Khamis, 14 Mei 2015

Cara GST Bangunkan Rakyat




Pak menteri kata gst diperkenalkan untuk kebaikan rakyat. Maka aku pun percaya walaupun selepas berbulan diperkenalkan, aku tak jumpa pun tang mana murahnya barangan keperluan harian. Tak apalah, dah pak menteri kata, kita rakyat marhaen ni wajiblah percaya, ya dak? Kang dikira durhaka pulak. Tak pepasal kena sula!

Kata pak menteri, bila dilaksanakan gst, nanti akan lebih banyak kemudahan diperolehi rakyat jelata yang marhaen setaraf dengan aku ni. Kenalah percaya. Itukan kata pak menteri. Ya lah, betullah tu…bila kutipan harian hasil gst pun dah cecah hingga 42 juta, bayangkanlah bila dikumpulkan setahun. Fuyoooooooooooooooooooooooo banyak gilerrrr!!!! Dah tu, dah tentulah pak menteri akan bangunkan Negara Malaysia yang terchenta ni ya dak?

taHUn depan, terpacak kat Bangi sebiji hospital canggih. Berdesup aku boleh lalu jalan yang bertar licin tadak lobang sebesar hama pun kalau nak banding yang sekarang ni, gajah pun boleh tenggelam kat lopak air di tengah-tengah jalan raya. 
 
Isnin lepas, macam biasa kena tawaf 3 pusingan untuk ambik nombor, tahun depan kita ada hospital baru yang besar kan? Tak payah tawaf gini dahhhhhhhh itulah kebaikan gst!!
Dah tuai hasil gst nanti,  bukan setakat hospital dan jalan raya ada di Bangi, sekolah pun dah canggih. Tak perlu lagi cikgu panjat tangga tertonggek-tonggek dengan kasut tumit tinggi sejengkal tu, ada lif bagai dah. Bilik darjah pun dah ada econ, selesa budak-budak belajar. Bilik computer penuh dengan apple, bukannya computer buruk bermonitor besar tong tu lagi.

Haaaaaaa itu baru sekolah. Baru jalan raya. Baru hospital. Belum sebut benda lain lagi…malas aku nak sebut kang panjang entri ni komer jugak malas baca.  Pendek kata, tak perlu nak susah payah lagi dahhhh…dalam masa 2 tahun je ada rel MRT depan rumah aku. Tak percaya? Tunggu je 2 tahun lagi.

Semua itu kelebihan gst. Jadinya, silalah redha untuk bayar gst ya. Sila sedekah banyak-banyak kat gst demi pembangunan rakyat. Errrrr demi rel MRT depan rumah aku juga. Lepas ni aku tak payah dah bawak kereta, guna aje MRT, terus berhenti depan rumah. Keluar pintu stesyen MRT, terus masuk pintu pagar rumah aku. Bahagia hidup!!




Rabu, 13 Mei 2015

TOPUP RM10 dapat RM10



Kabinet hari ini bersetuju dengan cadangan Kementerian Komunikasi dan Mutimedia supaya kad tambah tambah nilai prabayar telefon bimbit yang dijual pada RM10 akan mendapat nilai RM10 apabila diaktifkan. Kata menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, kerajaan memberikan tempoh enam bulan lagi kepada semua syarikat telekomunikasi (Telco) untuk melaksanakan cadangan tersebut.

"Bermakna, beli RM10 dapat RM10 akan dilaksanakan pada Disember ini. Semua Telco telah dimaklumkan mengenai perkara ini tadi dan mereka bersetuju dengan tempoh tersebut. Cadangan itu bermakna cukai barang dan perkhidmatan (GST) untuk tambah nilai prabayar akan dikenakan atas penggunaan. Kerajaan berpandangan cara ini adalah lebih wajar kerana GST tidak akan dikenakan sebelum perkhidmatan digunakan," katanya 

Maknanya apa? Maaflah, aku ni kurang sikit ilmu matematik. Maklumlah masa SPM dulu gagal Matematik Tambahan. Ilmu mengira tak reti.

Persoalan aku, adakah hanya untuk jumlah RM10 sahaja je seluruh nilai tambah nilai yang lain?
Adakah GST akan ditarik dari jumlah topup bila nak guna, bersandarkan ayat “tambah nilai prabayar akan dikenakan atas penggunaan”. Caj perkhidmatannya kat mana? Bila kena bayar?

