Sabtu, 6 April 2013

Apa Khabar Yang Berhormat


Ya…apa khabar Yang berhormat kita? Tengah garu kepala cari sponser? Tengah fikir manifesto parti? Dua-dua tu dah lama buat kan?

Petang hari ni…apa kata kita berhibur sikit, sambil berfikir:

Apa Khabar Yang Berhormat




Masa balik kampong musim cuti sekolah minggu lepas, ada jugak aku risik-risik (macam nak meminanglah pulak gayanya!) tentang calon-calon yang tengah hangat nak masuk calon bertanding tu. Dua-dua belah pihak aku selidik. Kenalah kita tahu siapa calon yang nak kita pangkah itu kan?

Nampak gaya, mereka punya pengikut yang tersendiri. Aku macam dah boleh teka siapa bakal menang berdasarkan reputasi yang baik dan cara dia bermasyarakat.

Jujurnya, kalau aku masuk bertanding kat kampong aku tu pun, aku memang pasti akan KALAH TERUK sebab aku ni bukan jenis orang yang dikategorikan sebagai “mesra alam” dalam budaya masyarakat tempatan. Jadi, kalau takat balik kampong untuk jadi calon masuk bertanding dalam pilihanraya sahaja, lupakan ajelah niat tu.

Memanglah mereka orang kampong, mereka tetap melayan kita dengan baik tak kira siapa kita. Tapi dalam bab memilih, mengundi atau memangkah calon, usahlah pandang rendah kepada kemahuan dan kemampuan mereka. Mereka juga bijak menilai.

Kepada semua pengundi, buatlah pilihan yang tepat.




Jumaat, 5 April 2013

Apalah Nak Jadi Dengan Aku Ni!

Renungan pagi Jumaat:

Entah kenapa, orang kita ni (aku la tuh!)
lebih gemar jatuhkan orang dari menyokong
lebih suka menyakitkan hati orang lain dari gembirakan
lebih seronok tengok orang lain gagal dari berjaya
lebih gembira ceritakan keburukan orang lain yang hanya sekali itu,
berbanding sejuta kebaikannya tak pernah kita sebut

Entah kenapa, orang kita ni (aku la tuh!)
lebih gemar mencerca maki orang lain berbanding memuji
lebih seronok mengeji berbanding nasihati
lebih suka berprasangka buruk berbanding berbaik sangka
lebih gembira orang lain ditimpa musibah berbanding mendapat laba
Entah kenapa, yaaa…entah kenapa orang kita ni (aku la tuh!)
lebih rasa bahagia bila orang lain ditimpa kesusahan…

Entah sampai bila kita ni (aku la tuh!) akan ubah sikap begini
Bukankah lebih baik kita (aku la tuh!) tengok orang lain senyum dari menangis
Bukankah lebih baik kita (aku la tuh!) tengok orang lain Berjaya dari gagal
Bukankah lebih baik kita (aku la tuh!) tengok orang lain kaya dari miskin papa kedana
Bukankah lebih baik kita (aku la tuh!) tengok orang lain sihat dari sakit
Bukankah lebih baik kita (aku la tuh!) tengok orang lain bahagia dari derita
Bukankah lebih baik kita (aku la tuh!) tengok orang lain positif dari negatif

Bukannya kita perlu bayarpun dengan semua rasa itu
Kedekut benar kita (aku la tuh!) ni kan?
Bagi semangat sekadar seayat positif yang menyenangkanpun payah
Yang hairannya,
Bersedia pulak untuk menjatuhkan semangat orang ke bawah
Mempersenda-sendakan usaha orang lain
Alahaiiiiii! Kesian betul untuk kita (aku la tuh!) yang begini!
Moga kita (aku la tuh!) yang begini cepat insaf
Dan sedar Allah itu hanyalah SATU





Khamis, 4 April 2013

Panduan Kepada Calon Pengundi Yang Pertama Kali Mengundi


Parlimen dah bubar. Ramai tarik nafas lega, tapi aku rasa macam sakit kepala macam nak migrin huh u huh u apa hal pulak kan? Macamlah aku pulak masuk bertanding.

Selepas pembubaran parlimen dan Dun dewan undangan negeri, dah tentu telinga naik pekak dengan macam-macam kerenah orang. Itu sangat biasa berlaku musim pancing undi, tarik undi, kempen undi macam sekarang ni.

