Rabu, 5 September 2012

Terperangkap Dalam Banjir Kilat Di Serdang


Ekoran kejadian banjir kilat yang berlaku di Serdang, Ampang dan
Beberapa kawasan di Lembah kelang dalam entri Banjir Kilat di Serdang di bawah.

Menurut berita di siarkan dalam Mstar
Kira-kira 600 pelajar dan 23 guru terperangkap dalam banjir kilat
di Taman Sri Serdang, Serdang Selangor diselamatkan
pasukan bomba dan penyelamat kerana terperangkap
dalam kejadian banjir kilat pada Selasa 4 September 2012.

Hujan lebat selama dua jam sejak pukul 4.30 petang
menyebabkan air dari longkang besar di kawasan berkenaan melimpah
sehingga setinggi 1.5 meter dan menenggelamkan 100 kenderaan milik penduduk
dan 30 milik guru dua buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Sri Serdang dan
Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Indah.

Sehingga jam 8 malam, tinjauan dilakukan Bernama mendapati
pelajar dan guru sesi petang dua sekolah berkenaan masih terperangkap.
Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul,
operasi menyelamat dan memindahkan pelajar serta guru sedang giat dijalankan.
"Satu jentera dari Balai Bomba Serdang bersama-sama tujuh anggota
digegas ke kawasan banjir untuk operasi itu," katanya menerusi (SMS).

laporan awal mendapati banjir kilat itu melibatkan kawasan sekolah
dan beberapa kawasan perumahan di sekitar Seri Kembangan,
Jalan Serdang Jaya dan kawasan Kajang.

Menurut Pengerusi Rukun Tetangga Taman Sri Serdang, Khalid Lambak
air mula surut sejak pukul 7 malam, dan kebanyakan penghuni rumah yang terjejas
sibuk membersihkan rumah mereka.
jurucakap Trafik Bukit Aman ketika dihubungi, berkata
banjir kilat mengakibatkan kesesakan sepanjang 15 kilometer
dari ibu kota menghala ke selatan sejak pukul 5.30 petang Selasa.
kesesakan berpunca daripada penutupan jalan di Km 305
Lebuhraya Utara Selatan menghala ke Seremban.

Laluan hanya dibuka semula selepas banjir surut dan
pengguna diminta menggunakan jalan alternatif ke Bangi dan Kajang
berbelas keluarga di Serdang juga dikatakan telah dipindahkan
akibat banjir berkenaan...

Komen aku: Dulu-dulu aku ada belajar geografi,
kalau ikutkan cikgu aku dulu...masalah banjir kilat ni dah lama dijangka berlaku
dek semakin banyak kawasan permukaan tidak telap air
paling utama, kita tak reti nak jaga saluran air dari sampah sarap
sebab tu lah hujan sikit je dah banjir
kalau hujan banyak...tak taulah apa jadi
dalam banyak kes banjir kilat pun, banyak juga longkang t ersumbat
air melimpah tak tau nak mengalir ke mana...
itu cerita cikgu aku dulu lah walaupun ada orang kata
"mudahnya jadi cikgu", tapi susah juga kalau kita benar-benar nak budayakan
cara hidup yang tidak mendera alam sebab budaya hidup
tidak menyumbatkan longkangpun payah kita nak amal


PsssT: Gambar-gambar banjir di tol sungai besi boleh lihat di blog Cik Lily Putih. 







Banjir Kilat Di Serdang Jalan Sesak Teruk


Petang tadi hujan memang lebat,
siap guruh, kilat dan petir...angin kuat juga
tak sedarpun hujan lebat tu sebab aku ralit dok buang sampah
dalam komputer, tapi masa nak balik baru sedar
beranda pejabat berladung air...hujan lebat angin kuat je
sebabkan kawaasan tu berladung

baliknya singgah pasar malam, belum jam 8 lagi
tapi ramai peniaga sedang berkemas nak balik
pengunjung pulak baru nak pergi pasar malam
tapi tak lah ramai mana...kesian mereka terutama penjual air

aku sedar berlaku kesesakan teruk dan banjir kilat
bila baca status facebook andy Hakim Ibrahim, DJ Selangor FM



Hujan lebat petang 4 September 2012 sebabkan banjir kilat dan
kesesakan jalan raya yang teruk di jalan utama Lembah Kelang seperti
di Kuala Lumpur, Serdang, Bangi, Nilai dan Kajang.
Laluan trafik sangat perlahan dan adakalanya tidak bergerak
menghala ke selatan bandar raya hingga sebelum tol Sungai Besi.
Kesesakan tersebut menjadi lebih buruk di Jalan Istana
hingga ke pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Sungai Besi
akibat banjir kilat yang berlaku.