Aku guna topup RM30 untuk sebulan. Kalau guna RM10 tahan seminggu sahaja. Kalau nak topup setiap minggu, bermakna penggunaan untuk sebulan dah RM40 (4 minggu), sebab itulah aku guna terus yang RM30. Konon-kononnya untunglah RM10.

Tolonglah jawab untuk aku ni…sila jawab. Sila jawab. Jawab dalam ayat paling mudah ya...bagi mudah otak berjerebu aku ni faham.

Mmmmm yang pasca bayar pun mengsiput khinzir nak kemaskini blog...apalagi takat topup gitu. Alahaiiii negaraku yang maju, telco jugak memaslankan diri  huhuhu hu 


Khamis, 7 Mei 2015

Bulan Mei

Dahhhhhh Mei...bulan depan dah pertengahan tahun
Puasa pun dah dekat
lajunya bumi berputar
cepatnya masa berlalu
aku belum habis lelah lagi apa dibuat tahun lepas
aduhaiiii



Rabu, 29 April 2015

Sup Kepala Ikan Pok Mat

Kerana sup kepala ikan berharga RM130 hingga RM150 semangkuk yang dianggap mahal, makanya berlumba-lumbalah KPDNKK serbu kedai Pok Mat. Itu memang kerja KPDNKK untuk serbu premis perniagaan bila dapat laporan.

Makanya, berduyun-duyunlah yang memberi komen serata alam maya mencaci kutuk Pok Mat atau nama sebenarnya Nik Mohd Noor Muhamad sebagai pemilik restoren Sup Kepala ikan Pulau Pisang, terletak di Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB), Kelantan. Tak pepasal Pok Mat jadi kaya raya dok kutip pahala korang!!!
seketul ikan tu makan 3 orang tak habis hu huhuhu depa guna senduk dalam tu, bukan sudu yaaa

Tak apa Pok Mat, sup kepala ikan pok mat makin terkenal dah lepas ni. Insha allah rezeki akan bertambah-tambah selepas ini. Restoran yang beroperasi sejak dua tahun lalu menyediakan hidangan sup kepala ikan bersama teh tarik madu sebagai menu utama, selain lauk-pauk lain yang turut menjadi pilihan pelanggan. Dah rasa sekali, haaaaaaa tau lah nak kata mahal ke murah huh u huhu

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 57 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.
besar dan tebal isi ikan tu selain segar...kuah supnya mabeles hirup hingga habis

Cubalah google pengalaman ramai orang yang ditulis di blog, cerita pengalaman makan dengan meriah di kedai makan Pok Mat ni. Tanyalah sesiapapun yang pergi sini, belum ada yang komen kata tak sedap dan tak puas hati.

Mahal ke harga kepala ikan yang penuh mangkuk besar tu? Tahu tak sekeping ikan tu berapa harga? Tahu tak seketul kepala ikan mentah berapa harga di jual di pasar?

Bagi aku, bila Pok Mat dah pamerkan harga jualannya, jika tak mampu tak payahlah makan kat situ bak kata Pak Menteri kita. Pak Menteri kata masak sendiri lebh jimat huh u hu huh u Kalau di Bangi ni, mmmmm mehun goreng budus tu je pun dah RM6.90 huhuhuhu kalau macam sup kepala ikan Pok Mat tu, sah-sah lah reganya akan naik dua kali ganda. Ada berani nak makan? huhuh uhuhu
model teh madu ...rasa sekali terkenang-kenang bertahun lamanya...waaaaa rindunya!!!!

Ataukah kita sebenarnya sanggup je bayar mahal-mahal di restoren ada kelas walaupun kita sendiri tak pasti tahap kebersihan dan kesedapannya. Walaupun kita sendiri Nampak pekerja asing yang sediakan hidangan sambil lap peluh, namum bila kedai makan anak bangsa sendiri…macam menafikan hak kedai anak bangsa sendiri walaupun kesedapannya hingga menjilat jari kaki. Aku yang marhaen ini masih lagi tak faham tentang ni...

Terima kasih kepada KakLong Kawasan yang tahu aje kat mana tempat sedap untuk isi tekak.

Mahal sangat ke sup kepala ikan di kedai Pok Mat ni? Bagi aku makan di INSAF lebih menginsaf kan diri dari segi harganya. Aku tak sanggup dah nak masuk situ. Tapi...sangat terkenang-kenang untuk hirup teh madu Pok Mat ni, untuk hirup kuah sup ikan pok mat. 

Mmmmmm entri ini bukan iklan berbayar, aku hanya cerita apa yang aku nikmati. Sangat nikmat di anak tekak terutama bila kita makan beramai-ramai dan orang lain yang bayar. kan kan kan?

Selasa, 14 April 2015

Google dan Yahoo Malaysia kena Hacked

Perasan tak google Malaysia dan yahoo Malaysia kena hacked hari ni?

Aku perasan pun masa daftar keluar email gmail, tetapi keluar benda ni;


Blur sekejap. Risaupun ada. Maklumlah akaun gmail aku tu pun pernah digunakan untuk daftar akaun Instagram palsu aku yang aku sendiripun tak tahu budak sekolah mana yang buat. Memanglah dah buat report kat IG, tapi rasa risau tetap ada. Kot lah ada orang akan salah guna lagi. Banyak benda tak tentu boleh berlaku. Mmmmmm boleh rasalah juga macam mana geramnya bila ada orang buka akaun guna nama kita, tapi bukan kita yang betul. Ishhhh! berbelit pulak ayat!

Aku kongsi cerita ni dengan Cik Bintang. Dia kata google dia ok aje pun. Tapi, dia bagi tahu yahoo yang kena hacked. Terus aku buka yahoo Malaysia. Mmmmm memang yahoo Malaysia kena hacked, tapi…depa yang hacked tu tak ubahpun tulisan kat skrin tu masih lagi guna google Malaysia, hanya alamat URL kat atas tu je Nampak beza.


Lagi aku rasa cuak bila lambang line internet kat PC ofis ni tunjuk taka da sambungan internet, tetapi radio klasik yang aku dengan online okey aje. Tak sangkut apapun.

Harapnya tak ada jangkitan malware dan viruslah kat computer ni. Esok baru teknisen ada, hari ni dia pergi kursus. Ishhhhhh! Risau betul keselamatan fail aku ni walaupun fail berkenaan hak milik kerajaan Malaysia. Bila Google dan yahoo malaysia kena hacked, aku pun tak tahu kenapa aku pulak yang terlebih risau.

Selasa, 7 April 2015

Ketika Diri Tersepit



Adakala kita hanyalah batu loncatan
Diperlukan saat tersepit
Bebas dari sepitan terlupalah ia
Nasib baik bukan diterkam gonggong je,
maka bersyukurlah. 
Andai diri tidak beruntung...kepala boleh benjol dihentak batu

PssssT: ini bukan pantun huhuhuhu!!

Rabu, 1 April 2015

Tanda-tanda Ramadhan Semakin Dekat

Bila kurma mula dicari dek orang, itu antara tanda-tanda bulan Ramadhan atau bulan puasa dah semakin hampir...tak sabar rasanya!!!

mmmmmm bila tah nak ada kilang besau gini...

Yusuf Taiyoob antara jenama kurma yang terkenal...asal datang je Ramadhan, yusuf taiyoob diseru berkali kali huh u huhu

Rabu, 25 Mac 2015

Bil Air Paling Mahal Pernah Aku Bayar Sejak Beberapa Tahun Ni

Sejak beberapa lama, inilah bil paling mahal pernah aku bayar untuk kegunaan air di rumah ni...itupun baki bulabn lepas, renyah nak bayar huhuhuhu


Mmmmmmm aku mandi tau…tiap hari paling sikit dua kali sehari.

Isnin, 23 Mac 2015

Tiada Bahu Untuk Bersandar Masih Ada Dahi Untuk Bersujud

Bila tiada lagi bahu untuk bersandar, usahlah terlalu berduka kerna…kita masih ada dahi untuk bersujud.

Usahlah terlalu menyimpan harapan yang tinggi orang keliling akan memahami, kerana sebenarnya kita bukanlah sesiapa untuk difahami. Ngabihkan boreh aje!!!

dia tetap dipanggil siput babi walaupun tak ada kaitan dengan babi...jangan
membabi buta nak tukar namanya jadi siput khinzir, tetap babi jua disebut orang

Bila cara hidup kita berbeza dengan orang, jangan dok gedik nak bercampur sangat…diri juga yang terluka. Bebatlah sendiri lelas luka itu.

Selamat hari Isnin. Moga hari Isnin yang ini memberi lebih banyak makna baru untuk hala tuju hari mendatang. Hati, kuatlah!!

PssssT: ini entri sedar diri, tak ada kaitan dengan orang lain.

Selasa, 17 Mac 2015

Jet Eksekutif Perdana Menteri Baru

Dah lama tak ada entri baru. Nak panaskan enjin, kita mulakan dengan gambar dululah ya.

cantik tak jet peribadi ni?


