Selasa, 5 Julai 2016

Lepas Tu… Iklan Raya TNB 2016

Prinsipnya, Tiada kesalahan yang tidak dimaafkan.

Setiap tahun kita rindukan iklan raya jenis comel-comel cenggini. Tahun 2014, Iklan Raya Aidilfitri TM berkisar tentang ADIK.



Tahun ni TNB pulak buat iklan raya pasal Din pulak, tapi…temanya sama juga. Budak-budak yang nakal tapi comel! Moh kita tengok iklan raya TNB 2016; Lepas Tu



Comel kan? Hari raya untuk gembira, walaupun adakalanya tetap ada sedih.

Isnin, 4 Julai 2016

Selalu Di Hati, Iklan Raya MYDIN Malaysia 2016

Iklan raya MYDIN Malaysia diinspirasikan dari kisah benar katanya. Jom kita hayati;



Ya, bila dah kehilangan…baru kita rasa macam mana peritnya rasa itu. Belajarlah untuk lebih menghargai pada Syawal yang mulia ini.

Ahad, 3 Julai 2016

Erti Raya, Iklan Raya Maghfirah 2016

Apa ertinya hari raya?
Tiap orang ada erti yang tersendiri.



Sementara masih ada mak ayah, moh lah kita balik kampong raikan Hari Raya bersama mak ayah.

Sabtu, 2 Julai 2016

Rumah Untuk Abah


Masa kecik-kecik, dia tengok kesusahan ayah dan berazam untuk beli rumah untuk ayah dan mak. Dia belajar masuk U, tapi, bila dia kahwin tanpa restu, dia dihalau dari rumah.



Itulah makna hari raya.

Mmmmm sendu jugaklah. Walaupun tak jadi kat ambo, tapi terkesan sebab berlaku kat orang yang terdekat. Apa-apa jadipun, ibu bapa tetap betul. Kita tetap anak.

Jumaat, 1 Julai 2016

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin


Ketika entri ni kalian baca (kalau baca waktu diterbitkanlah, kalau baca petang tak aci tau!), maka ketika ini ambo dah pun berada entah tengah hutan belantara mana. Hah? Apasal pulak? Cari buluh nak buat lemang ke?

Hari ni, insha Allah sebelum subuh ambo akan mula gerak untuk balik kampong halaman di negeri paling miskin nun. Maklumlah, negeri miskin, jadi kena gerak awal-awal pagi sebelum subuh. Cadangnya akan bersubuh di Genting Sempah, kalau TERlambat sikit turun, akan subuh di Gombak.

Balik Kampung – Sudirman Arshad



Ishhhh! Memang ambo akan turun dari rumah awal-awal pagi sebab nak elak jem orang pergi kerja di Pandan dan Ampang. Jadi kalau berjaya lepasi dua tempat ni sebelum berlaku kesesakan, satu nikmat tak terhingga tau. Bolehlah jimat masa sikit...errr, bukan sikit masa dijimatkan, tapi banyakkkkkk!

Jadinya, sempena Ramadhan yang kian ke penghujungnya dan Syawal yang kian menghampiri, ambo ambil peluang menyusun 10 jari memohon maaf zahir batin andai sepanjang kita bermesra di blog dan FB, ada gurau senda ambo melampaui batas, ada sindir pesan ambo yang menyakitkan hati. Ambo hanya insan biasa sahaja.

Andainya, ambo masih lagi ada TERhutang dengan sesiapa yang belum bayar, lupa nak bayar, tak ingat nak bayar, mohon tuan empunya diri hubungilah ambo dan beritahu. Insha Allah ambo akan bayar dengan kadar segera, sebab ambo tak mau mati dalam keadaan berhutang.

Kepada semua, semoga selamat sepanjang perjalanan balik ke kampong halaman. Pandulah dengan selamat, berhati-hati di jalan raya. Kampung tak lari pergi mana eh, ingatlah keluarga tersayang.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin