Isnin, 1 Februari 2016

Azam 1 Februari

Dah pun bulan Februari. Cepatnya masa berlari, tak terkejarkan. Rasa baru hari pertama tahun baru.

Setiap hari dok pulun siapkan kerja tetapi kerja itu tak pernah pula siapnya. Sehingga malam pun sebegitu banyak lagi senarai kerja yang nak kena pulun. Begitulah kehidupan orang yang kerja ikut masa yang fleksibel. Orang memandangnya Nampak seronok, aku yang menanggungnya fuhhhhhhh dari awal tahun hingga berganti tahun target tak pernah tercapai serratus peratus! Okeh, itu kelemahan aku menguruskan masa!

Setahun dua lepas aku berada pada tahap kritikal sebenarnya. Semangat macam tak ada langsung. Walaupun Nampak macam aku kuat sahaja, positif sahaja tetapi nilai positif dan kekuatan tu tak sampai separuhpun. Nilai kekecewaan dan putus harapan tu lebih tinggi kot. Namun orang kata hidup perlu diteruskan juga. Aku bertatih bina semula kekuatan. Setiap awal tahun akan susun apa yang perlu disiapkan sepanjang tahun mendatang dengan semangat berkobar. Akhirnya, hujung tahun tidak juga sepenuhnya pencapaian aku.Jadi, tahun ni kena lebih gigih!

Sempena Hari Wilayah hari ni...Inilah Kuala Lumpur lama masa dahulu, suara latar: P.Ramlee



Namun, apa yang melegakan berbanding tahun-tahun sebelumnya, tahun lepas aku dah Berjaya langsaikan hutang belajar dengan UKM. Sekalipun lambat, aku siap juga macam siput babi sahaja menapaknya. Alhamdulillah. Itu juga yang aku cita-citakan sejak dulu lagi. Namun, kita hanya merancang, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Redha sahajalah. Dah selesai yang tu, sebenarnya aku masih sambung lagi pengajian secara separuh masa, juga di UKM. Yang ni untuk tambah ilmu, yang untungnya tetap ada kad pelajar, tetap terima voucer buku dan tak payah bayar yuran. Makanya, nikmat mana lagi yang nak didustakan ni? Silalah bersyukur, Anyss wehhhhhh....orang lain payah nak dapat peluang keemasan sebegini.

Semoga tahun ini (patutnya entri ni ditulis sebulan lepas huhuhuhu) aku akan bangkit semula macam harimau lapar auummmmmm! Moga-moga tahun ini segala perancangan aku tercapai sepenuhnya (walaupun dah sah-sahlah aku yang tamak ni akan senaraikan KPI panjang berderet). Namun, apa yang lebih aku harapnya, semoga aku beroleh keikhlasan dalam setiap perkara yang aku buat. Moga-moga semua kerja aku ini menjadi ibadah yang memanfaatkan orang lain. Memanfaatkan negara.

Senja di Kuala Lumpur Broery Marantika



Dan moga-moga tahun 2016 ini aku lebih menikmati sebuah kehidupan. Semoga aku menjadi manusia normal yang tidak kufur nikmat dengan hambakan diri untuk kerja semata-mata. Dan juga…moga-moga tahun ini aku lebih kurus huhuhuhu serius ni, semoga berjaya tuan punya diri. Silalah gigih telan buah berkoyan-koyan...mmmmm nak sihat ni kosnya memang tinggi!

PsssT: pagi-pagi dapat megi cup kari dan revine percuma mmmmmmm itu ajelah kot sarapan orang marhaen alahaiiiii

Jumaat, 29 Januari 2016

Ambo Janji Pulangkan Balik



Dialog Hari ni:
Dia: Boleh bercakap dengan Puan Anyss (nama dah kena ubah)
Ambo: Yaaaa saya…boleh saya bantu?

Hari ni Jumaat, tetiba bersopan santun pulak jawab telefon huhuhuhu
Dia: Kami dari agensi pelancongan blab la bla…kami nak bagi offer penginapan kepada Puan dan keluarga…

Belum sempat dia habis cakap aku dah potong;
Ambo: Maaflah, tahun ni ekonomi tak berapa cantik, kami tak pergi jalan mana-mana

Dalam hati sebenarnya masih berharap untuk pergi mana-mana rehatkan minda tahun ini. Ada sesiapa nak derma tak? Ambo janji, kalua ada lebih, ambo akan pulangkan balik.

Betul ni! Janji!

Khamis, 28 Januari 2016

Teks Penuh Ucapan Pengubahsuaian Bajet 2016

Katanya hari ni akan dibentangkan Pengubahsuaian bagi Bajet 2016 yang lalu diadakan Majlis Perutusan Khas Pengubahsuaian Bajet 2016 di Putrajaya. Terdapat 11 Langkah Pengubahsuaian Bajet 2016 yang baru diumumkan PM, antaranya adalah;

1. Mengurangkan potongan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak tiga peratus yang dilakukan mulai Mac ini

2. Kerajaan akan memberi pelepasan cukai pendapatan sebanyak RM2,000 kepada pembayar cukai individu berpendapatan RM8,000 sebulan ke bawah, untuk tahun taksiran 2015. Ia memanfaatkan seramai dua juta pembayar cukai;

3. Mengurangkan kos harga barangan keperluan harian rakyat;

Ketika mengumumkan pengubahsuaian Bajet 2016 hari ini juga PM mengumumkan pelaksanaan program MyBeras yang mana setiap keluarga miskin tegar yang berdaftar, akan dibekalkan 20 kilogram beras setiap bulan. Langkah ini diambil sehingga Disember ini bagi mengurangkan bebanan hidup keluarga miskin.

Baguslah macam tu. Nanti tak adalah rakyat Malaysia kebuluran hingga bocor urat perut sedangkan ramai mat Bangla makin lama aku Nampak makin membuncit dah perut mereka. Ini tak ada kaitan dengan semangat perkauman ya…ini contoh semata-mata.

Dalam pindaan ubahsuai Bajet 2016 juga terdapat perkara berikut;

4. Kesemua penjualan rumah berharga RM300,000 ke bawah ditetapkan hanya untuk pembeli rumah pertama sahaja serta tawaran pakej pembiayaan rumah rakyat berharga RM35,000 ke bawah melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Bank Rakyat;

Mmmmmm aku nak komen apa. Tak ada komen apa-apapun sebab rumah yang harga sebegitu memang dah pupus di Bangi ni. Reban ayam pun lagi mahal rasanya. Lagipun, memang tak cukup modal pun nak beli rumah huhuhuhu ada sesape nak derma tak? Aku janji, derma akan dipulangkan kalau lebih!

Nak tengok rakaman video Perutusan Khas Pengubahsuaian Bajet 2016, boleh tengok dalam video di bawah;



 Bagi yang nak menelaah TEKS PENUH ucapan Pengubahsuaian Bajet 2016 boleh download di link yang aku sertakan pada perkataan teks penuh tu ya...

Namun begitu, untuk hal di bawah ni…aku memang sokong sangatlah;

8. Kerajaan akan lebih berhemat dalam perbelanjaan terutamanya bekalan dan perkhidmatan;
Kat pejabat aku ni, tiap kali ada mesyuarat, telan je lah air kosong bawak sendiri dari rumah. Naik bocor usus aku sebab lambat sarapan sebab bila mesyuarat macam ni, memasing suka tunjuk pandai dok gebang je memanjang. Nak buat keputusan kecik pun ambik masa berejam, sedangkan biskut kering pun tak ada nak kunyah. Jadinya, bila kami yang marhaen ni hanya telan liur je dalam mesyuarat berejam tu, janganlah pulak pihak pengurusan tertinggi asyik melencong je ke luar negara pulak. Kang kena sumpah jadi kad kredit baru angpa tau!

9. Tumpu projek pembangunan yang mendahulukan kepentingan rakyat;

Sebagai rakyat yang marhaen, aku sangat mengharapkan hal seperti ini berlaku. Rakyat sepatutnya diutamakan, didahulukan…bukannya dicapatikan. Kemudahan asas kena tingkatkan; jalan raya, sekolah, pengangkutan awam, hospital…tu memang sangat-sangat diperlukan. Orang sakit makin ramai sedangkan hospital tetiba mengecil. Sebelum subuh lagi dah kena serbu beratur nak ambil nombor. Kalaulah setiap kawasan ada hospital, tak adalah sesak sampai perlu seawal tu. Ke memasing nak jumpa doktor hensem, tu pasal sesak? Di Bangi belum ada hospital ya walaupun di Serdang dah ada. Jadinya, silalah bina hospital barang sebijik dua di bangi dengan kaunter pendaftaran sesayup mata memandang luasnya, dengan tempat letak kereta berbelas hektar jaraknya. Tempat letak kereta yang luas itu memang memudahkan pengguna, pada masa yang sama boleh membantu orang-orang yang perlukan rawatan fisioterapi macam aku ni...jalan jauh, sampai je kat bangunan hospital terus sihat huhuhuhu 

Yang utama adalah: tiada berlaku pemberhentian penjawat awam atau pemotongan elaun penjawat awam seperti yang dok kecoh di media sosial dari hujung minggu lepas itu. Alhamdulillah. Kalau ada pun, aku bukanlah antara orang bertuah itu kot walaupun selalu jugak kena ugut cenggitu. Mmmmmm nak buat cemana, orang yang tahap keyakinan dia terlebih aras ni biasanya tak makan dek ugut, tak makan saman orang kata...adoi la!

Yang lain-lain tu korang carilah sendiri. Tak ada kaitan dengan aku, malas sikit nak tulis huhuhuhuhu

Jom sambung kerja…mmmm belum rehat tengah hari lagi ni, nak baring kejab. 

Hishhhhh! Dah nak habis waktu kerja pun aku belum sempat baring lagi ni. Haru betul…sapa kata orang kija gomen tu rileks je kerja dia?




Rabu, 20 Januari 2016

Nak Mengamuk Bertukar Warna Kulit Macam HULK



Bila usia kita bertambah, kononnya kita akan lebih matang. Harap-harapnya begitulah.

Hari ini, setelah usia bertambah lagi setahun dan sehari, aku jalani fisioterapi di Hospital Serdang macam biasa. Macam biasa juga jam 7 pagi aku sudah berada di perkarangan hospital Serdang, kemudian menikmati sarapan dalam kereta sambal dengar radio dan memerhati gelagat manusia. Jam 7.45 pagi baru aku melangkah ke dalam bangunan dan melihat kekalutan waktu pagi dalam Hospital Serdang tersebut.

Bila daftar di bahagian fisioterapi, boleh dikatakan 90 peratus adalah warga emas. Mereka ni santai dan ceria. Kalau ada yang muda pula, mukanya memang nampak stress. Ya, sakit bukanlah nikmat dan dah pasti membebankan. Namun, bila kita ceria, sebahagian besar dari sakit itu sudahpun terubat!

Hari ini, aku berjaya tahan diri dari mengamuk dan marah. Itu kelemahan utama aku. Takat terbalikkan meja tu tak perlulah hairan sangat, sudah kulakukan sejak sekolah menengah lagi.  Tak megahpun nak mengaku, namun keupayaan untuk mengawal perasaan marah itulah satu kemenangan besar. Bukan mudah. Dah terlalu lama aku usahakannya. Alhamdulillah, untuk kes hari ni aku berjaya. Situasi lain belum tahu lagi.

Aku hanya mengharapkan mampu atasi semua itu dengan baik sepanjang masa. Tak ada indahnya bila marah. Selain dari muka jadi tak ayu, jiwa juga tak tenteram. Namun, ada ketika yang lain…kadangkala rasa menyesal juga tidak mengamuk kerana kepalaku sebegitu mudah dipijak-pijak. 

Itulah dugaannya!

Selasa, 19 Januari 2016

Jelingan Maut Perempuan Jelita



Bila perempuan lawa menjeling tahap terbeliak biji mata, aku terasa hairan juga. Kalau aku ni lagi jelita dari dia, boleh juga aku katakana yang dia cemburukan kejelitaanku itu. Namun, bila aku yang dijelingnya ini hanyalah gagak di rimba, kerana apakah jelingannya itu?

Kalua lelaki, boleh juga kata dia sedang cari jalan nak usha aku, tapi…bila perempuan jelita yang menjeling sebegitu entah apalah yang buatkan dia bertingkah sebegitu sekali. Aku ini sudahlah bagai gagak di rimba, rakyat marhaen sahaja pula. 

Itu aje nak cerita pun. Hanya nak jadikan peristiwa dijeling perempuan jelita ni sebagai kenangan yang dicatatkan di sini. 

Mmmmmm tetiba rasa macam pelik pulak buat macam tu.Jomlah dengar lagu...

Hati-hati Amira Othman




Hati-hati dengan hatiku!