Best kan kalau ada jet macam ni...boleh landing-landing atas gunung kinabalu!!!

Ikutkan Jabatan Perdana Menteri, pesawat eksekutif Airbus Corporate Jetliner (ACJ320) dibeli untuk menggantikan Boeing Business Jet (BBJ) yang telah berusia 16 tahun. kontrak pembelian ACJ320 melalui sewa beli untuk tempoh 15 tahun. Gamaknya, berapalah nak kena bayar tiap bulan kan???

Mmmmmm kayuh basikal pun mahal, bang toyyib!!!

Mmmmmmm sebenarnya, jet yang baru ke Perdana Menteri yang baru (sila rujuk tajuk)

 


Selasa, 3 Mac 2015

MC Chiken Chop Pun Bolehhh!!!!

Tak mau komen apa-apa, silalah baca sendiri ya...benda ni dah jadi viral disemua aplikasi media sosial



kesian kepada sesiapa yang menulis surat sakit a.k.a MC ni. 
Yang aku terima tu masih suci tanpa dipadamkan nama klinik dan alamatnya termasuk tanda tangan doktor walaupun tak jelas ejaan nama doktornya. Yang ni aku ambik di berita Mstar online, dah kena padam semua maklumat hu huhu huhu

Rabu, 28 Januari 2015

Manisnya Cinta...

Tak perlu ke Cappadonia pun boleh nikmati manisnya cinta...


Gambar ni aku jumpa di google, tak ada kena mengena dengan aku. Kalau tuan empunya diri nak saman, sila saman google dulu ya ;)

Selasa, 27 Januari 2015

Comey Gila Sinematografi Filem Haji Backpacker

Bukan nak agungkan filem seberang, tapi aku suka kerja ramai produksi filem Indonesia yang jadikan filem mereka indah melalui sinematografinya. Mereka buat penggambaran di tempat yang indah, maka keindahan itu dieksploitasi sehabisnya dan dimuatkan dalam hasil tangan mereka. Bukan nak kata filem atau drama kita tak indah tapi banyak yang aku Nampak mereka membazirkan keindahan sesuatu tempat tu. Ohhhh kalau aku komen banyak kang…baik simpan dulu komen tu huh u huh u

Dewi Sandra "Aku Pulang" | OST Haji Backpacker



Filem Haji Backpacker menjalani penggambaran di 9 negara: Indonesia, Thailand, Vietnam, India, Yunan, China, Arab Saudi, Iran dan…errr tertinggal Negara mana ni? Jenuh nak bilang hu huhuh u. Ceritanya mudah sahaja, kalau ikutkan sinopsis filem Haji Backpacker ni tentang seorang anak muda yang tak percayakan Allah bila ibunya meninggal. Semasa kecilnya, Mada seorang yang taat kepada Islam… mengaji, solat, tetapi bila ibunya meninggal Mada mulai meragukan Tuhan dan mempersoalkan alasan Allah mengujinya. Mada kemudian memutuskan untuk menjadi backpacker dan hidup bebas, abaikan Islam dan menjelajah banyak Negara tetapi semua yang berlaku dalam kehidupannya tetap memberi isyarat untuk dia kembali kepada Allah. Akhirnya, Mada pergi haji walaupun secara backpacker.

Fuhhhhh!!!






Pipik & Uje "Pergi Haji" | OST. Haji Backpacker


Kalau tengok Behind The Scene Film Haji Backpacker memang teringin nak tahu bagaimana filem sebenarnya secara keseluruhan. Ohhhh filem ini tak ramai pun pelakonnya, boleh dikategorikan sebagai filem budget, tetapi dengan penggambaran menjelajah banyak tempat begitu, aku tak pasti masihkah budgetnya terbatas.

