Rabu, 23 Mac 2016

Peminat Misteri



Dah lama jugak tak dapat panggilan hangit serupa ini. Peminat Misteri. Tetiba petang semalam, dapat panggilan yang buatkan aku rasa macam popular pulak huhuhuhu Gini ceritanya:

Telefon nyanyi lagu Gerua, ambo tetiba rasa macam Kajol nak lari-lari tepi laut sambil angkat skirt, dengan air memercik di kaki. Selepas jawab salamnya, maka terjadilah dialog seperti di bawah;

Dia: Saya Z, peminat awak
Ambo: Err…er…errr…
Dia: Awak ingat lagi tak, kita bertembung di pintu tandas dulu…

Alahai! Tandas itu memang unisex, tiap hari ambo bertembung dengan orang bukan sama jantina. Apa nak heran pun.
Ambo: Err…er…errr…
Dia: Saya nak berkenalan dengan awak ni…kampong awak kat mana ya?
Ambo: Err…er…errr… nak berkenalan dengan saya ke nak berkenalan dengan kampong saya?
Dia: Nak kenal dengan awaklah. Nak hantar orang merisik.

Sudah! Makhluk mai dari manapun aku tak tau ni.
Ambo: Err…er…errr…

Menakutkanlah pulak. Tetiba rasa macam tak selamatlah pulak. Masih fobia dengan peminat misteri lepas. Semua maklumat ambo dalam tangannya. Alahai! 

Tetiba muncul tajuk telemovie baru di benak “Cinta berputik di pintu jamban”

Mentang-mentanglah baru belajar cara tulis skrip drama telemovie, semua benda nak buat tajuk huhuhuhuhu

Adusssss!!!! Stress!!!

Selasa, 15 Mac 2016

Masa Menunggu di Hospital Serdang Makin Singkat



Ini kisah pagi semalam, 14 Mac 2016. Hari temu janji dengan doktor hensem di Hospital Serdang.

Bila ada temu janji dengan doktor di Hospital Kerajaan seperti Hospital Serdang (sebenarnya hospital ni di bawah UPM, sebab dekat, aku redah je pergi. Nak pergi hospital bawah UKM nunnnn di Cheras sana, HUKM...fuhhhhh tarik nafas dululah pepagi memang jem, parking pun tersangatlah payahnya!), biasanya memang separuh hari akan habis masa untuk menunggu sahaja. Bacalah entri pertama kali jumpa doktorhensem di hospital Serdang. Jadinya, aku dah bagi pelajar kuliah aku di UKM tu buat perbincangan sendiri dalam kumpulan mereka. Silalah berbaik sangka ya mereka berbincang, bukannya tarik selimut selepas Subuh (kelas bermula 8-10 pagi). Sekarang zaman IT, dok dalam selimut pun boleh berbincang pakai wasap segala!

Biasanya jam 6.45 aku turun dari rumah, ambil masa 10 minit untuk sampai ke Hospital Serdang. Semalam, 6.40 aku dah hidupkan enjin kereta, kemudian masuk rumah potong epal dan angkut 2 biji ban untuk sarapan di tempat letak kereta nanti. Sebab turun awal, dalam jam 6.50 pagi dah sampai perkarangan hospital serdang. Jadi, buka bekal makan buah sikit, makan ban seketoi. Lupa minum air huhuhuhuhu
 
pepagi, mereka ceria dan mesra...macam seronok pulak pergi hospital
Masuk ke kaunter pendaftaran, dah ramai yang dapat nombor. Walaupun kaunter pendaftaran buka jam 7.30 pagi, tetapi kaunter untuk ambil nombor buka sebelum jam 7.15 rupanya. Jadi, orang yang beratur untuk ambil nombor tu pun tak ramailah berbanding sebelum ni. Aku beratur dalam 10 minit jugalah sebelum sampai ke staf yang bagi nombor tu. Tapi, salah kaunter rupanya. Rupanya sistem mereka dah berubah sejak Januari 2016. Haaaaa sapa kata hospital swasta lagi bagus dari hospitalkerajaan? Aku pernah tersadai 4 jam di lobi hospital swasta, rasa macam nak baring kat lantai dah!

Terpaksalah aku pergi daftar ke kaunter Orthopedik, tunggu sekejab kemudian masuk ke ruang menunggu bila dapat nombor 2005. Dalam jam 8.30 pagi nombor dah naik. Jumpa doktor hensem beberapa minit (sepatutnya jumpa Mr. Khai yang pakar tu, tapi sebab dah ok banyak sangat banding awal-awal kena dulu, malas nak tunggu Mr Khai hensem, mana-mana doktor pun ok. Mereka mengaji perubatan bertahun-tahun, bukannya belajar guna GOOGLE, ya dak?), jam 8.45 pagi dah berada di bahagian farmasi untuk ambil ubat. Ubat tahan sakit dah tak mahu makan dah (Errrr sori Doc, ambo TERmengajar doktor pulak tak mahu makan ubat tahan sakit huhuhuhu), hanya nak ubat saraf je. Cakap dengan doktor, baki masih ada dan dah tak makan, kalau ambik juga kesian kat orang lain yang lagi perlu....alamakkkk!!! doktor senyum dengan manis sekali. Alahai!!! Cair hatiku! Syahdu lah pulak bila jumpa doktor yang baik-baik cenggitu. Mungkin sebab selama ni jarang jumpa doktor encem kot huhuhuhu kesian!

