimpinya sangat mudah; aku terima sms dari seseorang dan dia minta maaf.

Namun ceritanya tidak semudah permohonan maaf itu.

P.RAMLEE & SALOMA - MALAM KU BERMIMPI



Sayangnya bukan kanda yang kulihat dalam mimpi itu huh u huhu

Yang pasti…hati memang menderita. Kesan perbuatannya belum benar-benar bebas dari hidup aku selepas 4 tahun. Ya…biarpun selepas empat tahun.

Semoga Allah merahmati dia.

Semoga Allah berikan aku lebih banyak kekuatan.

Semuanya hanyalah mimpi, akupun masih rasa seakan bermimpi dengan setiap apa yang berlaku. Dan hidup, adakah sebuah mimpi?


Isnin, 9 Disember 2013

Miskinkan diri di The Big Bad Wolf Book Sale 2013


Ini iklan tidak berbayar ya…

Bagi pencinta buku, mereka tertunggu-tunggu The Big Bad Bad Wolf Book Sale yang buka 24 jam tanpa henti. Sapa kata jual buku tak leh 24 jam? Sapa kata kedai mamak dan seven eleven je mampu 24 jam hu huhuhuhu Sekarang sedang berlangsung hingga 15 December di MIECC, Mines Seri Kembangan. Maklumat lanjut sila tengok gambar banner ya…malas nak taip semula.

iklan the big bad wolf

pandangan dari atas, hanya separuh je panjangnya ni...


Aku tak planpun nak pergi sana walaupun aku kutu buku. Sebabnya mudah sahaja. Dua tiga bulan ni perbelanjaan bulanan agak lari sikit dengan banyak benda yang tak dijangka. Makanya, bila tetiba TERsampai di jualan The Big Bad Bad Wolf Book Sale ni…melayang jugaklah RM105 dengan 18 buah buku berjaya aku punggah.

Namapun ulat buku, makanya tak sahlah tak beli buku walaupun masih banyak koleksi buku yang aku beli Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang aku beli masih cantik berbalut di rak. Yang penting beli dulu ya…baca kemudian tak apa hu hu huhu





Malas cerita panjang, makanya entri ini aku tulis untuk mengingatkan rakan-rakan yang ulat buku supaya turut sama memiskinkan diri di The Big Bad Bad Wolf Book Sale 2013 biar mereka juga turut papa kedana macam aku selepas beli buku. Ada agenda jahat terserlah di situ ya…

Nikmati ajelah gambar-gambar dari telefon cap ayam serama aku tu…


ohhhhhh! I Love You too

buku yang manis




Opsssss! terima kasih!

comey dak reka bentuk kulit buku ni?



semoga kerjaku jadi lebih GREAT







tang kepala nemo tu sebenarnya kain berbulu...ada lubang tang situ, korek keluar baru nampak kepala nemo

Inilah berjaya dirembat... semuanya RM105

4 biji untuk Si Ain di kampung, kalau dia tau...mesti teruja! Saje nak bagi saperais!


antara isi buku atas tu...seronoklah Ain baca bila bergambar

Ain kata English dia lemah, exam lepas dapat B je...makcik bagi novel ni suh dia baca hu huhuhu

Ini mak cik punya...entah tahun bila sempat baca

daku memang klasik hu huhuhu

bulan lepas jenuh cari pasal pemanasan global, tetiba jumpa buku murah ni...

inipun dah lama cari...kalau boleh nak belajar menyumpit juga.

susah nak jumpa ni....

antara kandungannya kat dalam...

kaunter bayaran guna kredit kad memang melimpah ruah...panjanggggg walaupun banyak kaunter

daku rakyat marhaen...bayar cash je. Sekejab je beratur dah siap!

Pada tahun ni lebih banyak buku-buku bahasa Melayu turut dijual. Kalau novel-novel tu berharga RM5 sahaja. Nak semak buku apa yang ada kat sini silalah ke website The Big Bad Bad Wolf Book Sale ataupun di facebook Big Bad Bad Wolf Book Sale


Selamat jatuh miskin huh u huhuhu


Ahad, 8 Disember 2013

Pagi 3 Kereta Lamborghini Terbakar, Petang Kemalangan Maut 6 Kenderaan


Tengahari kelmarin dah tersebar gambar kebakaran 3 Kereta Lamborghini dalam kemalangan di Kilometer 259 arah utara Lebuh Raya Utara Selatan dekat Seremban.

Semua kereta itu milik rakyat Singapura yang berada dalam konvoi lima buah Lomborghini ke Kuala Lumpur. Salah satu kereta itu dipercayai hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan di tengah lebuh raya menyebabkan dua lagi kereta berlanggar dalam kemalangan pada kira-kira pukul 9.57 pagi.

yang hitam tu nampak seksi kan?

Nahas itu menyebabkan kesemua tiga kereta lomborghini itu terbakar. Nasib baik tidak ada yang cedera dalam kemalangan itu kerana semua pemandu dan penumpang berjaya menyelamatkan diri keluar dari kereta. Petangnya tersebar video kebakaran Kereta Lamborghini itu di Facebook.

Petang semalam aku terbaca di FB tentang kemalangan antara kancil dan Grand Livina di Kota Bharu menyebabkan kematian tiga orang termasuk seorang bayi. Tengah malamnya terbaca lagi tentang kemalangan membabit enam kenderaan di Km244.6 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah ke selatan.



Tiga termasuk bayi maut dalam kejadian jam 4.45 petang itu. Pemandu bas persiaran warga Singapura Ahmad Zaki Kassim, 33, dan Rasidah Abdul Latip, 30, yang menaiki kereta jenis Perodua Myvi meninggal dunia di tempat kejadian manakala anak Rasidah yang berusia 10 bulan meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Melaka. Suami Rasidah, Khairul Nazri Yusof, 34, dan seorang penunggang motosikal berusia lingkungan 30-an cedera parah dan kini dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban.

Kemalangan berlaku apabila sebuah lori tangki dari Seremban menuju selatan dipercayai hilang kawalan dan berpusing, kemudian kemudian merempuh kereta Myvi yang dinaiki Rasidah bersama suami dan anak mereka serta dan sebuah teksi.
kereta myvi penyek antara dua lori...subhanallah!

Kereta Myvi yang dipandu Khairul Nazri terperosok di belakang lori tangki itu sebelum dirempuh pula sebuah teksi. Tiga kenderaan lain iaitu sebuah lori 16 tan, sebuah bas persiaran dan sebuah motosikal yang mengekori dari belakang turut merempuh lori tangki itu.

Bas persiaran yang tidak berpenumpang dipandu Ahmad Zaki, melanggar bahagian badan lori tangki berkenaan sebelum lori lain yang membawa bahan binaan dan sebuah motosikal turut melanggarnya.

Komen aku: DariNya kita datang, kepadaNya jua akan kembali. Alfatihah. Semoga roh mereka ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman. Aminnn.

Kepada rakan-rakan yang melakukan perjalanan musim hujan ni, sentiasalah berhati-hati. Semoga perjalanan anda selamat.