Behind The Scene Film Haji Backpacker


Behind The Scene Film Haji Backpacker di Bangkok


Behind The Scene Haji Backpacker di India



Kalau anda seorang yang sukakan keindahan alam, sukakan pemandangan yang cantik dalam filem ini, silalah menontonnya. Tak perlu ke Indonesia, kat Youtube pun dah ada dimuatkan Haji Backpacker (2014) FULL MOVIE sepenuhnya. Skrin computer anda besar penuh dinding kan? Jom kita tontonnya hu huh uhu

Haji Backpacker (2014) FULL MOVIE





scene biasa je...tapi sinematografi tu punya makna yang besar
Dari sudut hati kecilku mengharapkan lebih banyak filem dan drama kita indah sebegini. Bazir masa, duit dan kos je buat penggambaran jauh-jauh di luar Negara tetapi keindahan sesuatu tempat tu tak dapat dinikmati sepenuhnya. Asyik nak letak muka pelakon je penuh skrin padahal scene lain kan dah muka depa penuh skrin. Sesekali, gabungkan dengan seni sinematografi yang indah kan bagus hu huhuhu

aku paling suka gambar ni...best wooooo makan dikelilingi gunung ganang huh uhu hu

Baik aku berhenti sebelum lebih panjang lagi bebel huhuhuhu


Jumaat, 23 Januari 2015

Penampakan Makhluk Halus

Penampakan Makhluk Halus atau biasa disebut hantu, roh...apa lagi? apa-apa ajelah asalkan dunia yang jarang kita nampak, memang ramai yang nak tahu walaupun sebenarnya seram nak tengok. Kalau alaminya sendiri lagilah kecut perut.

Hebat juga rancangan Di Masih Dunia Lain yang disiarkan TV Indonesia ni. Kira macam rancangan Seeker kat NYV7 satu ketika dulu tu lah. Rancangan cari hantu yang seram kononnya tapi dalam Seeker hantu tak muncul pun. Hantu Tak buat apa-apa pun dalam rancangan Seeker tu. Tapi dalam rancangan Di Masih Dunia Lain macam hantu kat Indonesia tu lebih ganas hu huhuhu

Nak tengok kisah hantu yang seram, jom tengok antara beberapa siri Di Masih Dunia Lain yang sangat seram ni;



Seram tak? Kalau tengok siang mana ada nak seramnya. Cer tengok memalam. Lagi bagus kalau tengok kat ofis malam-malam buta. Mau tak meremang bulu roma.

Macam mana? Berdiri bulu roma ke, anda yang berdiri? hu hu hu huh u

Manusia Seakan Binatang

Masha Allah. Maha suci Allah yang Maha mencipta. Subhanallah.

Sempena hari Jumaat yang mulia ini, marilah sama-sama kita insafi;



Lelaki Kurita di Filipina, Anak berEkor kera di India, Berkaki Katak di AS, Manusia gajah gara-gara melakukan rawatan kecantikan, anak bermata biru kehijauan dan kelihatan bersinar di dalam gelap, bayi berwajah katak dan Gadis berkaki unta.

Masihkah kita merasakan yang kita ini belum cantik? Belum sempurna?

Khamis, 22 Januari 2015

Iklan Rokok di Thailand

Ada tak sesiapa nak buat iklan macam ni kat Malaysia?



Rindu nak tengok iklan-iklan hebat macam dulu-dulu. Menusuk kalbu!

Rabu, 21 Januari 2015

Cara Pelajar Jepun Meniru Dalam Peperiksaan

Masa belajar dulu, aku pernah buat kerja sambilan jaga budak-budak UKM periksa. Bukan mahal pun, RM5 je sejam, tapi rasa macam dah mewah dapat kerja 20 hari huh u huhuhu hasil kerja sambilan tu lah aku guna untuk bayar yuran. Mmmmmm katanya aku tak layak untuk terima pinjaman pada masa tu. Maklumlah, tak cukup cerdik. Terpaksalah buat kerja sambilan.

Jadinya, macam-macam cara menipu dan meniru dalam peperiksaan aku jumpa masa tu. Tapi tak adalah canggih macam pelajar Jepun ni buat bila meniru dalam peperiksaan;



Sesuai sangat entri ni…musim peperiksaan kan? Alang-alang nak meniru kan, contohilah para pelajar bijak ni meniru. Ada berani? Hu hu huhuhu jangan kantoi udahlah ya!

Selasa, 20 Januari 2015

Stress Mak Tau!!!!

Huhuhuhuhu memang betul-betul stress mak Gorilla ni dengan telatah anaknya yang suka main.