Pada kira-kira pukul 9 malam, PLUS Expressways Bhd (PLUS)
membuka laluan alternatif sebelum laluan tol bagi membolehkan
pemadu membuat pusingan ‘u’ untuk kembali ke bandar raya.

Di Lebuh Raya Besraya, banjir kilat yang berlaku
dihadapan Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Serdang
menyebabkan kesesakan yang teruk sekitar
Hotel Palace of The Golden Horses, Mines dan Balakong
dengan hanya satu lorong boleh digunakan.
Kesesakan turut berlaku di hadapan bangunan Minlon
menghala ke stesen KTM Serdang.
Paras air naik di KM303.8 laluan Universiti Pertanian-Kajang
kedua-dua belah jalan terpaksa ditutup.

Di Lebuh Raya SILK, banjir kilat melanda sekitar Bandar Sg Long
jalan menghala ke Cheras dan Kajang terpaksa ditutup
dan trafik dilencongkan ke Putrajaya.

Di Lebuh Raya KESAS pula, kesesakan bermula di Vista Komanwel
menghala ke MRR2, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke Sri Petaling.

Kesesakan trafik turut dilaporkan berlaku di Subang Jaya
sekitar bulatan Persiaran Kewajipan dan kawasan Sunway,
lebuh raya NPE dan SPRINT.

Kalau begitulah yang terjadi di kawasaln Lembah Kelang
Memang sangat menderita, sebab itulah aku sangat suka tinggal di Bangi
Tak payah keluar jauh untuk kerja bukan sahaja elak jem
Tapi perjalanan yang jauh begini memang berisiko
Ohhhhhh! Bukan semua orang beruntungkan?

Teruk juga banjir kilat dan kesesakan jalan raya pada 4 September 2012
teringin juga nak tengok gambar banjir kilat di serdang hari ni
lagi menarik kalau ada rakaman video banjir kilat di serdang kajang
tapi kenalah tunggu esok kalau-kalau ada mangsa banjir yang rajin rakam


PsssT: Kalau sesiapa nak tengok gambar-gambar banjir di tol sungai besi
boleh tengok blog Cik Lily Putih ya...sila ke sana







Selasa, 4 September 2012

ORANG SABAH STYLE (OPPA GANGNAM STYLE PARODY)


Baru dimuat naik di youtube 27 Ogos lepas,
Namun dah ditonton oleh lebih sejuta orang
Kalau sebelum ni ramai dok terpegun dengan banyak klip hampir serupa
Macam singapore gangnam style parody ataupun
Suasana gangnam raya yang ramai juga kritik tak suka
Biasalah macam tu kan…ada yang suka ada yang tak suka
Nak harap orang suka semua memang susahlah

Sebab tu jugaklah wujud Open Condom style
Mmmm walaupun dalam Gangnam versi karikator tapi…
Entahlah. Nak komen lebih-lebihpun payah juga

Apapun, rasa kagum jugaklah penghasilan video
Orang Sabah Style (Oppa Gangnam Style Parody) ni
Kira tak malulah sangat kalau nak bandingkan dengan versi asal
Oppa Gangnam Style Parody tu
Aku tak katalah suka nengok minah seksi
Cuma Nampak chumil je bila si hensem yang tak lah hensem mana tu
Menari sambil melintas jalan…fuhhhhh!
Kalah Oppa Gangnam Style Parody yang original

Cayalah…hebat kamu bah!


Orang Sabah Style (Oppa Gangnam Style Parody)





Seronok? Baru beberapa hari dimuatnaik
Dah lebih sejuta view tu…saingan sengit dengan Oppa gangnam!



Isnin, 3 September 2012

Pelajar Malaysia Maut Kemalangan Bas Di Rusia



Dua pelajar Malaysia maut dalam satu kemalangan bas di Rusia
manakala lima yang lain cedera dalam satu kemalangan melibatkan 2 buah bas
di wilayah Vladimirskaya dekat Moscow malam tadi
(awal pagi tadi waktu Malaysia).