Mana-mana parti akan kerja keras untuk menang.


Semak daftar pemilih online untuk mengetahui maklumat tempat mengundi anda


SEMAKAN Semak daftar pemilih melalui SMS
Masukkan No. K/P (tanpa tanda - )

Taip SPRSEMAKNo. K/P dan hantar ke 15888



Video ini dirakam khas untuk pendidikan para pengundi, terutamanya untuk mengetahui bagaimana undi kita dapat dilindungi daripada dikesan. Undi tu rahsia tau!


Video Panduan Tips Mengundi



Semoga video ini membantu setiap pengundi. Ketahuilah hak kita sebagai pengundi. Sila gunakan hak kita sebagai pengundi sebaiknya.





Kenapa Aku Perlukan Suplemen Makanan Tambahan Dalam Menu Harian


Semakin hari, usia kian meningkat. Aku ni kalau bab makan, memang sentiasa sahaja lupa. Kalau perut tak lapar, selalu sahaja lupa nak makan. Tangan dah tergigil-gigil baru teringat yang masih belum makan. Ada masa, makan tengahari pun dah jam 4 petang. Ada masa lain terbabas hingga malam. Orang tengah makan malam, aku baru ambil makan tengahari. Sila jangan ikut perangai tak senonoh ni.

Aku juga tak boleh minum susu. Banyak kali dah cuba minum, tapi kembang tekak dan akhirnya muntah. Tak tahan dengan bau susu lembu. Susu kambing lagilah tak boleh telan. Kalau paksapun, sekali dua je mampu telan, selepas itu akan dimuntahkan semula. Rugi je. Kalau tampal kat muka pun boleh buat jelita apa la la la

Walaupun aku cuba ambil susu yang ada perasa macam-macam, tapi akhirnya tetap membazir. Jadi aku akan berdepan dengan masalah tulang rapuh nanti. Tak tahu nak buat macam mana dah ni. Pernah dulu tukarkan susu dengan soya. Sekali dua boleh telan lagi, akhirnya soya tu buang je. Nasib baik boleh makan tau fu fa…Cuma, macamlah kerap sangat aku ke pasar malam. Kalau pergi pun selalu je lupa nak beli huh u hu banyak sangat alasannya ek?

Dahlah jarang makan buah, tak minum susu…aku jugak memilih makan sayur walaupun makan sayur tu macam satu kemistian untuk aku. Aku hanya makan sayur tertentu sahaja sebab dah terbiasa begitu. Bukan semua jenis sayur aku telan. Kalau dulu, setiap hari aku hanya makan sayur kobis dan sawi je…sekarang ni agak banyak jenis sayur jugalah aku makan, tapi masih juga lagi belum memenuhi keperluan tubuh. Kalau tak ambil suplemen makanan tambahan dalam bentuk vitamin, mana nak dapat tu?

Disebabkan hidup aku tak macam orang lain, ada masa waktu tidur yang dua tiga jam sahaja itu aku dapat masa orang lain jaga, masa jaga tu pulak ketika orang lain tidur…aku memang memerlukan keseimbangan nutrien. Bilalah masanya aku sempat untuk kunyah buah, makan dengan sempurna nutrisinya kalau hidup lintang pukang macam ni…sebab itu aku perlukan makanan tambahan.

Faktor usia sendiripun memang memerlukan aku dapatkan makanan tambahan suplemen tertentu, apalagi dengan faktor gaya hidup. Walaupun aku tak merokok, tak mentekedarah air kencing setan, tak telan pil estacy atau dadah bagai, namun keseimbangan nutrien dalam badan kena jaga.

Kalau boleh, aku tak mahu tulang mereput dengan cepat. Siapalah akan jadi tongkat aku nanti. Siapa nak pimpin aku turun tangga kalau ensel lutut longgar. Akulah jugak kena buat sendiri.

Dulu aku pernah ambil satu produk herba yang hanya dijual di kedai sensei, yang kemudiannya dijual secara MLM. Bagus produk tu, tapi tekak aku ni dah tak boleh telan sebab bau herba tu agak kuat juga walaupun dalam bentuk kapsul. Sejak itu aku dah tak ambil lagi (selain harganya boleh tahan jugak mahalnya, sebiji lebih kurang RM4).

Dengan kecelaruan cara hidup sebegini, aku memang perlukan makanan tambahan untuk sentiasa sihat, inshaa Allah. Buat masa ini aku dah guna hampir sebotol vitamin C.


Macam yang aku tulis dalam entri sebelum ni, Jangan Tak Percaya Kalau Aku Jelita Selepas Ni, aku memang hanya ambil makanan tambahan yang benar-benar selamat sahaja. Sila baca entri berkenaan kalau nak tahu kenapa.

Untungnya aku ada Cik Bintang (NSHanie panggil Tuan Penasihat Dua Puluh Persen huh u hu macam dalam filem Tiga Abdul pula ya…) yang pakar tentang makanan tambahan. Setiap suplemen @ makanan tambahan yang aku ambil, aku tanya dia dulu. Kalau dia kata okey, aku rembat. Kalau dia kata “tak payah kot”, maknanya ada sesuatu yang tak kena dengan produk berkenaan.

Banyak kali jugak produk yang aku nak beli dia kata “tak payah kot” huh u hu, akhirnya, kalau nak apa-apa produk, aku mintak je dia yang beli. Aku jadi tukang bayar dan telan aje. Mudah kan?

Nak nasihat Cik Bintang juga tentang produk penjagaan kesihatan, makanan tambahan @ suplemen ni? Silalah ke Sihat store. Dengan adanya tempat ni, aku boleh dapat macam-macam produk yang aku suka dengan lebih mudah. Cakap je produk jenis apa yang aku nak, dia akan tolong carikan untuk aku la la la tak payah dah berebut parking bagai ;)



Rabu, 3 April 2013

Akhirnya Parlimen Bubar Juga Hari Ini!


Memang ramai yang teruja nak mengundi tahun ni. Dok tunggu je bilakah masanya parlimen dibubarkan sejak tahun lepas lagi, tapi macam tunggu durian yang tak gugur. Akhirnya, dalam siaran langsung ke udara di semua siaran televisyen dan beberapa stesen radio secara langsung pada pukul 11.30 pagi tadi, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran parlimen.

Kalau tengok laman Twitter Pejabat Perdana Menteri (@PMOMalaysia), Perdana Menteri akan menyampaikan ucapan khas mengenai pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). Seperti di tulisnya: 

"Saksikan Perdana Menteri @NajibRazak berucap secara langsung di TV pada pukul 11.30 pagi ini," 

Pagi tadi, kira-kira pukul 8.30 pagi, kenderaan dinaiki Perdana Menteri dilihat memasuki Istana Negara dan meluangkan masa selama hampir sejam.

Sejak petang semalam dah ramai menulis di blog dan FB Bayangan Parlimen akan dibubarkan hari ini berikutan arahan Jabatan Perdana Menteri meminta semua Ahli Jemaah Menteri hadir mesyuarat Kabinet pakaian berwarna gelap dan bertali leher berwarna merah bagi lelaki untuk sesi bergambar pagi ini. Sesi bergambar pada mesyuarat terakhir Kabinet dah jadi tradisi sebelum pembubaran Parlimen dan Perdana Menteri biasanya akan mengadakan sidang media selepas mesyuarat itu.

Video Pengumuman Pembubaran Parlimen 2013... bubar 3/4/2012? 



Bermula hari ini, maka parlimen dahpun dibubarkan. Dewan Undangan Negeri juga mohon dibubarkan agar pilihanraya boleh dilakukan secara serentak. Dalam tempoh ini, proses pilihanraya umum ke 13 akan berlangsung. Suasana hangat yang berlaku sekarang ni akan jadi lebih panas. Tak mustahil dalam tempoh ini aku akan malas tengok TV lagi. Penat mata dan telinga!

Nasihat aku kepada semua rakyat Malaysia, ceeeeewah, macamlah aku ni Perdana Menteri nak bagi nasihat segala! Tapi, aku nak nasihatkan jugak jugak ni…tolonglah berfikir secara matang sikit sepanjang tempoh ini hingga berlangsung PRU13.

Undi itu rahsia, usahlah buat provokasi, benci membenci, fitnah memfitnah, tuduh menuduh bagaikan hanya kita sahaja yang SUCI murni dan bakal menghuni syurga tanpa hisab. Hormatilah orang lain, ingatlah setiap apa yang kita buat di dunia fana ini akan diadili di SANA nanti.

Sekian, pesanan dari penaja!