Mak Gorila Stress dengan Anaknya



Sekarang ni, aku pulak yang stress hu huhuhu

Isnin, 19 Januari 2015

Nasi Lemak Shila Amzah

Sempena hari yang istimewa ni, apa kata kita main masak-masak…jom masak nasi lemak macam Shila Hamzah:



Sedap ke tidak nasi lemak Shila Hamzah ni…jangan Tanya aku. Aku belum buat nasi lemak macam dia buat…aku pi beli je huh uhuhuhu

Mmmmmmm kalau sarapan pulut kuning dengan sambal udang pun sodap jugaa kan????? Jom kita terjah Asam Pedas huhuhuhu

 

Sabtu, 17 Januari 2015

Kehebatan Pemandu Wanita

Minggu ni semua entri pasal kereta kan? Kan? Kan? Mmmmmmm peminat kereta nak buat macam mana. Minat tengok je, sebab tengok tak payah bayar huhuhuhuhu

Seluruh dunia mengakui pemandu wanita memang hebat di jalanraya. Tak percaya? Cuba tengok video berikut;



Hebat tak mereka? Mmmmmm pemandu wanita memang hebat, kecuali aku. Aku ni rabun dan terkial-kial je. Tak hebat la la la Perempuan yang tak reti parking kereta tu aku lah tu...

Jumaat, 16 Januari 2015

Hadiah Ferarri Untuk Ayah

Entri sempena hari Jumaat. Berjasa dan gembirakan hati ayah.

Hebat betul anak dia. Dahlah hensem gantang banget, sanggup pulak tu hadiahkan kereta mahal Ferrari kepada ayah sempena hari jadi. Jom kita tengok macam mana reaksi ayahnya terima hadiah sebuah kereta Ferrari pada hari jadi;



Bertuahkan?

Kalaupun tak mampu nak hadiahkan kereta mewah kepada ayah, selalu balik kampong pun dah gembirakan mereka kan?

Mmmmmmm ada sesape nak hadiahkan ferarri merah tak??? 

Khamis, 15 Januari 2015

Gaya Parking Kereta

Ingat senang ke nak parking kereta, lebih-lebih lagi kalau tempatnya sempit. Jom kita tengok video kompilasi cara ramai orang parking;



Hu huh uhuh u gamaknya lawak macam ni tak cara kita parking? Ke sehebat perempuan cantik parking kereta dengan bergaya tu?

Rabu, 14 Januari 2015

Cara Memandu Kereta Mahal

Begini caranya memandu kereta mahal ya…



Kita yang marhaen ni dah tentulah tak pernah nak bermimpi pun untuk memandu kereta sebegini walaupun bermimpi tu tak payah bayar huh uhuhuhu

Selasa, 13 Januari 2015

Cara Orang Kaya Parking Kereta

Fuhhhhhhh! Dahlah hensem, kaya pulak tu. Jom kita nengok macam mana machonya si hensem kaya ni parking kereta.



Nasib baik berangan tak payah bayar. Kalau tak…dah lama papa kedana aku asyik dok berangan jadi kaya hu huhuhuhu hu

Isnin, 12 Januari 2015

Pontianak Mengamuk di Gua Musang

Nama Gua Musang disebut sejak akhir tahun lepas bila sebahagian besar Bandar dan desa di daerah itu tenggelam dek banjir. Yaaaa tenggelam! Sebelum Kuala Krai, Manek Urai tenggelam, Gua Musang banjir besar dahulu. Akhirnya, Kelantan tenggelam!

Masa kecik dulu, tengok filem Pontianak Gua Musang ni pun dah boleh buatkan aku mengigau hu huhuhu macamlah takut sangat rupa pontianaknya tu. Namun, tersangat lama benarnya filem ni tidak lagi ditayang di TV. Jom kita imbau semula kenangan masa kecik dulu;

Pontianak Gua Musang (1964)



Giliran Suraya Harun jadi Pontianak. Filem klasik dahulu ada 4 seniwati jadi Pontianak (pontianak ori). Maria Menado filem Pontianak 1957, Dendam Pontianak 1957 dan Sumpah Pontianak 1958. Hashimah Yon filem Anak Pontianak 1958. Rokiah Jaafar filem Gergasi 1958 dan kini Suraya jadi Pontianak dalam filem Pontianak Gua Musang.

Satu lagi Pontianak yang belum confirm adalah filem Pontianak Kembali 1963. Ada yang mengatakan Norizan yang jadi Pontianak tu. Ada sesiapa boleh sahkan?

PssssT: masih belum mampu nak coretkan tentang banjir luar biasa besar yang melanda Kelantan. Jari belum kuat untuk menaip. 




Ahad, 11 Januari 2015

cara mudah jinakkan kambing

Binatang pun tunduk dengan ayat Allah. Kambing ni boleh dok diam bila dengar kata-kata Allah, kita macam mana ya;



Tiada kata-kata dah...sendiri fikirlah ya!