Pelajar yang terbunuh ialah Hanisah Muhd. Shah,
Pelajar tajaan Mara dari Dungun, meninggal dunia di tempat nahas,
manakala Adzreen Binyati, pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
dari Putrajaya pula meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.
Lima pelajar yang cedera ialah Siti Nadiah Abdullah Sani,
Nurul Amirah Mohd. Nor, Nor Hidayah Jailuddin,
Nur Liyana Kamarul Bahrin dan Siti Romeza Abdul Raza.

semua pelajar yang terbabit adalah pelajar wanita tajaan
yang menuntut di Tahun 5 di Akademi Perubatan Negeri Nizhny Novgorod.
kemalangan membabit dua bas berlaku di Vladimirskaya,
kira-kira 120 kilometer dari wilayah Nizhny pada pukul 11 malam 2 September.
mereka baru pulang dari cuti semester di Malaysia,
dalam perjalanan dari Moscow ke Nizhny.

Pelajar yang cedera sedang menerima rawatan di Hospital Viyazniky
di wilayah Vladimirskaya, dalam keadaan tidak kritikal serta sedar.


Komen aku: DariNya kita datang, kepadaNya jua akan kembali. Alfatihah.
Semoga roh mereka ditempatkan bersama orang-orang yang diredhai
Takziah kepada mereka dan keluarga, semoga tabah dengan ujian ini.




TV3 Mohon Maaf Bagi Pihak Nurul Syuhada


Benda kecil je pun tapi entah macam mana telah dibesar-besarkan

Malam tadi, Stesen TV3 memohon maaf tentang salah faham
dikeluarkan pengacara comel cantik manis Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain
semasa siaran langsung sambutan Hari Kemerdekaan di Kuala Lumpur Jumaat lalu
mengenai Bintulu, salah satu bandar utama di Sarawak.

"Bagi pihak TV3, kami ingin menerangkan bahawa terdapat salah tafsiran terhadap penyampaian oleh pengacara kami Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain ketika merujuk kepada pemilihan Bintulu sebagai lokasi sambutan Hari Malaysia tahun ini, semasa siaran lintas langsung perarakan Hari Kemerdekaan ke-55 pada Jumaat lepas. Kami meminta maaf jika salah tafsir ini menyinggung mana-mana pihak," kenyataan ini disiarkan semasa Berita Perdana semalam.

Kenyataan itu menambah, Nurul Syuhada dan TV3 tidak mempunyai sebarang niat
untuk memburukkan bandar tersebut.

Beberapa pemimpin dari Sarawak mengecam dan menggesa stesen itu
memohon maaf atas alasan personaliti TV3 telah menjejaskan reputasi Bintulu.
Ia memberikan tanggapan salah mengenai Bintulu yang selama ini
telah menyumbang berbilion ringgit kepada pendapatan Negara.
kenyataan Nurul Syuhada bahawa Bintulu adalah sebuah kawasan daif
bukan sahaja menyinggung perasaan rakyat di kawasan itu tetapi juga Sarawak
Bintulu ialah satu daripada kawasan di Sarawak yang mencatatkan pembangunan pesat
dan menjadi pusat kepada aktiviti pemprosesan minyak dan gas,
industri berteknologi tinggi dan sebahagian kawasan penting
Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak.

Bagi sesiapa yang pernah berada di Bintulu pasti akan tahu bahawa
tariff hidup di sini sangat tinggi, barang-barang juga mahal kerana
terdapat ramai penduduk di sini terdiri daripada orang luar
yang berkerja di syarikat cari gali gas dan petroleum

Jangan salahkan si cantik manis Nurul Syuhada Nurul Ain jika tak tahu
sebab masih ramai lagi orang lain yang tak tahu
namun, sebab dia selebriti, orang popular…makan mudah sahaja
dia dipersalahkan berbanding orang lain
yang paling menarik, komen-komen yang berbaur politik tentang isu ni
padahal Nurul Syuhada bukanlah orang politik
pelik betul!

Komen aku: Bila Kelantan diistiharkan negeri paling miskin,
ramai dok  meroyanpun ada sesiapa minta maaf? hu hu hu hu
aku je la dok meroyan sensorang kat sini