Kesimpulannya, bahagian pengurusan sentiasa mencari cara terbaik untuk kemudahan bersama. Mereka bukan saja-saja je nak menyusahkan kita sebab mereka pun turut susah. Namun nak puaskan hati semua orang yang jumlahnya ribu riban setiap hari, memanglah sangat mencabar. Mungkin, pada masa hadapan, mereka boleh atasi masalah kekurangan parking pula. Sebelum tu, kenalah kita berkerjasama juga. Kesian abang-abang dan kakak-kakak pengawal di kawasan parking tu, janganlah dok marah dan maki mereka. Mereka hanya jalankan tugas, kita yang pergi tempat orang ni apa salahnya mudahkan sikit kerja mereka.  

PSssTTT: Aku harap, masa menunggu orang lain juga semakin singkat, bukan aku je. Errrrr semalam terlebih calit lipstik, jangan kata sebab tu sudahhh la. Tapi, kat kaunter tu adik misi yang manis uruskan, bukannya adik misi encem. Mmmmmm

Jumaat, 4 Mac 2016

Misi Tumbangkan Najib?



Wah!
Ada siaran langsung sidang media Mantan Perdana Mneteri, Tun Dr Mahathir bersama pemimpin pembangkang dan NGO. Katanya Misi Jatuhkan Najib.

Entah apakah kejutan yang diumumkan oleh Tun Mahathir dalam sidang media ini sebab ambo tak sempat nak tengok siaran langsung secara online tersebut. Ada sesiapa nak kongsi tak?

Kalau ikut Tun Mahathir, Kehadiran pemimpin parti dan NGO pada Majlis Deklarasi Anti Najib adalah atas kapasiti rakyat dan tidak mewakili mana-mana parti politik. Tujuan majlis deklarasi berkenaan adalah bagi mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melepaskan jawatan yang dipegangnya kini selepas terpalit denggan beberapa isu skandal.

Alamak, berita panas ni! Apa dah jadi!
Nampak gayanya kenalah tengok Berita TV malam ni. Petang-petang sikit ada kot keluar berita.

Rabu, 2 Mac 2016

Cinta Hingga Ke Jannah

Wahhhhh!
Terubat rindu dengan abang-abang hensem KRU ni…
Best lah pulak lagu mereka Hingga Ke Jannah ni…liriknya syahdu gila!

"Hingga Ke Jannah" - KRU (LIRIK)

Dalam setiap mimpi, kita saling mencintai...
ke akhir nanti, setia berdua hingga ke Jannah



Dalam setiap doa, namaku tak akan kulupa
Semoga kita, setia berdua hingga ke Jannah…



Insha Allah semoga cinta kita semua bawa hingga ke syurga.


Selasa, 1 Mac 2016

Padanlah Selalu Sakit! Jeleslah Tu!

Sekarang ni ramai dok cari sebab mengapa ramai wanita atau lelaki lambat kahwin, malah ada yang tak kahwin langsung pun.

sebab lambat kahwin
Ikut kajian konon lewat kahwin berpunca dari nilai hantaran yang tinggi. Memang gini ek? Tradisi keluarga kami tak ada pulak letak nilai hantarannya sebegini;



Orang kata ambo terlalu memilih. Ambo akui pun. Ya lah, nak buat laki bukannya macam beli ikan di pasar malam, belek-belek tengok matanya merah ke tidak. Belek-belek tengok perutnya terburai ke tidak. Kalau mata biru hijau macam Aiswarya Rai boleh beli. Kalau pinggang ramping macam Sarimah baru boleh beli. 

Nak pilih orang lagi susah dari nak pilih ikan. Ada masa muka memang kacak segak dan badan kemain sado, tapi mulut tak berhenti hembus asap rokok atau vape. Fuhhhhh! Alamatnya nyamuk aedes tak bersarang lah rumah ambo. Tak adalah kena demam denggi, ya dak? 

Namun memilih untuk dibuat suami juga ada banyak kategori. Ada yang kata kena tengok poketnya kembung ke kempis, ada berapa banyak kilang dia perintah. Betul jugak begitu, namun kalau harapkan poket je kembung tapi dada kempis, tak boleh jugak. Selama mana nak tahan untuk kempiskan poketnya, kena pulak yang jenis kedekut tangkai jering taik idung masin….huh uhuhu alamatnya mati beraganlah macam kata Mek, macam mimpi gitulah.

kena bebel dengan doktor hensem huhuhuhu
Namun sebenarnya, antara perkara yang sangat perlu untuk dipilih adalah “adakah dia serius untuk halalkan sebuah ikatan?” kalau tak ada ciri-ciri pun nak halalkannya, baiklah blah aje. Buang masa sahaja tunggu buah yang tak gugur tu. Usia semakin bertambah, rambut makin memutih uban dan mati makin dekat, namun dia masih lagi leka nak berdating menting keluar tengah-tengah malam nikmati keindahan neon kota. Rasanya, orang gitu memang tak perlu ada dalam list ambo. 

Maaflah, ambo memang memilih! 

Kalau dah memang bukan pilihan ambo, memang ambo ngelak untuk buang masa.